Setakat Slim Saja Aku Kurang Jealous, Inikan Kulit Juga Semakin Licin dan Cerah

Aku dan Inah sebaya. Kami kawan sekampung. 


Ke sekolah sama, ke bendang mencari haruan dan puyu pun sentiasa bersama.  Mak ayah kami berbakti pada tanah. Kerja bersawah.

Beza Inah dan aku  cuma pada warna kulit. Inah kulit gelap sikit. Sawo matang bahasa sopan.  Aku ni berkulit cerah. Ikut ayah. Kalau ikut mak, agaknya aku lebih gelap dari Inah.

Kami kerap juga bergembira di tepi parit berdekatan rumah kami  selepas musim banjir.  Mencari siput atau memancing. Tak kira matahari dah terpacak di atas kepala. Minat sungguh.

Aku yang berkulit cerah pun macam udang kena bakar. Inah usah diceritakan. Gelap dan berkilat.

Masuk usia remaja, muka Inah mulai ditumbuhi jerawat. Aku tidak pula. Mungkin kulit muka aku lebih bersifat normal. Muka Inah ni selalu berminyak. 

Jenuh aku tengok usaha Inah nak hilangkan jerawat. Nak beli “ubat” muka atau set penjagaan muka mana ada duit.  Segala bagai Inah guna. Pucuk jambu batu, daun gelenggangg, daun aloe vera dan segala tumbuhan yang orang tua sebut, Inah pasti akan cuba. Dah takdir Inah kut, jerawat tak mau surut.

Satu  yang istimewa Inah berbanding aku ialah Inah ni jenis ulat buku. Otaknya pun bijak jugalah. Aku pun kira rajin juga tapi jenis “slow” sikit.  Selepas PMR, Inah ditawarkan ke sebuah sekolah terpilih.  Sejak itu, kami berpisah.

Kami membawa haluan masing-masing. 

Akupun bertemu jodoh selepas SPM dan mendirikan rumah tangga. Dari jauh ku dengar Inah khabarnya masuk universiti dan mendapat kerja “gomen”.

Kesibukan hidup berkeluarga menyebabkan aku mulai lupa akan kawan-kawan masa kecil. 

Tahun lepas, musim Raya Puasa, giliran aku balik kampungku sendiri.
Pada hari raya ke empat…

“ Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam. Siapa tu?’ aku jawab sambil bingkas bangun terkejut.  Siapa pulak datang ni?

Menjenguk keluar tingkap, aku dapati ada seorang wanita sedang mendokong seorang anak kecil. Dalam usia dua tahun. Agaknya anak sulung. Atau… mungkin anak no 2. Bisik hatiku.

Tubuh kecil, kulit cerah. Bukan putih. Agaknya wanita ni dalam usia awal 30an.

“Hai, apa yang direnung tu?” tanya wanita itu.  “ Tak kenal ke? Aku ni. Inah.”

“ Dengar kau ada balik kampung. Kebetulan aku pun balik kampung jugak. Jadi, aku datanglah. Sekejap je. Nak ke lain lepas ni. Ada hal.”

Aku masih tak berkata-kata. Wanita, yang dikatakan Inah, dah pun naik dan duduk di bendul.

“ Kau Inah?  Lain sungguh sekarang ni. Sampai aku tak kenal kau. Inah dulu kulit gelap. Muka banyak jerawat. Yang tak berubah, badan Inah je sama. Slim.”

“ Ini anak kau yang nombor berapa? “

“ Yang ke enam.”  Tak percayalah.  Hatiku berkata.

Panjang lebar jugak kami bersembang. Aku masih malu-malu dengan Inah. 

Maklumlah. Inah semakin cantik berbanding dulu. Tetap slim.

Aku, walaupun beranak dua, badan dah jadi dua kali ganda. Paling aku malu, sekarang Inah nampak bahagian perut dan lengan aku.  Aku cuma pakai T-shirt je. Lebihan isi terjojol keluar. Nampak jelas.

Muka aku pulak dah banyak tompok jeragat. Silap pakai krim rasanya. Nak muka cantik cepat…ini akibatnya. Lepas kawin dulu, aku pakai krim yang kononnya buat muka lagi putih dan berseri. Setahun aku rasa sangat cantik. Lepas itu… macam inilah. Dah tukar itu, ini. Tak menjadi…

Sebelum balik, aku ajukan soalan kepada Inah.

“Inah, apa rahsia kau?”

“ Rahsia apa?”

“ Rahsia kulit kau semakin cerah, tiada jerawat dan jeragat. Badan kau tetap langsing. Kau nampak bertenaga. Awet muda gitu.”

“ Eshh, mana ada rahsia. Aku biasa-biasa je.”
Selepas bersalam, Inah beredar. Pergi ke keretanya di tepi jalan. Masuk ke dalam kereta.

Inah keluar kembali, pegang sesuatu di tangannya. Datang semula ke rumah ku.

“ Nah! Untuk kau. Inilah rahsia aku. Dah empat tahun aku jadikan amalan.”

“ Kau minum ni waktu pagi sebelum kau ambik apa-apa lagi. Campur satu sudu besar serbuk ni dengan air. Minum begitu saja. Boleh juga kau campur dengan minuman milo ke, susu ke, jus ke. Ikut selera kau.” 

“ Aku gerenti kau takkan rasa lapar. Kau akan rasa kenyang. Tapi, jangan takut, kau akan lagi bertenaga berbanding kau makan nasi lemak waktu pagi.”

" Nak lagi kesan cepat, kau minum sebelum tidur. Eloknya malam tu jangan makan berat."

“ InshaAllah, perlahan-lahan kau akan dapati kulit kau semakin cerah. Tompok jeragat tu pun akan pudar. Rambut kau yang semakin menipis dan selalu gugur akan mulai lebat dan kukuh. Haa..tu.. lemak kat perut tu akan hilang.”

“TAPI, INGAT. KAU JANGAN HARAPKAN GURUH DAN KILAT DATANG.  Ambil  enam tujuh hari, kau nak tengok segala-galanya berubah. Hentikan berangan begitu. Yang elok dan selamat tu lambat sikit.”

”Kesan yang paling ketara kau akan lihat paling cepat pun selepas dua bulan amalkan. Lepas tu, kau maintain je… Tapi, kalau rasa kenyang dan bertenaga, memang cepat rasa.”

“ Jika kau ambil ni. Kau pulak akan rasa tak mau makan nasi banyak sebab rasa dah penuh”.

“Baguslah untuk kau yang nak kembalikan badan zaman anak dara dulu.”

“ Kena rajin. Kita nak sihat dan cantik ni kena sentiasa bersemangat. Dah capai yang kau hajati, kau maintain je. Bukan mahal pun. RM5 sehari je. Skiplah belanja yang tak berfaedah tu.

-------

“Assalamualaikum.”

Aku terkejut dari lamunan. Syok dok belek muka kat depan cermin. Mencari-cari jeragatku dulu. 

Badan pun dah tak bam bam dah.  

“Waalaikumsalam.”
Siapa pulak suara lelaki waktu tenghari buta ni?

“Oh abang! Ingatkan siapa?”

“ Hai, dah tak kenal suara abang? Yang tunggu siapa ni? Semakin hari semakin lawa ni”.

“ Mana ada sesiapa?” Cepat-cepat aku jawab.

Aku masih malu nak tanya suamiku kenapa sejak dua menjak ni dia suka balik makan tengahari kat rumah. Kadang-kadang aku termalu apabila aku terasa dia sedang merenungku lama-lama sewaktu makan.

Dulu, ada je alasan untuk lama-lama di pejabat. Balik makan tengahari usah nak mimpi.

Diam, diam, aku senyum.  Hatiku kembang berbunga. Teringatkan Inah. Terima kasih Inah.

Ini memang sah penangan serbuk minuman ESP yang Inah bagi dulu. Dah 5 tong aku minum.

Bulan ni ada offer. Beli 6 dapat 7. Jimat lebih RM150. Aku tak akan lepaskan peluang sangat menguntungkan ini. Suamiku pun dah tak lokek nak bagi wang.  Yalah, untuk dia juga.

-----------

Nak ubah penampilan?
Ingin kembali langsing?
Kulit muka kembali licin dan cerah?
Tanpa jeragat dan jerawat?
Ingin badan sihat bertenaga?

Minuman sedap, penuh khasiat dan selamat.
Kebaikan 8 dalam 1.

·         Rendah lemak
·         Bebas kolestrol
·         Lengkap dengan 9 amino asid
·         Menyihatkan hati dan jantung
·         Bekal tenaga jam demi jam
·         Menjalankan fungsi detoks
·         Mencerah
·         Merawat masalah luar dan dalam.

Bulan ni ada promo:
Beli 2 dapat diskaun 5%    atau
Beli 6 dapat 7. Jimat RM150


Wasap laju-laju kepada Nas 0194706780



Semuanya dengan izin ALLAH. InshaALLAH.



Hubungi saya, Nas 0194706780 atau email 
NutrisiAlamiahTulen@gmail.com untuk mendapatkan produk atau nasihat penggunaan tentang ESP.

Jika anda tinggal di kawasan Kuala Kangsar, pekan Sungai Siput, Salak, Kati dan Manong, perkhidmatan COD ( Bayar Waktu Terima ) disediakan.

Perkhidmatan POSLAJU disediakan bagi penghantaran seluruh negara. Terima kasih.


Nutrisi Alamiah Tulen, "Eat Good, Feel Good, Look Good"





Disclaimer: 

Maklumat yang diberikan di dalam ini tidak boleh digunakan semasa apa-apa kecemasan perubatan atau untuk diagnosis atau rawatan apa-apa keadaan perubatan. Seorang profesional perubatan yang berlesen perlu dirujuk untuk diagnosis dan rawatan apa-apa dan semua syarat perubatan.










Share this:

Tentang Nas Ibrahim

A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.

0 comments: