Tips Bangkit Dari Kesedihan dan Kegagalan Selepas Merancang Dalam Perniagaan atau Dalam Hidup

Awal bulan, dah siap perancangan sepanjang bulan. Cantik!

Dua tiga hari ada semangat yang tinggi. Hati berbunga, senyum di bibir.
.

Masuk minggu kedua, ketiga, jantung mulai berdegup kencang. Muka semakin kurang senyum sebab banyak berfikir tentang target...tentang banyak yang ketinggalan...tentang plan tak mampu nak siapkan.
.

Semasa merancang, halangan biasa dapat dijangka. Tapi...halangan luar jangka yang banyak bantutkan perancangan.

Resah dan stress.....
.

Biasa berlaku begitukan kawan-kawan? Ini bagi yang buat perancangan dalam bisnes atau dalam apa2 bidangpun. Bagi yang hanya mengikut arus, apa berlaku, ikut je...tak ada rasa begini.

Tapi, syukur kita orang Islam.

Jika Kak nas alami perkara ini, memang pasti ada, kitakan manusia....ada beberapa tips yang diikuti:

1. Sujud dan merayu padaNya. Dia yang Amat Memahami dan Amat Mengetahui. Berserah padaNya selepas berusaha.

2. Jika plan tidak sempat nak buat, usaha juga setakat yang mampu.

3. Carilah mentors... bincang semula, luahkan apa sebab yang menjadi beku. Mentor akan bagi jalan yang terbaik berdasarkan pengalamannya. Dan Kak Nas ada mentor2 yang sangat bagus.

4. Baca perjalanan yang ditempuhi mentor-mentor dalam bisnes Shaklee. Yang berjaya hari ini, bukan dalam sekelip mata. Bukan jalan siap terbentang indah. Airmata, kesukaran, keperitan, tidak cukup tidur, dan segala bentuk jatuh bangun ditempuhi.

5. Baca juga pengalaman tokoh2 agung dalam perjuangan mendapatkan sesuatu.

Tokoh semua umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. berkorban segala-galanya untuk Islam...untuk semua umatNya.
Nabi dihina, diludah, dicemuh, dilukai, disakiti.... tapi setakat ini kita tak diuji seberat ini.

Dan...begitulah juga dengan lain2 tokoh yang memang ada pelbagai bentuk ujian untuk berjaya.

Namakan saja.... tokoh2 popular dalam sejarah. Abraham Lincoln, Isaac Newton, Albert Einstein, Christopher Columbus dan lain2.
Semuanya diuji untuk mencapai matlamat mereka.

6. Sentiasa yakin dengan janjiNya. Janji Allah SANGAT PASTI.

"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu."

7. Kena sentiasa ingat The Nature Of Doing Business.

Kebanyakan perniagaan baru akan gagal. Tak kira berniaga apa pun. Dan ramai yang berniaga akan alami perasaan sedih, kecewa...

Tapi, nak berjaya, kena belajar juga cara mengumpul kuasa kegagalan.

dalam kita gagal tu, ada pengajaran...

Kegagalanlah yang buat kita belajar, belajar, dan terus belajar.... sehingga berjaya. Insha Allah.

8. Cuba untuk sentiasa senyum... walaupun banyak kepahitan... tengok muka anak2...senyum datang balik.

9. Bersedekah. Kuasa sedekah sanagt hebat.

Kak Nas doakan semua sahabat FB Kak Nas akan berjaya dunia dan akhirat.

Hari ni last day closing. Dapat upkan lagi semangat bila ingatkan pengorbanan mentor Kak nas dan selepas baca pengalaman Master Salwa... air mata menitis....

Berusaha sehingga ke saat akhir... walaupun ranjau sentiasa ada...

#tsunamishaklee #lliveamazing #shakleeeffects #wave2 #bangkitdarikesedihan
#pengedarshaklee



30.11.2016

Share this:

Tentang Nas Ibrahim

A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.

0 comments:

Post a Comment