Hadiah Untuk Yang Tersayang

Assalamualaikum. Salam Nuzul Quran. Cuti harini.
Kebetulan demam teruk semalam. Pagi ni rasa ok sikit. Kepala dah tak rasa berat. Semalam tak boleh angkat. Jalan huyung tapi tetap hadapi macam biasa. Maklumlah, tanggungjawab banyak. Semalam sebelum tidur, ambik 3 biji SR Vitamin C dan segelas Performance Drink. Pagi sahur dengan sedikit nasi, susu segar, organic oat, Mealshakes, Vivix, Vita C, Vita Lea. Semoga Allah sembuhkan.
.
Hadiah istimewa buat yang tersayang?
.
Ermmm...nak pilih satu yang tersayang. Suami, anak-anak, ibu bapa mentua, adik beradik, anak2 saudara? Mak ayah sendiri dah meninggal. Alfatihah buatmu mak ayah. Semoga mak ayah dimasukkan ke dalam golongan yang Engkau redhai, ya Allah. Amiin.
.
Dalam ramai-ramai tu, Kak Nas buat keputusan untuk pilih yang terdekat, yang mengalir darah kita dalam badannya.
.
Anak2. Pilih semua anak. Sukar nak pilih yang mana satu sebab semuanya anak ummi.
.
Jadi 7 anak akan diberi hadiah ini. InshaAllah. Nak decide hadiah apa agak sukar sebab ramai kan. Dalam kepala terlintas pakej umrah tetapi perlu planning yang rapi dan terancang sebab melibatkan ramai.
.
Jadi, Kak Nas pilih yang mudah untuk dipenuhi untuk semua anak.
.
Hadiah ini mestilah tidak habis begitu sahaja. Ada nilai pelaburan supaya dapat membantu keperluan mereka apabila dewasa atau tua nanti walaupun tak banyak. Mudah disimpan dan nilainya sentiasa meningkat.
.
BAR EMAS!!! Seorang 100g bar emas. Ukuran kasar nilaian sekarang ialah RM16,900 satu bar. Untuk 7 orang? Boleh beli runcit2 dari bonus Shaklee. Kalau dapat beli sekaligus, lagi elok. InshaAllah.
.
Dalam tempoh jangka panjang nilai emas akan sentiasa meningkat. Jadi, apabila tiba masa yang sesuai, ummi akan hadiahkan anak2 satu bar emas untuk kegunaan mereka apabila sampai umur tertentu.
Terpulang kepada mereka untuk buat apa pulak dengan bar emas tersebut. Walupun nilainya tidaklah begitu besar, bolehlah mereka gunakan jika nak sambung belajar, buat modal biz ( sertai Shaklee jugak!), belanja buat haji atau umrah, belanja perkahwinan, beli aset tetap lain dan sebagainya asalkan bermanfaat.
Doakan ummi ya anak2.
Lagi satu, Kak Nas ingin melatih anak2 bahawa simpan emas boleh memupuk sikap yang ada pada orang kaya-kaya iaitu suka kumpul harta. Juga ciri yang perlu ada dalam keturunan oghe Kelate.
Mesra Muslimah tentu setuju, apatah lagi Kak Nas boleh deal terus denganmu mek Kelate.
Selain dari ilmu yang diberikan, mungkin sedikit ini dapat membantu anak2. Kebahagiaan anak2 kebahagiaan ibu bapa juga. Aamiin Ya Wahab, Ya Wahab, Ya Wahab, Ya Wahab....

1. Emas bar sri ayu
2. tren harga emas menaik dlm jangka panjang



Ingin tambah pendapatan dengan biz Shaklee? Hubungi Nas 0194706780

Share this:

Tentang Nas Ibrahim

A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.

0 comments:

Post a Comment