8 Individu Yang Ada Potensi Tinggi Untuk Dapat Penyakit Gout?

Gout berlaku apabila terlalu banyak asid urik dalam darah.
Asid urik membentuk kristal keras ( menjadi seperti batu ) dalam sendi.

Akhirnya anda akan dapat keradangan dan sakit, sakit yang teruk.

Bayangkan ada benda asing, batu, dalam sendi, yang sebelum ini tiada apa-apa. Amat sakitkan?

Kisah benar diringkaskan dari satu pengalaman hamba Allah.



Bayangkan kaki ditoreh dari atas ke dalam dengan pisau yang tajam.

Daging dah nampak. 
Darah dah memancut.


Kemudian, masukkan garam ke tempat torehan tadi. Lepas tu tuang cuka pulak. Sapu dengan cili padi yang ditumbuk.



Tambah perahan asam limau nipis.
Layur tapak kaki tadi di atas api. 
Letakkan seterika panas di tempat luka tersebut.

Sakitnya! Sakit yang amat sangat...

Bayangkan ada benda asing, batu, dalam sendi, yang sebelum ini tiada apa-apa. Amat sakitkan?

Gout adalah sejenis arthritis.

Gout adalah lumrah dalam kalangan lelaki.

Serangan gout akan berlaku kepada kaki, buku lali, lutut atau sendi-sendi lain.

Siapa yang sangat berpotensi mendapat gout?

1. Orang yang ada ahli keluarganya pernah mendapat gout.
    Keturunan adalah satu faktor utama.  

2. Orang yang berat badannya berlebihan.

3. Orang yang banyak meminum alkohol.

4. Orang yang makan terlalu banyak daging atau ikan yang 
    banyak bahan kimia ( dipanggil "purines" - sebatian kimia  
    tertentu didapati di beberapa makanan yang dipecahkan 
    kepada asid urik. Diet yang kaya dengan purin dari 
    sumber-sumber tertentu boleh meningkatkan tahap asid 
    urik di dalam badan, yang boleh membawa kepada gout ).

5. Ada penyakit tekanan darah tinggi.

6. Pernah menjalani pembedahan.

7. Pengambilan ubat-ubat tertentu, terutama aspirin dan niacin

8. Dilahirkan dengan ada Sindrom Kelley-Seegmiller atau Lesh-Nyhan.


Simptom-simptom Anda Ada Gout:

1. Diserang BENGKAK waktu malam, lebam sakit,    
    kemerahan dan sakit mencucuk pada jari kaki.
    Ini adalah tanda yang SANGAT JELAS anda ada gout. 

2. Kulit jadi merah atau keunguan pada sendi terlibat.

3. Pergerakan terhad pada sendi-sendi berkaitan.

4. Pengelupasan dan kegatalan pada kulit di kawasan sendi 
    terlibat apabila gout semakin pulih.



Pautan berkaitan:

Testimoni Atasi Gout Dengan Vivix

Cara Atasi Gout Seawal Tiga Hari






Share this:

Tentang Nas Ibrahim

A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.