Awas Bahaya Merkuri Dalam Produk Skincare Untuk Jeragat Anda

Banyak Produk Skincare Hilangkan Jeragat Dengan Cepat Mengandungi Merkuri, Yang Sangat Bahaya Kepada Kesihatan Anda. Produk Semulajadi Wajib Menjadi Pilihan Jika Anda Sayangkan Kulit dan Kesihatan Anda.

Betul ke banyak skincare untuk jeragat, untuk jerawat, untuk apa-apalah yang nak jaga kulit ni, yang banyak bahan kimia berlambak dalam pasaran? 

Haii...suka sangat kalau jeragat kat muka puan cepat hilangkan? 

Memang, semua kita nak setel masalah tu, nak bagi cepat semua. Tak sabarkan? Itu yang asyik terperangkap dengan skincare ada banyak racun. Banyak bahan kimia bahaya puan. Terutama merkuri.

Kena hati-hati kalau nak beli skincare jeragat atau untuk kulit bermasalah. Terutama, ingat ye, terutama jika melibatkan skincare yang nak cerahkan kulit cepat sangat, skincare yang nak pudarkan jeragat atau tompok-tompok penuaan, atau skincare hilangkan jerawat.

Semua yang claim cepat sangat, dua tiga hari dah putih, gebu gebasss dalam tempoh seminggu, floless di luar jangkaan, kalah kulit baby.....lemparkan ke tepi perangkap-perangkap ini.

Buatlah kajian, dengarlah nasihat akak ni... akak dah banyak pengalaman dalam dunia produk bahaya ni ( sebab dah jadi mangsa ). Jadilah orang yang rasional... sayangilah kulit dan badan. Sayangilah organ-organ dan badan kita.

Indah hanya seketika, kulit mungkin cantik sekejap je.

Bagaimana Elakkan Merkuri Dalam Skincare Untuk Jeragat, Dan Untuk Masalah kulit Yang Lain?

Merkuri ialah logam berat berwarna putih perak, bersinar.

Merkuri dikelaskan oleh oleh US Government Agency For Toxic Substances and Disease Registry sebagai bahan ketiga paling beracun dan bahaya selepas arsenik dan plumbum.

Kalau puan beli skincare, memang sukar nak kesan ada merkuri atau tidak. tapi, sila ambil langkah berjaga-jaga in untuk elakkan diri menjadi mangsa produk bahaya.

1. Baca label pada produk yang puan beli. 

Kalau ada merkuri, tolak tepi. Jangan terpesona dengan gambar model putih melepak...
Bacalah nama merkuri atau calomel, mercurous chloride, mercuric, and mercurio.

2. Hati-hati dengan skincare yang dipasarkan sebagai pemutih kulit, atau krim anti penuaan.

Banyak skincare kulit jeragat, kulit jerawat, kulit kusam, kulit gelap... dalam pasaran Asia, termasuk juga dari Afrika, ada kandungan merkuri. Haha..nampak sangat orang Asia, Afrika tak suka kulit sendiri yang sawo matang atau gelap. Sebab tu lambakan skincare ada merkuri berlaku.

3. Lagi kena tolak, jika skincare jeragat tak ada labels.

Ini tentu kes tak berani nak letak isi kandungan. Biasa skincare haram. Cari label tu mungkin pada botol, atau biasanya pada kotak, atau pada kertas lampiran kat dalam kotak.

Kalau tak ada label, jangan tergoda. Reject tau!

Jika Dah Beli dan Guna Skincare Untuk Jeragat Yang Ada Merkuri, Apa Nak Buat?


Puan tak perlu rasa sayang, berhenti guna...buang je! Yang kena sayang, kulit muka puan.


Kalau terus guna, kulit akan lagi teruk. Lagi banyak kena belanja untuk pulih balik.


Banyak kesan jangka panjang boleh menimpa jika terus-terusan terdedah kepada merkuri. Lebih-lebih lagi jika merkuri dah masuk ke dlm saluran darah.

Ni dia simptom-simptom jika keracunan merkuri: kemurungan, letih sangat, rambut gugur secara serius, bengkak gusi, insomnia, keresahan, hilang memori, lemah, terketar-ketar.

Bagaimana Nak Elak Dari Terjebak Dengan Skincare Jeragat Yang Ada Merkuri?

Pilihlah Skincare Semula jadi untuk penjagaan muka berjeragat. Konfem bebas bahan kimia, bebas merkuri. 

Skincare NutriWhite untuk mengatasi masalah jeragat.  Selamat dan Berkesan. Insha Allah.
Skincare NutriWhite, Skincare 100% Semula Jadi

Maklumat lanjut tentang Set NutriWhite, klik di SINI ye.

Hubungi Kak Nas 0194706780 untuk info lanjut. konsultasi berkesan Kak Nas sediakan.

Share this:

Tentang Nas Ibrahim

A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.