5 Sumber Alamiah Merawat Jeragat Yang Anda Boleh lakukan Sendiri

credit: en.wikipwedia.org

JERAGAT?

Ramai antara kita menghadapi masalah jeragat.  

Jangan biarkan jeragat menghantui hidup anda......

Sebelum tu, jom kita tengok punca berlakunya jeragat:


i) Terlalu banyak pendedahan kepada matahari.


ii) Keturunan gen - jika ibu bapa anda ada jeragat, kemungkinan anda juga dapat jeragat.


iii) Ketidakseimbangan hormon. Hormon yang tak seimbang, anda kena perbetulkan dulu.


Jika anda berkulit cerah, anda lebih terkesan kepada cahaya matahari dan sangat cenderung untuk mendapat jeragat.


Cubalah petua di bawah bagi mengatasi masalah jeragat. Petua ini adalah khusus bagi anda yang ingin lakukan sendiri di rumah.  


Yang penting, anda kena rajin!



1. Jus lemon: 
* agen pemutihan semula jadi yang boleh digunakan untuk meringankan jeragat serta tompok coklat.
* mempunyai ciri pencerahan semulajadi yang  berkesan untuk mencerahkan dan membuang jeragat.
* dipenuhi dengan AHA dan BHA yang dapat membuang sel-sel kulit mati. 
* membantu membersihkan bintik hitam jeragat, jerawat, dan perubahan warna.

Cara:

a. Perah lemon dan sapukan jus pada kulit berjeragat. menggunakan jari.
b. Urut perlahan-lahan. 
c. Biarkan jus lemon menyerap ke dalam kulit jeragat selama 10-    15 minit. 
d. Bilas dengan air suam. 
e. Lakukan rawatan ini dua kali sehari untuk meringankan dan menghilangkan jeragat dari masa ke masa.


2. Krim masam
Yogurt pun boleh !
 * mengandungi asid laktik yang membantu dalam menyingkirkan jeragat. 

Cara:
a. Sapu krim masam terus pada kawasan kulit jeragat.
b. Biarkan ia menyerap ke dalam kulit berjeragat anda sehingga ia kering.
c. Lap krim yang kering pada muka perlahan-lahan dengan tisu    lembut atau tuala. 

Asid laktik dalam krim atau susu masam akan menggelupas dari lapisan atas kulit anda. Lakukan rawatan ini sekali sehari.

Kulit anda akan terasa licin dan jeragat akan semakin berkurangan.


credit: maduaslikalimantan.com
3. Madu: 

* antioksidan semula jadi 

* anti-bakteria.

Cara:


a. Campurkan madu dengan air dan suamkan campuran itu sedikit. 

b. Sapukan campuran ini pada kawasan jeragat.
c. Biarkan seketika, lebih kurang 20 minit.
d. Bilas dengan air suam. 
e. Bilas pula dengan air sejuk.



credit: Dreamstime.com


4. Masker Hirisan Buah-buahan

Cara:

a Jadikan topeng muka dari gabungan hirisan buah-buahan seperti strawberi, timun, kiwi dan nanas. 
b. Letak hirisan di kawasan jeragat. 
c. Bilas selepas 15 minit.

Buah-buahan bergetah elok dijadikan topeng.

Biarkan ia mengering, sel-sel kulit jeragat yang rosak akan dibuang perlahan-lahan.


credit: organicfacts.net
5. Betik: 

* mengandungi papain, enzim yang boleh membantu untuk
meringankan dan menghilangkan jeragat. 


Cara:
a. Lumatkan betik masak. 
b. Sapukan pada kawasan jeragat.
c. Selepas ia telah kering, bilas dengan air sejuk. 

Rawatan ini membantu dalam mencerahkan dan menghilangkan jeragat dan lain-lain jenis kecacatan. Ia juga membuat kulit anda sihat dan lembut.



Rawatan-rawatan di atas memerlukan kerajinan dan bekalan bahan mentah yang segar dan tidak tercemar.  Kesabaran penting dalam apa bentuk rawatan pun sebab sebarang penyakit bukan boleh disembuhkan dalam sekelip mata.

Apatah lagi jeragat yang berada di bawah permukaan kulit kita.


Jika tidak mahu bersusah payah, saya nasihatkan pilihlah cara yang lebih mudah dan praktikal dengan Set Jeragat Jimat.




Dapatkan Set Jeragat dengan menghubungi saya, Nas 0194706780 atau email 
NutrisiAlamiahTulen@gmail.com untuk mendapatkan produk atau maklumat lanjut.

Jika anda tinggal di kawasan Kuala Kangsar, pekan Sungai Siput, Salak, Kati dan Manong, perkhidmatan COD ( Bayar Waktu Terima ) disediakan.

Perkhidmatan POSLAJU disediakan bagi penghantaran seluruh negara. Terima kasih.



Nutrisi Alamiah Tulen, "Eat Good, Feel Good, Look Good"




Disclaimer: 

Maklumat yang diberikan di dalam ini tidak boleh digunakan semasa apa-apa kecemasan perubatan atau untuk diagnosis atau rawatan apa-apa keadaan perubatan. Seorang profesional perubatan yang berlesen perlu dirujuk untuk diagnosis dan rawatan apa-apa dan semua syarat perubatan.

Share this:

Tentang Nas Ibrahim

A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.

0 comments:

Post a Comment