Kenapa Saya Tak Bagi Anak Tengok Kartun Boboi Boy

Anak-anak kecil sedang melalui proses pembesaran. Ibu bapa perlu pandai mengatur dan menyusun keperluan dan kehendak anak-anak.

Bercerita tentang dugaan digital alaf baru, mendidik anak-anak menjadi semakin mencabar dan menduga kesabaran. Anak-anak, jika tak diberi langsung menonton TV, kita akan rasa macam menzalimi mereka. tetapi hidangan yang dipersembahkan dalam TV sering membuatkan ibu bapa menjadi resah. Belum lagi diambil kira segala serangan dari internet.

Balik kepada tujuan asal post ini iaitu kartun Boboi Boy. Sebagai ibu yang tak berapa nak ikut jalan cerita Boboi Boy, akak beri juga peluang anak-anak melayan kartun BoboiBoy. Tengok watak dan gambar macam hampir sama dengan kartun Upin Ipin. Kira alrite lah.

Suatu hari, akak terkejut apabila anak berusia tiga tahun mengeluarkan ayat " Tak Guna!" apa perasaan seorang ibu apabila anak kecil, yang tiada dosa dan cela, boleh keluarkan perkataan yang akak anggap agak biadap. Tak kira penggunaan dalam apa situasi sekalipun oleh anak kecil 3 tahun.

Selepas itu, pengasuh anak melaporkan. " harini Harraz sebut "Tak Guna" ". Apa rasa? Malukan. Bagaimana seorang ibu yang kononnya ada pendidikan boleh mengajar anak kecil perkataan tersebut.

Mulai dari saat itu, akak nasihatkan anak kecil, " Harraz sayang, tak elok sebut tak guna. Dosa tau".

"Mulai hari ini, ummi tak benarkan tengok kartun Boboi Boy. Juga mana2 kartun yang suka menggunakan perkataan kesat, maki hamun."

Maaf kepada penerbit Boboi Boy. Tak kira untuk anak yang usia mana pun, sebagai filem kartun, sudah pasti anak-anak yang suka. Perkataan begitu perlu dibuang. Pasangkan niat untuk berkarya sambil mendidik. Fikirkan impak kepada generasi kita. Generasi Melayu dan Islam.

Akak juga perasan beberapa filem kartun yang dialih bahasa juga banyak menggunaan perkataan " tak guna".  Pihak yang berkenaan perlu peka dan buat perubahan.

Rakyat Malaysia terkenal dengan budi bahasa tetapi budi bahasa semakin hilang. Media komunikasi sangat memainkan peranan kerana dari situlah salah satu cara anak-anak mempelajari perkataan dan bahasa.

Sayangi anak-anak kita, sayangi generasi Malaysia. Budi bahasa budaya kita...

Share this:

Tentang Nas Ibrahim

A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.

0 comments:

Post a Comment