Cara Urus Kewangan Dengan Bijak

Cukup banyak panduan atau tips urus kewangan rumah tangga. Cara-cara yang dijelaskan oleh mana-mana penasihat sangat bagus. Tip top. Tapi, dari segi praktikal atau tidak, bergantung kepada realiti kehidupan semasa.

Memang, sebaik-baiknya kita stick dengan perancangan yang kita sediakan awal-awal tahun dan disemak setiap awal bulan. Dalam merancang kewangan, kita kena berpijak di bumi nyata.

Pengalaman sendiri, keperluan peringkat awal berumahtangga tak banyak. Tanggungan pun dua mulut sahaja, tambah dengan ibu bapa. Selepas beranak pinak, pengurusan kewangan kadang-kadang ke laut jugak. hehehe.... Tambah-tambah apabila anak ramai yang dah besar. Keperluan pengajian mereka memang boleh dirancang. Yang sukarnya kehendak yang tiba-tiba muncul. Kelam kabut jadi pengurusan kewangan.

Tapi syukur Alhamdulillah, dengan usaha dan keberkatan yang sentiasa dipanjatkan, segala keperluan dan kehendak rumah tangga masih Allah permudahkan.

Kehidupan mendatang kita tak pasti. Sebab itu dari sejumlah pendapatan kita, sebahagian kecil ( dalam 10% ) perlu diasingkan untuk keperluan kecemasan.

Kalau mengikut Teori Kewangan Keynes, keperluan utama kita terhadap wang ada tiga je:

1. Untuk urus niaga - maknanya untuk membeli barang dan perkhidmatan
2. Untuk kecemasan - untuk memenuhi keperluan yang tidak diduga berlaku. Contoh. tiba-tiba kereta buat hal, anak-anak ada program tambahan, seseorang ahli keluarga jatuh sakit dan sevabainya.
3. Untuk spekulasi - yang ini kita kena ubah suai sebab spekulasi tak dibenarkan dalam Islam. Kita gantikan dengan pelaburan. Sekirang-kurangnya ada sedikit untuk beli emas perak ke, beli saham ke, beli hartanah ke...

Kalau nak lebihkan pendapatan, memang tak dapat diubah dengan makan gaji. Sebab itu, saya buat part time, kongsi kebaikan Shaklee. Bantu orang-orang yang memerlukan. Jom kita join bis Shaklee. Dapat buat kebaikan, dapat tambah income. PM Nas 0194706780

Panduan ini adalah yang paling baik pernah saya jumpa dalam pengurusan kewangan.
Idea dari  orang terkaya di dunia. Warren Buffet.

Antaranya ialah:

1. Labur semula keuntungan. Kalu untung RM5, jangan berbelanja walaupun kecil. Beli barang niaga untuk dijual semula atau simpan dulu sehingga cukup untuk beli barang niaga.

2. Berani dan sanggup untuk lain dari yang lain. Sukarkan? Sebab tak sanggup dengar orang-orang sekeliling kata. Tak sanggup dengar cemuhan dan perlekehan orang-orang terdekat. Tapi, itulah petua untuk berjaya dan kaya.

Judge diri kita sendiri, bukan masyarakat yang judge. Sebab kita lebih kenal diri kita.

3. Tetapkan keputusan atau perjanjian sebelum keputusan diambil supaya, di belakang hari, tiada pihak akan ambil kesempatan. Contoh. apabila orang minta kita lakukan sesuatu kerja dengan berjanji akan beri upah, tetapkan upah dahulu. Jangan buat kerja dulu, dan kemudian tunggu upah. Dikhuatiri, upah yang akan diterima tak setimpal kerja yang dibuat.

4. Hadkan apa yang anda pinjam atau hutang. Hidup atas pinjaman atau kredit kad tak akan buat kita kaya. Setelkan hutang segera, dan mulalah menabung.

Semua 4 di atas boleh sangat diaplikasikan dalam kehidupan dengan berbisnes Shaklee.
Join Ultimate Family untuk mendapat bimbingan pakar dalam biusnes Shaklee.

Nas 0194706780

Share this:

Tentang Nas Ibrahim

A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.

0 comments:

Post a Comment