Syukur Allah Bagi Jeragat

Bertahun-tahun menderita muka ditumbuhi jerawat. Berbagai jenis produk dicuba. Yang memedihkan, yang mengelupas, yang claim pakai seminggu muka flawless... tak terkira. Memang ada yang bagi hasil pantas. Tetapi, yg fast result ni, kita fast pula terima akibat sengsaranya. Jerawat menggila-gila tumbuh dan bekas-bekas parut silih berganti.

Suatu hari, sedang membelek2 muka yang seolah-olah tak dibela ( walhal beribu RM dah habis ), saya terpandang tompokan hitam di kawasan hujung mata kanan. Apa ni pulak? Tenung pulak hujung mata sebelah kiri. Tu dia...anugerah apa yang saya dapat ni? Itulah maksud saya fast result, fast sengsara baru. Jeragat berkerakkk!!!

Parut jerawat dan kerak jeragat hujung mata
( terpaksa hide tepi2 sebab masa ni tak pakai tudung)

Ini sudah tak boleh jadi. Tanpa membuang masa, saya segera merujuk internet. Kalau saya biarkan, lagi merebak peta hitam ni kat muka. Saya buat carian cara penyelesaian. Hmm....banyaklah pilihan dan cadangan. Sekarang dah tobat tak nak guna produk-produk merosakkan kulit. Satu benchmark yang saya tetapkan, kalau yang janji cepat putih, cepat gebu gebas, saya tolak tepi.

Kalau juga yang packagingnya seragam dengan produk yang lain-lain, juga tak masuk senarai. Lagi satu, yang palinkena jaga, entah siapa-siapa pengeluar, tup tup keluar produk baru. Juga tolak tepi.  Bukan apa, pengalaman mengajar saya. Serik dah dengan penipuan pengaut keuntungan pantas. 

Yang saya dok cari, yang berkesan bukan seperti magik! Yang selamat, maknanya tiada pengelupasan atau pedih. Yang tiada apa-apa kesan yang merosakkan untuk jangka masa panjang. Rosak kulit atau organ-organ dalaman. Ya lah kan, kulit muka ni bukan bahan eksperimen, bukan tempat untuk disapu produk penuh dengan bahan kimia bahaya. Saya nak produk yang berasaskan kajian mendalam dan saintifik. Yang sudah bertapak bertahun-tahun... yang sentiasa ada kajian dan penyelidikan.

Susahlah  gitu. 
Biarlah susah mencari, asalkan puas hati. 

Dok godek-godek internet, terjumpa satu website. Menarik, ada konsultasi, penerangan menyakinkan. Produk yang ditawarkan katanya berkesan, sudah bertahun-tahun dalam pasaran.

Akhirnya, saya beli Sustained Release Vitamin C Plus dan GLA Complex untuk jeragat. Memang takut juga pada awalnya sebab tu beli yang bajet. Beli yang dapat rawat dari dalam pulak. Lain dari biasa ni. Sebulan guna, seronok pula apabila lihat ada perubahan. Tak ada sakit, pedih, atau apa-apa yang merosakkan. Period yang malu-malu nak bertandang, sudah ok sekarang. Rupanya, GLA ni stabilkan hormon. Wanita ni memang selalu masalah hormon tak stabil. Tambah-tambah nak masuk usia senja.

Adakah saya berhenti di situ saja apabila jeragat dah mulai pudar? Apabila kulit mulai menampakkan sedikit serinya? Dulu tak sanggup tengok, kusam, kelam, banyak parut...Saya semakin rasi dengan produk semula jadi sehinggalah saya juga up kan belian dengan produk ini. Si Tonik Merah... Formulasi terhebat, tiada tandingan, yang sangat tinggi anti oksidan. Boleh pm saya kalau nak tahu produk apa dan kenapa pentingnya antioksidan. 

Tiga bulan selepas itu, saya daftar jadi ahli sebab nak pakai barang pada harga diskaun. Kena bijak beb! Jimat sepuluh dua dah kira ok lah. Lagipun fikir nak pakai barang ni berterusan. Kena bijaksana kan?

Tup-tup, kali pertama pada 15 haribulan Februari, saya dapat bonus tanpa diduga. Ya lah, masuk ahli, tak kisah nakkan bonus. Janji dapat beli murah sikit. Ehh, bukan sikit, murah banyak. Antara 15-30 %. Bonus taklah besar sebab belian pun tak besar. Rupanya, syarikat menghargai kesetiaan dan kepercayaan kita.

Wow, ini lain macam. 

Selepas itu, saya memulakan langkah tanpa ada ragu-ragu lagi. Perasaan gembira dan seronok sukar digambarkan. Dapat bimbingan dan panduan dari mentor. Mentor pulak sangat dedikasi dan caring. Sabarnya melayan makcik yang dah senior ni, cukup mengharukan. Itulah mentor dunia akhirat.

Langkah pertama saya ialah buat sharing dengan adik beradik dan rakan-rakan. Kongsi benda yang baik, Allah bagi rezeki mudah. Benda yang menjadikan orang lain gembira, semakin sihat, cantik dan tanpa membangkitkan rasa menyesal dan sakit.

A great product talks by itself!!!

Nak hapuskan jeragat, lain lagi yang dapat. Badan dan kulit semakin sihat, kulit semakin cerah sikit. Cerah melampau kan pelik pulakkan? Bukan putih tau sebab saya ni kulit sawo matang!!! Kalu kulit sawo matang, terus jadi putih, saya nasihatkan berhati-hati. 

Bulan demi bulan,  saya sudah dapat rasakan," Yess... inilah yang aku inginkan. Inilah yang aku cari selama ini."

Apa dia?

Peluang pulihkan diri agar semakin sihat, bebas dari masalah kulit ( jerawat dan jeragat ) serta bebas dari masalah-masalah kesihatan lain.

Inilah perubahan yang telah saya alami:

Parut jerawat dan tompok jeragat sudah menipis. 
Pori-pori muka banyak dah mengecil. Kulit dah rasa semakin halus.

Semakin pulih
Semakin pulih lagi ( cerah sikit sebab hari panas - pencahayaan banyak)
Terbaru ( tapi yang ni pakai compact powder sikit - ada majlis spesel :) )

Saya ni kebetulan direzekikanNya banyak masalah kesihatan. Bukan kulit saja. Namakan saja... tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, keguguran rambut serius, resdung kritikal, kegatalan kulit yang tak dapat nak tahan dan asid urik yang tinggi dalam badan.

Syukur, menjadi pengguna konsisten dan setia, saya juga menemui satu jalan untuk tambahkan pendapatan. Jika menjadi pengguna sahaja pun saya dah dihargai dengan bonus, apatah lagi jika saya buat sharing dan sebarkan kepada orang lain. Orang lain pun nak cantik, nak sihat dan nak tambahkan kewangan juga. Sebarkan kebaikan, nescaya kebaikan akan datang kepada anda.

Memang betul. Selepas empat bulan, saya direzekikan bonus empat angka. Tak pernah saya buat sebarang perniagaan, pendapatan empat angka berjaya saya cecah. Saya sebenarnya pun memang ada naluri yang sangat tinggi nak berniaga. Perasaan itu lama dah. Tu yang sebelum ini dah cuba macam-macam bisnes.

Rasa puas....  Perasaan apa yang nak capai dan nak buat lagi sudah saya temui. Inilah hikmah sebuah penderitaan yang Allah hadirkan dalam hidup saya.

Saya sangat bersyukur Allah hadiahkan jerawat dan jeragat. Jika tidak saya semakin leka menggunakan produk-produk bahaya.

Keranamu jeragat, Allah temukan saya dengan apa yang saya  pakai, minum, makan dan ceburi sebagai jalan kedua tambah pendapatan sekarang. 
Syukur Alhamdulillah.

Kerana jeragat, saya sedang seronok terjebak dengan bisnes ini.


Inilah antara insan-insan hebat. Dari kiri, saya, Ziela ( baru lepas pantang, sedang dokong baby ), Liza ( SID juga ), dan mama Dilla ( super upline )

Hikmah jeragat menemukan saya dengan produk hebat, insan-insan hebat dan positif, dan dengan syarikat yang tekun mengkaji untuk memberi kebaikan kepada manusia seluruh dunia....untuk meningkatkan kesihatan. Berfungsinya tanpa kompromi, dan paling besttt sangat, mesra alam.

Saya sedia beri konsultasi yang tepat, profesional dan mesra.
Pengalaman memulihkan diri adalah juga guru yang terbaik.
Hubungi Nas 0194706780.

Your Trusted Shaklee Independent Distributor
ID # : 1213206

Ready untuk COD Kawasan Kuala Kangsar, Taiping, Ipoh, 
Padang Rengas, Kati dan Sungai Siput, PERAK.


#tsunamiblog


Share this:

Tentang Nas Ibrahim

A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.

3 comments:

iman amin said...

menarik sangat kisah kak nas ni..pengalaman diri sendiri yang sgt awesome.. suka baca entry ni.. love it =)

Norfaziela Dot Com said...

Seronok baca kisah macamana produk Shaklee dah tolong ramai orang. Shaklee memang terbaik.

Nutrisi Alamiah Tulen said...

Terimaksih Pn. Iman Amin dan Pn Norfaziela sudi baca. Memang Shaklee banyak bantu ubah kehidupan dan kesihatan jutaan orang.