Panduan Memilih Vitamin C Terbaik

Vitamin C. Berlambak dalam pasaran. Pelbagai jenama. Bagi yang tak mahir, asalkan ada nama Vitamin C pada botol, main rembat je. Nak nak lagi yang murah.

Ingat, tidak semua supplemen Vitamin C dicipta sama. Tujuan kita beli Vitamin C untuk mendapatkan khasiat Vitamin C atau segala kebaikan yang sepatutnya.

Sila perlengkapkan diri dengan maklumat di bawah sebelum membeli Vitamin C.

Vitamin C ada beberapa jenis.

i. Asid askorbik
ii. Sodium askorbat
iii. Kalsium askorbat

Kebanyakan jenama Vitamin C hanya ada asid askorbik.  Asid askorbik ini bersifat " bioavailable" - iaitu ianya boleh diserap dan  hadam oleh badan. Tetapi, asid askorbik sahaja tidak secekap jika bersama dua jenis lagi.

Untuk pastikan supplemen Vitamin C memberi kebaikan maksimum,  ketiga-tiga jenis Vitamin C mesti ada dan berserta bioflavonoids.

Asid askorbik + sodium askorbat + kalsium askorbat + bioflavonoids = Vitamin C lengkap

Bioflavonoids ialah anti oksidan dan selalunya wujud secara semula jadi bersama Vitamin C yang ada dalam buah, contoh buah sitrus atau 'rose hips'.

Bioflavonoid lindungi dan tingkatkan kesan-kesan Vitamin C yang memasuki badan.

SUPPLEMEN YANG ADA KETIGA-TIGA 
JENIS VITAMIN C DAN BIOFLAVONOID 
MEMBERIKAN PERLINDUNGAN SUPERIOR DAN BIOAVAILABILITI TERBAIK

Vitamin C larut air. Sebarang lebihan dos yang diambil akan dibuang sebagai kencing. Lagi tinggi dos Vitamin C, lagi kurang kadar penyerapannya.

Badan kita ni dapat serap hanya 200 mg Vitamin C pada satu-satu masa. Yang terbaik ialah ambil Vitamin C dalam dos yang kecil atau sesuai atau disarankan sahaja, daripada mengambil dos yang besar sekaligus.

Gula, sekiranya diambil, akan bersaing dengan Vitamin C untuk penyerapan. Jadi, ambillah Vitamin C yang tidak diformulakan penuh dengan pemanis.

Sumber natural Vitamin C - lada benggala merah, buah-buahan sitrus, strawberries, buah kiwi, brokoli, buah jambu batu, betik dan sayur-sayuran berdaub hijau tua.

Berhati-hati:

Vitamin C yang biasa di kedai menggunakan sintetik asid askorbik. Dan banyak mengandungi sukrosa (gula, mungkin dari GMO sugar beets ), sorbitol (pemanis buatan), asid stearik, carrageenan, pewarna tiruan, Sucralose (Splenda) dan Vegetable Magnesium Stearate.

Kesemuanya AMAT tidak baik untuk kesihatan.


--antara kandungan Vitamin C yang kita perlu hati-hati--
pic. credit to www.healthyfoodhouse.com

Apakah Vitamin C terbaik?
Apakah Vitamin C terbaik?
Apakah Vitamin C terbaik?

Jawapan: 

Hubungi saya, Nas 0194706780 atau email 
NutrisiAlamiahTulen@gmail.com untuk mendapatkan produk atau nasihat penggunaan tentang
 Sustained Release Vitamin C Plus.

Jika anda tinggal di kawasan Kuala Kangsar, pekan Sungai Siput, Salak, Kati dan Manong, perkhidmatan COD ( Bayar Waktu Terima ) disediakan.

Perkhidmatan POSLAJU disediakan bagi penghantaran seluruh negara. Terima kasih.



Nutrisi Alamiah Tulen, "Eat Good, Feel Good, Look Good"




Share this:

Tentang Nas Ibrahim

A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.

0 comments:

Post a Comment