Vitamin C. Berlambak dalam pasaran. Pelbagai jenama. Bagi yang tak mahir, asalkan ada nama Vitamin C pada botol, main rembat je. Nak nak lagi yang murah.
Ingat, tidak semua supplemen Vitamin C dicipta sama. Tujuan kita beli Vitamin C untuk mendapatkan khasiat Vitamin C atau segala kebaikan yang sepatutnya.
Sila perlengkapkan diri dengan maklumat di bawah sebelum membeli Vitamin C.
Vitamin C ada beberapa jenis.
i. Asid askorbik
ii. Sodium askorbat
iii. Kalsium askorbat
Kebanyakan jenama Vitamin C hanya ada asid askorbik. Asid askorbik ini bersifat " bioavailable" - iaitu ianya boleh diserap dan hadam oleh badan. Tetapi, asid askorbik sahaja tidak secekap jika bersama dua jenis lagi.
Untuk pastikan supplemen Vitamin C memberi kebaikan maksimum, ketiga-tiga jenis Vitamin C mesti ada dan berserta bioflavonoids.
Asid askorbik + sodium askorbat + kalsium askorbat + bioflavonoids = Vitamin C lengkap
Bioflavonoids ialah anti oksidan dan selalunya wujud secara semula jadi bersama Vitamin C yang ada dalam buah, contoh buah sitrus atau 'rose hips'.
Bioflavonoid lindungi dan tingkatkan kesan-kesan Vitamin C yang memasuki badan.
Vitamin C larut air. Sebarang lebihan dos yang diambil akan dibuang sebagai kencing. Lagi tinggi dos Vitamin C, lagi kurang kadar penyerapannya.
Badan kita ni dapat serap hanya 200 mg Vitamin C pada satu-satu masa. Yang terbaik ialah ambil Vitamin C dalam dos yang kecil atau sesuai atau disarankan sahaja, daripada mengambil dos yang besar sekaligus.
Gula, sekiranya diambil, akan bersaing dengan Vitamin C untuk penyerapan. Jadi, ambillah Vitamin C yang tidak diformulakan penuh dengan pemanis.
Sumber natural Vitamin C - lada benggala merah, buah-buahan sitrus, strawberries, buah kiwi, brokoli, buah jambu batu, betik dan sayur-sayuran berdaub hijau tua.
Berhati-hati:
Vitamin C yang biasa di kedai menggunakan sintetik asid askorbik. Dan banyak mengandungi sukrosa (gula, mungkin dari GMO sugar beets ), sorbitol (pemanis buatan), asid stearik, carrageenan, pewarna tiruan, Sucralose (Splenda) dan Vegetable Magnesium Stearate.
Kesemuanya AMAT tidak baik untuk kesihatan.
pic. credit to |
Apakah Vitamin C terbaik?
Apakah Vitamin C terbaik?
Pautan berkaitan:
Berapa dos Vitamin C yang sesuai diambil setiap hari?
Rahsia Vitamin C Yang Ramai Tak Tahu
Sustained Release Vitamin C Plus.
Tentang Nas Ibrahim
A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.
0 comments:
Post a Comment