Bila Wanita Akan Menopause?

Ramai wanita tertanya-tanya bila akan menopause?

Ya lah kan, jika sedang merancang nak berapa anak dalam tempoh tertentu, perkara ini memanglah perlu diambilkira.

Beberapa faktor boleh menentukan umur bila seseorang wanita akan mengalami putus haid, iaitu:

1.   Umur ibu kepada wanita tersebut putus haid
      Mengikut Dr Nanette Santoro,  Universiti Colorado -Denver School of Medicine. Jika ibu wanita tersebut mulai menopause pada umur 45, dijangkakan wanita itu akan mengalami keadaan yang sama pada tahun di sekitar usia tersebut. Nota: Tidak semua kes akan sama.

2.   Kemoterapi.
      Kebanyakan bentuk kemoterapi yang jika dilakukan oleh wanita sedikit sebanyak adalah toksik kepada ovari. Kadang-kadang wanita ini mengalami kemoterapi menopause, iaitu haidnya akan berhenti sementara waktu. Jika haid datang semula ( biasanya tidak ), wanita ini perlu bersedia untuk menghadapi menopause beberapa tahun lebih awal daripada yang sepatutnya.

3. Pembedahan ovari.
     Jika puan membuat pembedahan ovari, tisu-tisu yang sihat akan rosak. Lagi banyak pembedahan, lagi banyak tisu-tisu yang rosak.  Contoh, sekiranya puan pernah membuat pembedahan diagnostik ( pembedahan laparoskopi ) untuk endometriosis *, disarankan puan mengambil ubat seperti hormon untuk mengurangkan masalah daripada membuat pembedahan ulangan.

Endometriosis merupakan salah satu daripada penyakit sakit puan yang biasa dialami golongan wanita. Hampir satu daripada tujuh wanita pada peringkat umur di antara 30 dan 45 tahun menghidapinya. Endometriosis tidak bersifat kanser dalam tubuh wanita, di mana sebahagian lapisan tisu dalam rahim dijumpai di bahagian lain dalam badan seperti bahagian pelvis iaitu pundi, usus serta organ reproduktif. Ia kerap ditemui di bahagian ovari dan otot ligamen posterior yang menyokong uterus, http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/dewasa/kesihatan-reproduktif/endometriosis).

4.  Faktor etnik.
     Mengikut Dr. Santoro, secara anggaran, etnik tertentu mendapat menopause lebih awal dan etnik lain pula agak lambat. Wanita Hispanik dan Afrika-Amerika putus haid lebih awal berbanding wanita China dan Jepun.

5.  Merokok.
     Inilah salah satu gaya hidup yang paling memusnahkan ovari. Jika anda merokok sementara ibu anda tidak, andalah yang lebih cepat mendapat menopause. Begitu juga sebaliknya. Oleh itu, JANGAN MEROKOK.

[Dapatkan Set Menopause Selamat untuk menghadapi hidup dengan tenang dan sihat]

Banyak orang fikir faktor di bawah juga mempengaruhi umur menopause, yang sebenarnya tidak, iaitu:

1. Kehamilan dan penyusuan. Ini tidak mempengaruhi bila akan menopause.
2. Penggunaan hormon perancang keluarga.  Walaupun puan guna pil perancang atau yang berkaitan, ianya tidak memberhentikan kehilangan folikel. Folikel tetap akan mati walaupun tidak mengandung kerana perancang.
3. Umur pada kali pertama datang haid. Jika haid datang lebih awal, menurut kajian, tidak bermakna wanita itu akan menopause lebih awal. Begitu juga sebaliknya.

Persoalannya, bolehkah menopause dilewatkan?

Ianya boleh dipercepatkan, bukan dilewatkan.  Jika puan sudah berusia 45 tahun dan haid pun tidak muncul tiga bulan berturut-turut, di sini kita boleh mulai jangkakan bahawa tidak lama lagi puan akan menopause.

Apapun, menopause adalah lumrah bagi wanita, ketetapan Ilahi, terimalah dengan hati terbuka dan penuh persediaan agar tanda-tanda atau simptom menopause tidak mengganggu kehidupan kita.


[Dapatkan Set Menopause Selamat untuk menghadapi hidup dengan tenang dan sihat]



Dapatkan Set Menopause dari saya, dengan menghubungi Nas 0194706780 atau email NutrisiAlamiahTulen@gmail.com untuk mendapatkan produk atau maklumat lanjut.

Jika anda tinggal di kawasan Kuala Kangsar, pekan Sungai Siput, Salak, Kati dan Manong, perkhidmatan COD ( Bayar Waktu Terima ) disediakan.

Perkhidmatan POSLAJU disediakan bagi penghantaran seluruh negara. Terima kasih.






Disclaimer: 

Maklumat yang diberikan di dalam ini tidak boleh digunakan semasa apa-apa kecemasan perubatan atau untuk diagnosis atau rawatan apa-apa keadaan perubatan. Seorang profesional perubatan yang berlesen perlu dirujuk untuk diagnosis dan rawatan apa-apa dan semua syarat perubatan.




Share this:

Tentang Nas Ibrahim

A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.