Set Vitamin Untuk Wanita Menopause atau Akan Menopause
Wanita yang akan menghampiri menopause atau sedang menopause amat memerlukan supplemen tambahan berupa vitamin yang selamat dan berkesan supaya tanda-tanda menopause yang dialami tidak mengganggu emosi dan kehidupan wanita.
[Tanda atau Simptom Menopause]
Set Menopause:
1. GLA Complex Shaklee
GLA telah menjadi popular untuk merawat rasa seperti demam panas berkait dengan menopause. Supplemen GLA biasanya dicadangkan untuk wanita mengalami simptom atau tanda menopause.
GLA adalah pelopor untuk pengeluaran prostaglandin PGE1 yang menjadi pelindung dan penenang yang membantu mengawal keseimbangan hormon dan menyokong kesihatan sewaktu menopause.
GLA Complex Shaklee:
Mengandungi GLA, Vitamin E, dan Minyak biji bunga matahari.
GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk mengekalkan kesejahteraan sepanjang kitaran bulanan mereka atau sepanjang mengalami menopause.
GLA adalah omega-6 asid lemak yang badan kita gunakan untuk membentuk bahan prostaglandins- yang membantu tubuh untuk mengawal banyak proses normal badan tatkala menopause.
Minyak biji bunga matahari adalah satu lagi sumber Omega-6 asid lemak. Ia juga mengandungi vitamin E, yang membantu dan menyokong sistem imun dengan membantu untuk mengekalkan integriti sel wanita menopause..
Secara ringkasnya, GLA Complex
* Menggalakkan kesejahteraan wanita menopause.
* Menyokong sistem imun.
* Ada minyak borage, yang mengandungi kepekatan semula jadi GLA dalam bentuk mudah diserap.
2. B-Complex Shaklee
Sesetengah wanita yang akan mendapat menopause atau sedang menopause rasa amat tertekan / stress tanpa sebarang alasan.Mereka akan rasa cepat marah, risau dan kadang-kadang diserang panik.
Kajian telah mendapati tahap tekanan dan kerisauan yang tinggi boleh memburukkan lagi simptom atau tanda-tanda menopause. Contoh, seorang wanita menopause yang menghadapi tekanan yang sangat tinggi, akan mendapat lima kali ganda lagi keadaan panas seperti demam.
Punca utama tekanan sewaktu menopause ialah perubahan hormon. Penurunan hormon progesteron dan oestrogen menyumbang kepada tekanan, sebagaimana yang biasa dialami wanita sebelum haid. Hormon tekanan, "cortisol", menjadi tidak seimbang apabila kekurangan hormon oestrogen.
Apapun punca tekanan, vitamin B adalah kunci penting bagi melegakan tekanan sewaktu menopause.
Jika selalu tertekan (tension), mudah marah, sukar menangani tekanan, tumpuan yang lemah dan risau, maknanya wanita yang menopause adalah kekurangan vitamin B. Vitamin B ini mempunyai peranan yang cukup kompleks di dalam badan kita.
Oleh itu, pastikan puan yang sedang menopause atau akan putus haid mendapat Vitamin B yang cukup untuk pengurusan tekanan.
Vitamin B juga menyokong penghasilan hormon seks oleh kelenjar adrenal dan sel lemak, walaupun ovari wanita menopause tidak lagi menghasilkannya. B3 dan asid folik diperlukan untuk penghasilan oestrogen dan menyokong keupayaan badan wanita menopause menggunakan hormon seks ini.
Vitamin B6 dan B12 juga digunakan untuk penghasilan serotonin. Serotonin adalah salah satu "neurotransmitter" yang menjadi utusan-utusan kimia di dalam otak. Ia dikenali sebagai neurotransmitter 'rasa baik', dan membantu untuk menstabilkan mood wanita menopause, menyokong perasaan kesejahteraan dan kemampuan wanita putus haid untuk tidur aman.
Di samping itu, vitamin B ( B12, B1 dan B3) penting untuk sistem saraf menjalankan fungsinya dengan baik. Sistem saraf adalah bertanggungjawab kepada bagaimaan badan wanita menopause bertindak balas terhadap tekanan / stress.
Vitamin B untuk hati! Hati wanita menopause yang sihat membantu keseimbanagn hormon. Hatilah yang memisahkan atau menguraikan hormon berlebihan untuk perkumuhan melalui usus. Detoks melalui hati ini amat bergantung kepada tahap vitamin B yang mencukupi.
Sumber-sumber vitamin-vitamin B:
- B1 thiamin: sayur-sayuran terutamanya kacang, buah-buahan segar dan kering, telur, bijirin penuh, hati.
- B2 riboflavin: susu, telur, beras dan bijirin diperkaya.
- B3 Niacin: daging, ikan, bijirin penuh, telur, susu.
- B5 Pantothenic Acid: ayam, daging, kentang, oat, buah pinggang, telur, brokoli, bijirin penuh
- B6 Pyridoxine: ayam, ayam belanda, ikan, bijirin penuh, telur, kekacang, soya, kacang tanah, ubi, pisang, avokado
- B12: daging, ikan, susu, keju dan telur. Sumber Vegetarian termasuk makanan yang diperkayakan dan beberapa sayur-sayuran laut
- Folic acid: sayur-sayuran berdaun hijau, hati, kacang, kacang kuda, beras perang, asparagus, oatmeal, avocado
Tekanan setiap hari akibat tugasan dan menopause dan beberapa ubat-ubatan preskripsi boleh meningkatkan risiko yang simpanan B Complex semakin berkurangan. Vitamin B adalah penting untuk fungsi jasmani yang betul bagi kesihatan badan wanita menopause, untuk sintesis DNA dan untuk metabolisme tenaga wanita menopause.
B-Complex menawarkan keseimbangan kesemua lapan vitamin B untuk mengukuhkan badan sewaktu menopause dan melengkapkan pemakanan B-vitamin.
B-Complex Shaklee mempunyai sistem penghantaran nutrien berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting - asid folik. Jumlah asid folik yang cukup dalam diet telah terbukti untuk mengurangkan risiko wanita mendapat anak dengan kecacatan otak atau kecacatan saraf tunjang.
Vitamin E telah dicadangkan sebagai makanan tambahan yang boleh membantu tekanan semasa kedua-dua perimenopause ( menghamipiri fasa menopause ) dan menopause. Tekanan sewaktu sebelum dan sewaktu menopause boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, obesiti dan kemurungan.
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan yang lebih tinggi vitamin E boleh mengurangkan risiko sesetengah penyakit-penyakit ini. Vitamin E dipercayai mempunyai ciri-ciri anti-radang, yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung bagi wanita yang akan atau putus haid.
Wanita yang akan menopause boleh meningkatkan pengambilan vitamin E melalui suplemen dan juga melalui sumber-sumber pemakanan. Produk vitamin berkualiti akan lebih mudah diserap. Sumber vitamin E asli termasuk kacang - khususnya badam, kacang hazel dan kacang tanah, biji bunga matahari, bayam, brokoli, buah kiwi, mempelam dan tomato.
Tentang Nas Ibrahim
A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.
0 comments:
Post a Comment