Cabaran Urus 7 Anak Bagi Ibu Bekerja

Ibu bekerja sepenuh masa. Ibu pulak mempunyai ramai anak. 7 orang. Rezeki Allah.

( Ada pasangan masih belum ada anak walaupun dah lama kahwin. Mungkin ada sebab tertentu Allah uji begitu. Ada sebab mungkin faktor biologi suami. Baca untuk ketahui cara bagaimana suami boleh tingkatkan reproduksi mereka.)

Usia ibu dah menjangkau 48 tahun. Masih ada anak kecil dalam usia 3 tahun 4 bulan.

Ibu mendapat anak bongsunya pada usia 44 tahun.Tapi kadang tak perasan begitu sebab ibu tubuhnya kurus, kecil. Berat ibu pun dalam 48 kg sahaja.

Agak sukar waktu itu untuk ibu melalui tempoh kehamilan. Usia dah agak senja. 

credit: inikeluargamuslim.wordpress.com

Sudah tentunya ibu sebegini perlu kekuatan fizikal, rohani dan mental untuk menguruskan anak yang ramai dan agihkan tugas antara kerjaya dan keluarga.

Rutin ibu bekerja makan gaji sudah semestinya bermula seawal pagi. Bangun uruskan anak dan diri. Anak2 yang masih bersekolah perlu disediakan sarapan. Anak yang kecil pula perlu dimandikan, ditukar lampin bajunya. Susu diberikan dulu supaya tak menangis apabila diserahkan kepada pengasuh. Syukur, kekuatan Allah sentiasa berikan pada hambaNya. Solat Subuh dan zikir menjadi satu magis kepada ibu ini.

Kadang feel anak-anak di luar jangka. Pagi-pagilah mereka tunjuk ragam. Antara nak berkejar ke tempat kerja dengan menenangkan anak-anak. 
Beginilah keadaan ibu kerja di awal pagi.

Menuju ke tempat kerja, syukurlah dengan kereta. Kadang-kadang jarak yang jauh ke tempat kerja memaksa ibu memandu laju. Apabila tersedar, baru brek ditekan, kereta diperlahankan.

Biar lambat asal selamat. 
Bila lupa, laju lagi.

Waktu kerja lebih kurang 9 jam termasuk perjalanan pergi dan balik. Waktu petang pula menguruskan hal mengaji Quran anak-anak. Walau semaju manapun kita, sesibuk mana pun dirasakan, ilmu wajib, mendalami dan menghayati Al Quran, tidak boleh diabaikan.

Selepas Isya' sedikit sebanyak kena ingatkan anak-anak tentang pelajaran dan kerja sekolah. Yang masih di sekolah rendah selalunya meminta bantuan. Layanan perlu diberikan kepada mereka. Yang dah besar bukan bermakna boleh berdikari...walaupun telah dilatih dalam banayk hal!  
Kadang badan dah penat, ketahanan mental sudah menurun, ini yang menjadi cabaran apabila mempunyai anak ramai. Tidak kesemuanya boleh dipantau secara teliti.

Badan dan minda perlu rehat secukupnya. Anak-anak juga dilatih tidur awal. Jika ibu bapa tidur lewat, anak-anak akan mengikut sama. Paling lewat, ibu mest tidur jam 11. Tak cukup tidur akan membuatkan ibu lemah keesokan harinya. 

24 jam yang Allah kurniakan, lebihan masa kerja rasmi dan tidur, ibu mempunyai 10 jam untuk membuat kesemua perkara ini:

bersihkan rumah,
membasuh pakaian,
membeli barang dapur,
memasak,
membantu anak-anak dengan kerja rumah,
hadir pada aktiviti kanak-kanak.

Ibu tiada bibik. Semuanya ibu tempuhi dengan tabah.

Hmmmm. Tidak hairanlah begitu ramai wanita beranak ramai dan berkerjaya begitu letih!

Syukurlah juga banyak mesin dah membantu ibu. Suami yang prihatin juga banyak meringankan kepenatan seharian.

Inilah tips yang digunakan ibu dalam menguruskan keadaan kehidupan yang sibuk dan pada masa yang sama ingin memiliki sebuah keluarga yang diidamkan.

1. Taat kepada perintah Allah.
2. Taat kepada perintah suami.
3.  Berusaha sebaik mungkin menguruskan keperluan rohani, emosi, jasmani dan intelektual anak-anak. Hasilnya Allah yang tentukan. Usaha dan tawakkal kita buat. 

Ingat, tidak semua yang kita inginkan berhasil. 

Tujuh anak, tujuhlah cara dan ragamnya. Cabaran utama ibu adalah  menangani pelbagai ragam anak-anak, dan pernah ibu mendapat kolestrol dan tekanan darah tinggi yang boleh dikatakan " tahap yang membahayakan".

Kesibukan dan mehnah anak-anak membuatkan si ibu terlupa menjaga kesihatan.

Alhamdulillah, ibu cepat sedar. Ibu melihat kehidupan ini kurang maknanya jika kesihatan tidak dijaga. Fizikal yang tidak sihat lagi mengganggu kehidupan anak-anak dan keluarga. 

Banyak mana duit dicaripun, kesihatan tidak boleh dibeli. Sebelum terlambat, perubahan gaya hidup dan pemakanan diberi perhatian utama.

Alhamdulillah dengan tujuh anak, yang sulung berumur 22 tahun, yang ketujuh berusia 3 tahun 4 bulan, ibu yang akan memasuki zon 50an, berasa semakin sihat, bertenaga dan gembira.

Bagaimana ibu mengawal kolestrol dan darah tinggi?
Bagaimana ibu merasa sihat lain daripada biasa?
Bagaimana ibu mendapat kekuatan rohani dan emosi?


Hubungi Nas 0194706780

Share this:

Tentang Nas Ibrahim

A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.

0 comments: