Teknik Menabung, Sistem 7 Jar, Bagus Lah.

Sistem 7 Jar

Ni ilmu baru bagi yg tak pernah dengar atau bgi orang baru dlm kluarga Ireach.

Perkara ni mcm baru, tapi praktiknya kita dah buat...cuma dalm tak sedar, dalam tak spesifik.

7 jar diubahsuai dari konsep 6 JARS yg diasakan oleh T Harv Eker. Ia adalah satu cara utk menabung.

Kita tambah satu lagi. Patut yg tambah satu lagi, jadi yg first..sbb bkait dgn ibu bapa. Keberkatan kita dtgnya dari redha ibu bapa.

Dlm 6 jars, mengikut T Harv Eker, ada 6 tabung,

"
NEC (necessity) - tabung utk benda2 keperluan  dan belanja harian, bil, anak2

EDU (education) - tabung utk pembelajaran, buku, kelas...

LTSS (long term saving for spending) - tabung utk sesuatu benda yg nk pakai duit yg byk, cthnya nk beli rumah

FFA (financial freedom) - tabungan utk hari tua bila dah xmampu cari duit

PLAY (leisure) - tabung utk buat apa yg kita suka, hobby, travel, etc

GIVE (charity) - tabung utk kebajikan. "

Tambahan satu jar lagi, yg paling utama... ialah

"
PARENTS (ibu bapa) - wang bulanan utk ibu bapa walaupun mereka dah kaya. Kalau ibu bapa dh meninggal dunia, gunakan utk urusan2 mrk yg belum selesai dan kalau semua dh selesai, bersedekahlah on behalf of diorang. "

Jom kita start buat tujuh jar...boleh ambik balang bekas ESP atau Mealshakes spt di bawah... atau guna tujuh wallet atau purse..atau tujuh sampul... yg penting ada tujuh agihan.

Nak buka akaun2 berlainan di bank pun boleh...

" Setiap bulan, duit bonus/gaji kita bahagikan ikut percentage,

NEC 50%
EDU 5%
LTSS 10%
FFA 5%
PLAY 10%
GIVE 10%
PARENTS 10% "

Jadi kalau bonus RM1000,

"
RM500 utk NEC, keperluan harian
RM50 utk EDU, buat beli buku, bayar workshop, tambang pi kelas, etc
RM100 utk LTSS, kumpul duit nak beli rumah
RM50 utk FFA, ni long term jd boleh lah beli saham ke emas ke
RM100 utk PLAY, tabung travel!
RM100 utk GIVE, sedekah, zakat semua
RM100 utk parents.  "

Rasa tak boleh ikut peratus di atas? Ubah ikut kesesuaian masing2. Yg anak ramai, NEC besar. Yg tiada anak lagi, mungkin NEC kecil....

Palingv penting. DISIPLIN DAN TAK USIK2 DAH TABUNG2 YG TAK BERKAITAN DGN URUSAN HARIAN.

Kalaupun bonus ciput je... cth RM50, parents 50sen? Tak apa. Minta mrka doakan agar dapt bagi lagi banyk. InshaAllah...rezeki berkat.

Jom kita amalkan secara istiqamah Tabung Sistem 7 Jar ini.

Gunalah bekas kosong, yang dikitar semula, pun ok sahaja.


#2wave #tsunamishaklee

Share this:

Tentang Nas Ibrahim

A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.

0 comments:

Post a Comment