Teringin Nak Melawat Negara Jepun

Indahnya! Cantiknya! Bersihnya! Disiplinnya! Sistematiknya!

Banyak sungguh exclamation marks untuk negara ni.

Negara ni kalau banding dengan negeri California, ia lebih kecil.

Tetapi, dari segi tempat-tempat menarik, nak feel pengalaman hebat, penuh kejutan, negara ini setanding himpunan negara-negara Eropah.

Setiap arah yang diambil, setiap langkah yang diatur, pasti teruja melihat bandar atau pemandangan yang indah.

Juga mungkin makanannya yang unik
 ( yang ni tak pasti suka ke tidak )

Sekali datang, pasti nak datang lagi.

Wah..itulah yang Kak Nas baca dan dengar. Luahan orang2 yang pernah berkunjung ke negara ini.

Dua minggu ke melawat, atau dua bulan ke, masih tak akan habis keterujaan. Malah masih tak cukup masa untuk nikmati kesemuanya.

Itulah perasaannya. Teringin nak bersama keluarga, melawat Tokyo, Kyoto dan Hakone serta lain2 bandar.

Teringin untuk nikmati Kenrokuen Garden di Kanazawa, Teshima dan Naoshima yang terkenal dengan himpunan hasil2 seni, nak lihat kota metropolitan Osaka, bandar bersejarah Hiroshima, Warisan Dunia Unesco di Myajima dan banyak lagi.

Itulah dia... negara Jepun dalam impian.

Share this:

Tentang Nas Ibrahim

A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.