Tip Hilangkan Tompok Hitam Tudung Akibat Terendam Lama

Alkisah beberapa helai pakaian dan tudung akak tersalah dimasukkan suami ke dalam washing machine. Suami akak ni rajin bab-bab uruskan kain baju. Tabik kat dia! Tenkiu dear!!!

Akak bukan malas... ( jgn kecam akak tau!)

Cuma, akibat tak suka tengok ada pakaian tak berbasuh, kadang dia terlupa pakaian akak dimasukkan sekali ke dalam washing machine.Yang ada manik2 atau pakaian baru memang akak tak basuh guna washing machine. Bila dah lama sikit, baru ' sampai hati' nak biar mesin yang basuhkan.

Jadi, pakaian yang dah terbasah dan terkena sabun tu, akak ambik dan letak dalam sebuah baldi kecil. Letak kat satu sudut sekejap dan memang niat nak ambik dan basuh dengan tangan.

Punyanya nak jadi cerita, pakaian dalam baldi tu terbiar lama. Akak pula jarang ke kawasan akak letak baldi. Mak aii.. lupa... lamalah juga. Rasanya lebih seminggu kut.

Ambik-ambik, boleh tahan juga baunya... dan salah satu tudung, warna oren, jenis kain chiffon crepe, dah naik tompok-tompok hitam. Banyaknya!! ( nyesal tak ambik gambar nak tunjuk kat Uolls.Tak teringat pun masa tu nak share hal ni. )

Akak ambik semua pakaian tersebut, rendam dalam air biasa. Bilas...buang segala saki baki air lama terendam dengan kain.

Ambik detergent biasa guna, rendam. Gosok-gosok dengan tangan kuat-kuat supaya tompok-tompok hitam hilang. Tak terjejas.... So, akak rendam semua pakaian itu, biar selama beberapa jam. Tengok-tengok tak berubah juga.

Akak tak guna Klorox takut warna oren tu hilang. Kan bertambah tompok-tompok lagi tudung tu.Oren, putih pulak....

Fikir punya fikir.... ting! teringat kepada pencuci seribu guna ni. Basic H2 Shaklee.

Akak biasa guna Basic H2 untuk cuci sayur dan buah-buahan untuk hilangkan segala racun dan haiwan-haiwan kecil seperti hama atau cacing pada sayur-sayuran. Ya lah kan,  nak bagi sayur-sayur segar, rangup dan selamat dimakan.

Pernah juga guna BasicH2 ni untuk mudahkan basuh kasut putih sekolah anak. Rendam 10 minit, gosok-gosok manja, dah putih.  Ingat dulu, enam anak yang atasnya, siksa menyental kasut walaupun dah rendam dalam klorox.


Tapi, yang tak best guna klorox ni, tangan rasa pedih, kering dan berbau sangat. Kasut-kasut pun cepat reput kalau selalu guna.

Selain tu, akak guna juga semasa mop lantai. Bersih dan selamat. Anak-anak kecil merangkak-rangkak pun tak perlu risau. Tak ada bahan kimia bahaya pun.

Akak buang air rendaman pakaian tadi. Akak tambah air baru yang bersih. Akak tuang sedikit Basic H2 ke dalam air. Kacau-kacau bagi bercampur dengan air dan keluar buih. Biarkan pakaian dalam air Basic H2 beberapa jam. 

Datang balik, angkat tudung yang bertompok-tompok... wah! Tak sangka. Tiada langsung kesan-kesan hitam banyak sebelum ini. Tak payah akak nak gosok-gosokpun. Hilang terus! Sangat teruja masa tu. Gembira sangat sebab akak sayang tudung tu. Baru beberapa kali pakai.

Inilah hasilnya... kembali seperti asal

Tak sangka. Akak masa tu kira main buat trial and error je guna Basic H2. Memang betul seperti tertulis pada botolnya... seribu kegunaan.
 



Semoga bermanfaat...

Luv Uolss,

Nas 0194706780

Share this:

Tentang Nas Ibrahim

A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.

0 comments:

Post a Comment