Kuih Kegemaran Bulan Puasa - Nekbat

Kalau bulan pose, kuih inilah menjadi kegemaran amat sangat.

Kuih ni kegemaran org Kelantan dan Terengganu.

Masa Kak Nas kecik2, kuih ini wajib ada waktu berbuka.

Kalau tak ada, rasa tak sempurna. Jadi, apabila tgk anak2 suka, Allahyarhamah mak akan selalu sediakan kuih ini.

Tapi, mak tak buat dari mula.

Sebab nekbat ni ada dijual kering. Beli kering, simpan dua tiga hari tahan. Dulu tak ada peti sejuk.

Sekarang kalau simpan dlm fridge, boleh lah tahan seminggu lebih.

Kita beli yang kering, balik rumah sira je.

Jadi Kak Nas pun tak pernah buat dari asal.

Kalau tak sempat sira, beli je yang dah siap. Kalau kat bazaar Ramadhan sekarang, di Kelantan terutamanya, banyak lah boleh dapat nekbat ini.

Siapa yg belum pernah makan nekbat,  sila cuba. Rasanya..sudah pasti manis.

Dan....sedaaaap.

Dah lama Kak Nas tak makan nekbat. Tambah2 sejak Kak Nas avoid gula.

Ok. Nak sira nekbat kering ni mudah saja.

Bahan2 sira ialah air, gula pasir ( ganti dgn gula merah bg yang tak makan gula pasir ), daun pandan dan bunga cengkih.


Resipi lengkap:

Bahan-bahan:

500gm tepung beras
12 biji telur ayam
1 sudu teh pewarna oren

Untuk sira:

500ml air
150gm gula pasir
2 helai daun pandan
6 kuntum bunga cengkih

Cara-Cara:

1. Panaskan acuan baulu yang telah disapu dengan minyak selama 5 minit

2. Tepung beras disangai dengan api sederhana hingga kering. Biarkan kering.

3. Pukul telur hingga kembang dan berbuih, kemudian masukkan pewarna dan tepung. ( AWAS. pewarna bahaya kepada kesihatan )

4. Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api atas dan bawah pada suhu 180C hingga kekuningan. Keluarkan dari acuan dan sejukkan dahulu.

Untuk sira: 

1. Masak air dan gula sehingga mendidih.

2. Masukkan daun pandan, cengkih dan nekbat.

3. Masak sehingga 6-8 minit, tutup periuk dengan penutup.

4. Kecilkan api dan biarkan air gula meresap ke dalam nekbat.

5. Angkat dan siap dihidangkan.


Kredit resipi: FB Masakan Asli Melayu

Share this:

Tentang Nas Ibrahim

A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.

0 comments:

Post a Comment