Sambut Raya: Tips Balik Kampung

Tatkala hari raya semakin hampir, perasaan tentu membuak-buak nak balik kampung. Walaubagaimanapun, perjalanan yang akan ditempuhi agak lama, dan mungkin jalan raya juga sesak. Jadi, anda perlu ikuti beberapa tips untuk balik kampung. Supaya, perjalanan pergi balik selamat, dan rumah dan harta yang ditinggalkan juga selamat. InshaAllah.

Pengalaman tinggal jauh dari kampung halaman banyak mengajar Kak Nas tentang banyak perkara.

Bayangkan, selama 22 tahun banyak pengalaman berulang alik balik kampung, Kak Nas nak kongsi tips agar kita sama-sama beroleh manfaat.

Tips Balik Kampung

Tak kira musim raya atau tidak, beberapa perkara perlu diikuti agar perjalanan balik kampung selamat.

1. Rancang masa dan tarikh perjalanan.

Maklumkan kepada semua ahli keluarga agar mereka semua dapat bersedia awal. Bila nak bertolak dan berapa lama nak balik kampung.

Jangan esok nak bertolak, malam baru bagitahu. Sebab emosi ahli keluarga perlu di"tune"kan agar mereka bersiap sedia dari segi minda, emosi dan persediaan lain.

Anak-anak yang dah boleh berdikari akan siapkan pakaian mereka sendiri mengikut tempoh balik kampung yang sesuai.

Mungkin ada yang guna pendekatan beri arahan, ikut je cakap orang tua. Kena ingat, apabila dah besar, pendapat dan keperluan mereka juga perlu diambilkira.

Apabila semua dah maklum, perasaan dan emosi disatukan agar keharmonian wujud. Perjalanan jauh pun akan meriah dan aman.

2. Pastikan kenderaan dalam keadaan yang tip top.

Kereta yang nak diguna untuk balik kampung, tak perlu kereta baru. Yang utama, kereta diservis dulu. Semua aspek, enjin, tayar, minyak hitam, contohnya, terbaik.

Keadaan kereta perlu selesa agar perjalanan jauh tak memenatkan, tak beri kepanasan dan sebagainya.

Air cond kena lah ok... musim panas kan.

3.  Lapor kepada balai polis berdekatan, serta jiran-jiran sebelah.

Sebelum balik kampung, tip berikutnya ialah maklumkan kepada polis. Isi borang balik kampung. Sebab pihak polis akan sentiasa membuat rondaan sekitar rumah secara berkala.

Maklumkan juga kepada jiran-jiran yang tak balik kamping. Pastikan jiran yang dipercayai ye...

Kejadian jenayah tak kira tempat dan masa. Jadi, hal ini amat penting untuk dilakukan.

4.  Tutup, kunci rumah tanpa gagal

Setiap ruang, akan dijadikan peluang.

Tingkap, pintu, segala lubang yang ada potensi untuk penjenayah masuk, tutup. Kuncikan. Pasang grill jika keadaan agak mengundang.

Pada sliding door, letakkan kayu panjang atau batang besi panjang yang menyekat pintu daripada dapat ditolak dari luar.

Usahakan segala-galanya ke tahap maksimum.

5. Sediakan bekal perjalanan.

Jika ada anak-anak kecil atau anak ramai, sebaik-baiknya dibawa sedikit bekal makanan dan air.

Jika ada anak yang suka muntah-muntah, sediakan plastik yang cukup. Pengalaman Kak Nas, ada dua anak yang asyik muntah apabila melalui perjalanan jauh.

Jadi, air dan plastik amat penting.

Makanan yang dibawa juga hendaklah sesuai untuk dimakan dalam kereta. Biasanya buanh-buahan seperti epal, pisang, roti, kekacang dan air mineral memadai.

Jika dapat bawa bekal nasi dan lauk-lauk dimasak sendiri lagi baik untuk makan tengahari (jika bukan bulan puasa). Sebab makanan yang dimasak sendiri lebih selamat dan bersih.

Hasil air tangan sendiri kan!

Pengalaman paling perit yang Kak Nas alami selepas berhenti makan di sebuah kedai, sehari selepas itu, pada hari raya pertama, hampir satu keluarga demam, cirit birit dan muntah.

Bayangkan derita di hari raya. Hingga hari raya ketiga keadaan badan tak berapa nak pulih.

Alhamdulillah, Kak Nas ada bawa bekalan vitamin semula jadi yang sesuai untuk kegunaan masa demam dan cirit birit.

6. Bekalan Suplimen atau Vitamin selamat dan semula jadi. Kak Nas yakin Vitamin Shaklee.

Ini perlu jadi kewajiban.

Musim raya, atau apabila balik kampung, ramai yang gagal jaga pemakanan seimbang. Ada yang tak dapat nak cari bekalan buah dan sayur yang mencukupi.

Kesihatan paling utama. Tak kira tempat dan masa.

Lebih-lebih lagi musim raya. Kuih muih, pelbagai juadah hidangan, dan air yang tak terkira banyak jenis. Dah lah manis-manis belaka. Warna warni pulak tu.

Kolestrol, darah tinggi, kencing manis, cirit birit, loya, muntah, pening dan sebagainya mudah je dihidapi.

Puncanya makanan je.

Ambik Lecithin dulu untuk pecahkan lemak. Makan Omega Guard untuk bantu pembakaran lemak. Supaya masalah kolestrol, darah tinggi dielakkan.

Herblax untuk bantu melawaskan buangan.

Dan banyak lagi vitamin untuk keperluan tertentu.

Hubungi Kak Nas untuk dapatkan panduan dan konsultasi, serta dapatkan vitamin.
Nas 0194706780

7. Solat hajat dan doa

Segala Pelindung adalah Allah Maha Besar. Allah Maha Kuasa. Segala usaha dah buat, dan sebelum berserah, minta dulu dariNya

Malam sebelum bertolak, buatlah solat hajat dua rakaat minimum. Mohon segala perlindungan harta dan keselamatan dari Allah.

Sebelum keluar rumah, bacalah doa keluar rumah dan doa memohon keselamatan.

Doanya mudah dihafal, dan pendek sahaja.

Tapi, impaknya besar. Dengan penuh yakin, Allah akan lindungi kita.

بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ
BISMILLAHI, TAWAKKALTU ’ALA ALLAH, LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH
Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah.
8. Sentiasa Ingat Allah Sepanjang Perjalanan
Memang hati gembira. Tapi, selalulah berzikir dalam perjalanan. Boleh pasang CD ayat Quran, atau ceramah agama, motivasi, dan sebagainya.
Ada anak-anak yang nak tengak kartun perjalanan jauh. Pastikan anak-anak je tengok. Bapa yang memandu kena fokus. Jangan pulak telinga bapa pun dok layan perbualan kartun tersebut.

Tiba waktu solat wajib, berhentilah di masjid yang kondusif. Laksanakan tuntutan wajib. Laksanakan kemudahan Allah bagi... solat qasar dan jama'.

Bersedekahlah semasa singgah di masjid iti. Masukkan sejumlah wang dalam tabung masjid. Kerberkatan sedekah sangat ajaib. Buatlah, dan lihatlah keajaibannya.
9. Sentiasa pastikan pemanduan dalam keadaan sihat dan cergas
Mata mengantuk, badan letih serta penat meletakkan anda dan keluarga dalam bahaya.
Dapatkan tidur yang cukup, vitamin yang sesuai sebelum mulakan perjalanan. Ambik dulu VitaLea, Performance Drik, ESP dan Cinch Tea. Jika bulan puasa, ambik masa sahur.
Anda akan alami pengalaman pemanduan yang lain dari boasa. Tenaga dan kepekaan anda berganda-ganda. Anda tak penat memandu jauh. Anda tak lenguh bahu dan kaki tangan.
Anda tak alami rasa mengantuk! InshaAllah.
Bagi yang tak ambik suplimen itu, jika ada rasa penat dan mengantuk, berhentilah sekejap. Dapatkan rehat yang cukup.
Semoga tips balik kampung ini banyak bantu anda semua.
Selamat memandu, semoga selamat sampai.

Selamat Menyambut Hari Raya.
dari
Kak Nas 0194706780

Share this:

Tentang Nas Ibrahim

A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.

0 comments: