Kuasa Doa. Jangan Berhenti Meminta DariNya.

Akak dijangka bersalin dua minggu selepas 28.11.12 ( iaitu 12.12.12).

Preggy anak ni, akak disahkan ada darah tinggi kritikal. Bacaan sistolik hingga 180.

Semasa pregnant anak ke 6, ada juga. Tapi sederhana.

Just imagine! Mau tak darah tinggi...umur dah 44 tahun, anak-anak berderet, sibuk kerja lagi...

Misi dan doktor pun terkejut. Tinggi sangat. Tak heranlah akak kena lecture dek doktor dan nurse. Mereka sayangkan kita...

Gadai nyawa tau. Memanglah hidup mati Allah tentukan.

Sebab itu sebulan sekali akak kena cek kat Hospital Taiping.

Kes special. Perlu dipantau oleh pakar secara berkala.

Sebulan sebelum 28.11, doktor tetapkan tarikh untuk "bersalin paksa" di Hospital Taiping.

Tapi doktor guna istilah sains. Tak ingat apa perkataan tu.

Ketetapan doktor buatkan akak lagi stress. Terkejut dan terus berdebar-debar. Muka terus pucat.

Sebab 2 perkara:
1. Tak nak bersalin paksa. Takut dok bayangkan keadaan nanti.

2. Tak nak bersalin di Hospital Taiping. Dalam hati, memang nak  bersalin kat Hospital Kuala Kangsar.

Maklumlah, dari anak nombor 2 hingga 6, kat sinilah tempatnya. Katil yang sama!

Dah selesa dengan keadaan dan layanan nurse kat sini.

Apabila akak bagi tahu perkara ini kepada mak mentua, beliau pun amat risau. Mak mentua akak sangat prihatin. Selalu sedih jika anak menantu kesusahan. Lagilah kerap mak mentua bertanya khabar. Mak mentua akak berada di Kelantan. Akak di Perak.

Sejak hari itu, tiap-tiap lepas solat, ada satu doa khusus akak panjatkan.

"Ya Allah, hambaMu tak nak bersalin di Hospital Taiping, nak bersalin normal di Hospital Kuala Kangsar. Ya Allah, Engkau berilah peluang hambaMu bersalin sebelum tarikh 28.11. Selamatkanlah anak ku dan juga diriku. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin."

Itulah juga antara doa dari doa-doa lain, khusus akak minta dalam solat hajat.

Dengan penuh harapan, dengan penuh rendah diri, merayu..merayu..merayu..tak putus-putus.

Akak YAKIN sebab Allah sudah berjanji,
Surah Al Ghaafir. Ayat 60.
" Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu nescaya Aku perkenan doa permohonan kamu".

Itulah kuasa doa.

Lewat petang 27.11, akak dah ada tanda-tanda nak bersalin. Sejam sekali dah rasa sakit sikit-sikit.

Sempat tolong suami pasang langsir. Sempat sediakan makanan ala kadar.

Waktu Maghrib sakit semakin kerap.

Selesaikan solat Isya dulu.

Akak buat rekod. Sakit semakin kerap, setiap 15 minit.... setiap 10 minit.

Berdasarkan pengalaman, akak tunggu sakit hingga setiap lima minit.

 Dah setiap 5 minit.

Terus suami bergegas hantar ke Hospital Kuala Kangsar.

Doktor terkejut tengok buku akak. Sempat lagi akak kena lecture oleh doktor,

" Kenapa tak pergi Hospital Taiping?" Patut bersalin kat sana. Ini kes special."

.... dan ada lagi...

Akak cuma mampu menjawab, " Esok tarikh appointmentnya doktor".

Dah sakit untuk melangkah, tak sempat nak tukar pakaian, Allah permudahkan.

Alhamdulillah, akak selamat bersalin anak ke 7,  jam 12.41 pagi, pada 28.11.2012.

Teringat doa yang akak ungkapkan setiap hari... Terima kasih ya Allah.

NikmatMu teramat banyak. RahmatMu terlalu luas.

Walaupun hambaMu banyak dosa.

Pagi-pagi dapat call dari mentua,

"Dah bertolak ke Hospital Taiping ke?"

"Dah bersalin semalam Chek. Kat Kuala...
 ( Chek adalah panggilan akak untuk mak mentua).

Haa..dah?
.


Nota: Ibu-ibu hamil, jangan ikut apa yang akak buat, iaitu lambat ke hospital. Sila ikut arahan doktor. Apabila dah ada tanda-tanda nak bersalin, segeralah ke hospital berkenaan.

Share this:

Tentang Nas Ibrahim

A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.

0 comments:

Post a Comment