Cabaran Hamil Pada Usia 44 Tahun

Period dah lewat seminggu?

Cemas. Dah dua tiga kali keadaan macam ni. Beli pregnancy test, check urine, negatif. Lega. Jumpa doktor, ambik ubat.
Tiga empat hari lepas tu, period datang. Syukur.

Sebelum bagi ubat, doktor selalu kata, " U ni dah nak masuk zon menopause. Sebab tu period U tak menentu".

Sindrom menopause ke???

Risau kut mengandung lagi. Bukan apa. Dah tua dah. Takut letih dan macam-macm perasaan. Lagipun, setiap kali hamil je, empat bulan awal tu dipenuhi dengan pelbagai alahan. Mual, loya, muntah, panas, pening menjadi lumrah jika hamil. 

Kali ini pun, doktor tengok keputusan, "negatif", katanya. Syukur. " Nanti ambik ubat kat kaunter".

" Baik. Terima kasih, doktor".

Hati tenang. Perasaan lega sukar digambarkan.

Dua minit menunggu, pembantu doktor panggil semula. "Doktor panggil semula masuk".

"Ada apa doktor?"

" U mengandunglah. Tengok ni, dua line. Lambat sikit keluar line kedua".

"Apa?? Betul ke doktor?"

Terkejut. Darah naik ke muka. Bukan marah. Sukar nak percaya...dan terima. Nak menangis. Rupanya iman sangat nipis. 

"Ok doktor. Terima kasih".

Lemah longlai melangkah keluar dari bilik doktor. Keluar terus berjalan ke tempat parking kereta. Hampir sampai ke kereta, ada suara memanggil.

" Kak! Kak ". Menoleh ke belakang, " Kak belum bayar lagi."

" Astaghfirullah. Maaf dik. Akak tak boleh berfikir waras tadi".

Masuk semula ke klinik dan selesaikan bayaran.

Aku mengandung lagi? Akan dapat anak lagi? Pada umur 44 tahun? Mulailah terbayang segala kesulitan, kepenatan, kesukaran akan dilalui. Agaknya lagi parah sebab dah berusia sangat.

Sebulan lebih melayan perasaan yang tidak menentu. Merenung, memikir apakah hikmah di sebaliknya. 

" Hai, tak selesai juga dalam berfikiran dan beremosi sebegini."

 Allahlah tempat kembali. Kepada Allah berserah diri.

"Ya Allah, hambaMu ini amat lemah. Tak tahu hikmah di sebalik ketentuanMu. Berikanlah kekuatan, tubuh badan yang sihat, akal yang waras,iman yang teguh. Aku redha Ya Allah".

Baru nak sebut redha?

Masuk bulan kedua, datanglah rasa loya. Badan pun sentiasa panas. Pening sekali sekala datang.

Bulan ketiga lagi parah. Muntah tak henti-henti. Setiap pagi nak bangun mandi, solat Subuh dan bersiap ke tempat kerja terasa bagaikan satu yang amat berat.

Habiskan dulu muntah-muntah baru perlahan-lahan menguruskan apa yang sepatutnya. Rasa berat sangat.

Di tempat kerja, nak mengangkat kepala pun agak berat. Pening, loya, muntah ditahan-tahan.

Kebetulan pulak bulan ni sedang uruskan satu program penting. Alhamdulillah, kawan-kawan ( mereka masih tak tahu hal sebenar ) sangat membantu. Program berjalan dengan lancar.

Memikirkan belum lagi daftar mengandung, petangnya baru ke klinik di kampung untuk daftar mengandung. Badan masa tu rasa semacam. Panas, loya, pening, nak muntah... sukar nak gambarkan.

Sebaik nurse selesai check tekanan darah tinggi, " Ya Allah, apa ni kak? Tinggi ni? Dahlah akak baru nak daftar."

" Berapa misi?"

" Yang atas ni 180 kak. Bahaya sangat ni. Akak kena masuk wad harini jugak. Akak tak boleh balik. Kena terus ke hospital. Kami akan panggil ambulans. Akak tak boleh drive ni."

" Akak nak balik dulu misi. Nak sediakan makanan anak-anak. Nak ambil pakaian."

" Tak boleh kak. Kereta, akak tinggal kat sini. Nanti suami akak ambilkan. Kain baju pun akak minta suami hantarkan."

Apakah ini adil? Come on. Be rational. Mereka menjalankan tugas. Mereka ada S.O.P. Mereka diberi amanah untuk menyelamatkan nyawa. ( Dengan izin Allah ).

Sekali lagi di hospital kena lecture. Doktor yang prihatin. 
" Puan, kenapa puan lambat bertindak? Kenapa puan lambat daftar? Tahu tak puan membahayakan diri sendiri dan anak dalam kandungan? Puan pun ada anak-anak masih kecil di rumah. Fikirkan mereka juga jika puan tak ada."

Dua hari dalam wad baru keluar.

Terpaksa mengambil ubat untuk darah tinggi. Dua jenis ubat.
Dengan perasaan berat, ubat ditelan juga. Kadang ambil, kadang tidak. Sebab selalu fikir ubat mana sesuai diambil waktu mengandung. Bahaya untuk baby.

Appointment pada bulan berikutnya  adalah dengan doktor pakar. Tekanan darah tinggi masih belum turun banyak. 150 bacaan atas. 

" Puan ambil ubat yang diberi tak?"

"Sekali sekala doktor."

"Kenapa?"

" Saya takut bahaya untuk baby".

" Kalaun puan tak ambil, itu lagi bahaya. Bahaya untuk puan dan baby. Ubat yang kita bagi ni selamat."

" Oleh kerana darah tinggi lagi, puan kena masuk wad".

" Doktor, tolong. Saya tak mau masuk wad. Biar saya di rumah. Saya janji akan ambik ubat".

" Puan kena masuk wad dulu."

Sepanjang tempoh mengandung, tiga kali terpaksa masuk wad. Temu janji dengan doktor di Hospital Besar setiap bulan. Agak jauh untuk ke sana. 45 km sehala. 

Check gula juga satu yang kena sabar banyak. Banyak kali betul dalam satu-satu hari.

Ubat darah tinggi dan vitamin tetap diteruskan dengan berat hati. Doa tak putus-putus kepada Allah.

Satu ketika, dalam bulan ketiga hamil, seorang rakan sekerja sempat berkata. 

" Pada umur sebegini, U kena check di hospital untuk kesan anak dalam kandungan tu ada kemungkinan akan dapat Down Syndrome."

Bagai ditikam hati ini. Down Syndrome? Tak terlintas dalam fikiran. Satu dugaan perasaan lagi. Check internet tentang Down Syndrome. Memang peratusan lebih tinggi untuk wanita berumur mendapat anak Down Syndrome.

Bergegas juga ke Hospital Besar ####. Jumpa nurse bertanyakan hal ini. Maklumat yang dapat, kita tak boleh ubah jika ditakdirkan anak ada Down Syndrome. Prosedur untuk uji tu ada. Jika  dapat tahu pun, tak boleh ubah.
Berserahlah kepada Allah. Kita orang Islam. Yang banyak buat ni ialah yang bukan Islam."

Masuk kehamilan 6 bulan, ditemukan dengan seorang wanita muda yang aktif dalam perniagaan produk kesihatan. Disarankan dua produk yang cukup bagus untuk ibu mengandung. Omega dan soy protin. Agak ragu-ragu awalnya.

"Akak makan ni, terutama omega. Akak tengok nanti. IshaAllah, anak akak ni lain dari abang-abang dan kakak-kakaknya".

Betul ke? Apa yang akan lain? Tetapi itulah ayat magnet yang membuatkan diri ini komited ambil omega dan soy protin semasa hamil. Harap tidak terlewat.

[Pilihan popular: Omega Guard dan Energy Soy Protein]

Tarikh jangkaan bersalin pada 14.12.2012. Sebulan sebelum tarikh 28.11.2012, doktor dah buat ketetapan jika sehingga tarikh ini belum bersalin lagi, akan "dipaksa bersalin" pada 28.11.2012.

" Puan mesti datang pada 28.11.2012 ".

Ada sebulan lagi untuk dihadapi hari tersebut.
Setiap masa selepas solat wajib dan solat hajat, antara doa kepada Allah.

" Ya Allah, ampunilah hambaMu ini. Ya Allah, aku tak mahu bersalin paksa di Hospital @@@@. Ya Allah, Engkau bagilah peluang dan kemudahan untukku bersalin di Hospital Daerah ****. Permudahkanlah ya Allah."

27.11.2012: Jam 4 petang, masih di tempat kerja, perut ada rasa semacam. Mengeras sikit. Jam 5.10 petang bergerak pulang. Singgah di kedai membeli keperluan. Dalam kereta, rasa sakit sikit. Selang 15 minit, sakit lagi.

Alhamdulillah, sampai ke rumah hampir Maghrib. Sakit semakin kerap. Bertahan je. Masa solat Maghrib, sakit terasa semakin kerap. Selang 10 minit sakit. Solat Isya diselesaikan pulak.

Masih membuat pengiraan. Pengalaman lampau, dah selang sakit 5 minit baru bergerak ke hospital.

Jam 11 malam, selang 5 minit sakit. Tak tahan rasanya. 
Suami bergegas hantar ke hospital. Rasa dah nak bersalin dalam kereta. Perjalananpun jauh juga.

Sebaik sampai di muka pintu labour room, dah rasa tak boleh berjalan. Tahan jugak. Gagahkan diri melangkah masuk.

Di telinga ini terdengar doktor berkata.

" Kenapa puan datang ke sini? Puan patut ke Hospital @@@@. Puan kena ke sana. Kalau apa-apa jadi kepada puan..."

Ya Allah. Aku sedang kritikal. Doktor sempat lagi "berceramah". Tapi... faham kenapa doktor kata begitu.
Doktor tu pun masih muda lagi. Banyak risau kerana mungkin kurang pengalaman.

" Saya sepatutnya ke hospital tu 28 hb 11 doktor. Harini 27 hb".

Masih nak pertahankan diri. Lagipun, tawakkal kepada Allah diletakkan begitu tinggi. Yakin dengan janjiMu ya Allah. Setiap hari ku sujud padaMu memanjatkan doa dan harapan.

Alhamdulillah walaupun lajak juga selepas 12 malam. Bermakna anakku yang ke 7 lahir pada 28 November 2012, tarikh yang doktor tetapkan untuk "paksa" anakku lahir jika masih belum bersalin lagi.

Kita merancang, Allah Penentu Segalanya. Doaku untuk bersalin di hospital Daerah **** dimakbulkan. Anak lahir sempurna, cukup sifat. Normal. 


PENGHIBUR HATI, PENYEJUK MATA DI KALA USIA MENJELANG 5 SIRI.

HIKMAH YANG TERSEMBUNYI SUDAH MULAI ALLAH SERLAHKAN. KINI, AKU BANYAK MENGERTI.

SYUKUR YA ALLAH.

Berkat doa, pengambilan Omega dan ESP serta vitamin dan pengawalan darah tinggi, Alhamdulillah, anak ini lain daripada abang dan kakaknya.

Sekarang, kolestrol dan tekanan darah tinggi sudah terkawal. Ubat tekanan darah tinggi hospital memang dah tak ambil. Takut kesan kepada buah pinggang.

Komited ambil vitamin selamat untuk tekanan darah tinggi.

Share this:

Tentang Nas Ibrahim

A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.

0 comments:

Post a Comment