Kedai Dobi Pilihan di Kuala Kangsar, Perak

Kedai Dobi Bonda, Kuala Kangsar Memenuhi Ciri-Ciri Kedai Dobi Anda?

Dobi mendobi ni memang kerja rutin kita kan, terutama wanita. Hari hari basuh pakaian. Basuh pakaian zaman sekarang, bukan berat macam zaman dulu.

Ingat kecik-kecik dulu, nak basuh pakaian, kena punggah air dari telaga atau perigi. Pastu rendam dulu pakaian beberapa jam, kadang sampai sehari.

Sesi berus memberus pakaian lah yang paling tragis. Nak nak jika kain besar dan berat. Huhuhu...menangis tepi telaga.

Dok mengadap besen pakaian berjam-jam juga. Sebab nak berus, bilas, punggah air, bilas lagi. Dah puas hati, barulah jemur.

Fuhhh... kenangan dulu.

Sekarang, masuk je pakaian dalam mesin basuh. Tambah sabun pencuci. Tekan butang. Nak 'Wash' ke, nak fungsi apa pulak ke, hujung jari je. Lepas tu, pegi masak ke, pegi tengok TV ke, atau baring-baring, atau layan anak-anak.... apa-apalah.

Tapi, Kak Nas tak lepas peluang. Akan selit dengan buat coaching downlines secara online, atau layan customer yang pm. 
(Kak Nas buat bisnes apa? Bisnes bantu orang jadi sihat, jadi comel....
klik SINI )

Tup tup.... dah siap. Tek..tek..tek...bunyi mesin basuh. Nak bagitahu kerja membasuh dah siap.

Ambiklah jemur..... hihi.

Tapi, mesin basuh Kak Nas ni just muat untuk 13 kg je.

Untuk toto, atau selimut tebal, Kak Nas tak guna mesin basuh sendiri. Tak muat dan kalau paksa kan, takut rosak pulak mesin.

Jadi kedai dobi lah Kak Nas akan tuju. Inilah untungnya ada kedai dobi berdekatan. Tak adalah dekat sangat. 10 km. Tapi, sebab kedai dobi sehaluan dengan ke tempat Kak Nas kerja, tak jadi masalah.

Kak Nas biasa dobi di Kedai Dobi Ceria. Servis bagus. Tapi, masa keluar dengan encik suami bawa toto dan selimut tebal, ternampaklah satu kedai dobi ni. Nampak macam baru.

Ya lah, baru buka ni. Jom cuba kita dobi kat sini, ajak suami. Alah..tak nak lah, biasa kat Kedai Dobi Ceria, Kak Nas pula membantah.

Tak apalah. Alang-alang dah sampai ni. Cuba yang ni pulak, kata suami. Kak Nas terima je. Bukan benda apa sangat nak bertekak kan.

Kedai Dobi Bonda. Hmm...menarik nama. Lambang keibuan. Ya lah. Ibu-ibukan rajin mencuci, membasuh, mengemas.

Nama dah ok. Haipp... nak komen nama pulak. Tak apa. Kak Nas puji je.

Upah basuh satu toto ( toto Siam ) dan sehelai selimut tebal ( kalau musim salji pun, jamin tak sejuk. Haha... nak bagitau tebalnya ) ialah RM13.50.


Harga dah ok. Ya lah. Biasa upah dobi satu toto RM8. Ni tambah selimut tebal. Kak Nas rasa harga upah berpatutan.

Siap dalam tempoh 2 minggu. Paling lama. Hmmm... cam lama sangat. Biasa seminggu je. Alah..tengoklah ni sekarang asyik hujan. Cakap suami. Fine. Acceptable.

Lagipun, Kak Nas bukannya terdesak sangat nak guna toto dan selimut tu. Sebulan lagi pun tak apa, actually. Saja mulut ni.... suka komplen. Tak baik tau!

Memang betul. Bukan 2 minggu. Kami lupa nak ambik. Rasanya toto dan selimut tu sebulan kat Kedai Dobi Bonda. Punya bagus. Mereka simpan elok-elok. Dah lama la guna ruang kedai mereka.


Kak Nas nak cadang, adik pemilik ni, telefon je pelanggan-pelanggan yang selalu lupa macam kami ni.

Ok. Nak review lagi tentang Kedai Dobi Bonda.


*** Servis bagus.

*** Kedai kemas, bersih, menarik.

*** Senang nak parking kereta sebab kawasan parking luas di hadapan kedai.

*** Layanan amat memuaskan.

*** Harga caj berpatutan.

Berapa bintang nak bagi. Hmm... tak reti nak bagi bintang. Tapi, pandangan Kak Nas...Kak Nas akan pegi buat dobi lagi kat Kedai Dobi Bonda ni.

Nak pegi dobi kat sini? Silakan.  Ni alamatnya:

Kedai Dobi Bonda,
3D, GF, Jalan Daeng Selili,
33000 Kuala Kangsar.

Telefon: 0174069748





Share this:

Tentang Nas Ibrahim

A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.

0 comments: