Vitamin Semula Jadi Boleh Atasi Masalah Batu Karang

Allahu akbar!

Buah pinggang kita ni tapis sisa dalam darah, lalu air kencing atau urin terhasil. Kadang-kadang, mineral dan garam dalam urin bersatu lalu membentuk ketulan kecil batu karang. Saiznya dari sekecil biji gula kristal hinggalah ke saiz besar sebesar biji bola ping pong.
credit: en.wikipedia.org

Biasanya anda tak tahu anda ada batu karang sehinggalah anda rasa sakit. 
Setelah doktor lakukan pemeriksaan dan pengesahan, barulah konfom anda ada batu karang.

Bagaimana doktor merawat penyakit batu karang anda?


1. Jika saiz batu karang kecil sangat ( kurang dari 5mm ), doktor akan bagi ubat  yang boleh melebarkan dinding laluan ureter dan nasihatkan anda minum air sekurang-kurangnya 10 gelas sehari. Ini untuk membolehkan batu karang lepas melalui urete
r, keluar bersama air kencing. Kesan sampingan mungkin anda akan rasa pening-pening atau sakit kepala.

2.  Doktor akan lakukan Extracorpeal Shock Wave Lithotripsy (ESWL). Kaedah ini menggunakan kejutan gelombang tinggi tenaga untuk pecahkan batu karang menjadi ketulan-ketulan kecil. ketulan kecil akan keluar melalui saluran kencing dengan lebih mudah. Kesan sampingan ialah pendarahan, luka, atau sakit selepas rawatan tersebut.

3. Jika batu karang dah turun melalui ureter dan hampir sampai ke bladder 

( pundi kencing ), doktor akan jalankan uteroskopi.  Tiub kecil akan dimasukkan melalui salur kencing ke lokasi batu karang berada. Batu karang akan dipecahkan di situ, dan sebarang sisa akan dibuang.  Bagi batu karang yang besar, pembedahan mungkin akan dibuat.

Sakit akan dirasai jika batu karang ini terlepas ke dalam ureter, atau saluran kencing sempit, hingga ke bladder, pundi kencing.

Selain sakit kat belakang, perut atau celah kangkang, anda juga akan kerap kencing. Kadang-kadang kencing pun sakit.  Ada juga yang akan temui darah dalam air kencing.  Selain itu, anda akan rasa loya, mual dan muntah-muntah.


credit: www.webmd.com
( semua kesakitan di atas penulis dah rasa kerana pernah ada batu karang. Walaupun saiz batu karang kecil, tapi sakit yang amat. Bayangkan kalau batu karang itu besar!!)


credit:www.laparoscopyinurology.com
Doktor akan menganalisis batu karang anda setelah dikeluarkan. Tujuannya nak kenal pasti batu karang itu terhasil daripada apa. Biasanya 80% batu karang terbentuk daripada kalsium. Selebihnya adalah dari asid urik, struvite atau cystine. Untuk masa depan, anda boleh ambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan daripada mendapat penyakit batu karang berulang lagi.


credit: www.dixiefest.net

Apa Punca Penyakit Batu Karang?

Punca utama ialah akibat perubahan keseimbangan normal antara air, garam dan mineral dalam urin atau air kencing. Ini disebabkan pula oleh:

1. Minum air yang terlalu sedikit - sebab paling biasa.
2. Corak pemakanan anda - makan terlalu banyak protin, sodium, makanan tinggi oxalate ( coklat atau sayur hijau tua ).
3. Berat badan berlebihan
4. Sedang mengambil ubat-ubatan tertentu seperti protease inhibitors, antibiotik dan diuretik.

Jadi, betul ke cakap-cakap yang mengatakan menahan kencing lama-lama boleh menyebabkan terjadinya batu karang?


Faktor-faktor risiko di bawah mungkin tak boleh anda elakkan dari mendapat batu karang:

1. Lelaki kulit putih lebih berisiko.
credit: www.kidneystoners.org
2. Wanita mulai usia 40 tahun juga berisiko. Risiko semakin naik apabila semakin berumur.
3. Sejarah keluarga meningkatkan lagi risiko mendapat batu karang.
4. Masalah kesihatan tertentu - tekanan darah tinggi, gout, jangkitan saluran kencing - menaikkan risiko untuk batu karang.

Cara Pencegahan:

* Kurangkan pengambilan garam dan sodium, kerana kedua-dua ini membuatkan badan mengeluarkan lebih kalsium ke dalam urin.

* Elakkan makanan tinggi oksalat, termasuk coklat, kopi segera, teh, kekacang, buah beri, sayur daun hijau tua, oren, tofu dan kentang manis.

*Jika ambil makanan tinggi oxalate, pada masa yang sama ambil kalsium bersama-sama. Oksalat dan kalsium akan bercantum di dalam perut sebelum sampai ke buah pinggang.

* Kurangkan pengambilan makanan laut kerana makanan laut ada kandungan purin yang tinggi. Purin akan tingkatkan penghasilan asid urik, lalu meningkatkan pembentukan batu karang asid urik.


CARA TERBAIK ATASI TERJADINYA BATU KARANG: 

Minum air kosong bersih secukup-cukupnya setiap hari.
Air kelapa dan air lemon juga pilihan terbaik untuk elakkan terjadinya batu karang. Asid sitrik dalam lemon menghalang kalsium bercantum antara satu sama lain. Juga menghalang batu karang dari membesar.

Dicadangkan anda mengambil Set Batu Karang untuk masalah  batu karang


Vivix 
* Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular.

B Complex
* Diambil dengan Magnesium, menurunkan oksalat

Alfalfa Complex
* Mengurangkan infeksi dan keradangan

Ostematrix
* Magnesium menurunkan oksalat

Carotomax
* Menyembuh saluran urinari yang luka oleh batu karang

Sustained Release Vitamin C Plus
* Mengasidkan urin.  Batu karang tidak terbentuk dalam urin asid.

Lecithin
* Membakar lemak berlebihan yang ada pada dinding saluran urin (ureter ) yang menyempitkan saluran ureter.



Hubungi Nas 0194706780 untuk konsultasi atau order Set Batu Karang.

COD dibuat di kawasan Kuala Kangsar, Perak. Juga kawasan-kawasan berdekatan seperti Salak, Sungai Siput, Taiping, Ipoh, Padang Rengas, Kati dan Manong.

TESTIMONI 








Hubungi Nas 0194706780 untuk konsultasi atau order Set Batu Karang.

COD dibuat di kawasan Kuala Kangsar, Perak. Juga kawasan-kawasan berdekatan seperti Salak, Sungai Siput, Taiping, Ipoh, Padang Rengas, Kati dan Manong.



















Rujukan:
http://www.webmd.com/kidney-stones/ss/slideshow-kidney-stones-overview
http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/kidney-stones/basics/causes/con-20024829
http://www.thehealthsite.com/diseases-conditions/simple-ways-to-prevent-kidney-stones-sh214/


Share this:

Tentang Nas Ibrahim

A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.

0 comments:

Post a Comment