Setakat Slim Saja Aku Kurang Jealous, Inikan Kulit Juga Semakin Licin dan Cerah
Aku dan Inah sebaya. Kami kawan sekampung.
Ke sekolah sama, ke bendang mencari haruan dan
puyu pun sentiasa bersama. Mak ayah kami
berbakti pada tanah. Kerja bersawah.
Beza Inah dan aku cuma pada warna kulit. Inah kulit gelap sikit.
Sawo matang bahasa sopan. Aku ni
berkulit cerah. Ikut ayah. Kalau ikut mak, agaknya aku lebih gelap dari Inah.
Kami kerap juga bergembira di tepi parit
berdekatan rumah kami selepas musim
banjir. Mencari siput atau memancing.
Tak kira matahari dah terpacak di atas kepala. Minat sungguh.
Aku yang berkulit cerah pun macam udang kena
bakar. Inah usah diceritakan. Gelap dan berkilat.
Masuk usia remaja, muka Inah mulai ditumbuhi jerawat.
Aku tidak pula. Mungkin kulit muka aku lebih bersifat normal. Muka Inah ni
selalu berminyak.
Jenuh aku tengok usaha
Inah nak hilangkan jerawat. Nak beli “ubat” muka atau set penjagaan muka mana
ada duit. Segala bagai Inah guna. Pucuk
jambu batu, daun gelenggangg, daun aloe vera dan segala tumbuhan yang orang tua
sebut, Inah pasti akan cuba. Dah takdir Inah kut, jerawat tak mau surut.
Satu yang
istimewa Inah berbanding aku ialah Inah ni jenis ulat buku. Otaknya pun bijak
jugalah. Aku pun kira rajin juga tapi jenis “slow” sikit. Selepas PMR, Inah ditawarkan ke sebuah
sekolah terpilih. Sejak itu, kami
berpisah.
Kami membawa haluan masing-masing.
Akupun bertemu
jodoh selepas SPM dan mendirikan rumah tangga. Dari jauh ku dengar Inah
khabarnya masuk universiti dan mendapat kerja “gomen”.
Kesibukan
hidup berkeluarga menyebabkan aku mulai lupa akan kawan-kawan masa kecil.
Tahun
lepas, musim Raya Puasa, giliran aku balik kampungku sendiri.
Pada
hari raya ke empat…
“
Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.
Siapa tu?’ aku jawab sambil bingkas bangun terkejut. Siapa pulak datang ni?
Menjenguk
keluar tingkap, aku dapati ada seorang wanita sedang mendokong seorang anak
kecil. Dalam usia dua tahun. Agaknya anak sulung. Atau… mungkin anak no 2. Bisik
hatiku.
Tubuh
kecil, kulit cerah. Bukan putih. Agaknya wanita ni dalam usia awal 30an.
“Hai,
apa yang direnung tu?” tanya wanita itu.
“ Tak kenal ke? Aku ni. Inah.”
“
Dengar kau ada balik kampung. Kebetulan aku pun balik kampung jugak. Jadi, aku
datanglah. Sekejap je. Nak ke lain lepas ni. Ada hal.”
Aku
masih tak berkata-kata. Wanita, yang dikatakan Inah, dah pun naik dan duduk di
bendul.
“
Kau Inah? Lain sungguh sekarang ni.
Sampai aku tak kenal kau. Inah dulu kulit gelap. Muka banyak jerawat. Yang tak
berubah, badan Inah je sama. Slim.”
“
Ini anak kau yang nombor berapa? “
“
Yang ke enam.” Tak percayalah. Hatiku berkata.
Panjang
lebar jugak kami bersembang. Aku masih malu-malu dengan Inah.
Maklumlah. Inah
semakin cantik berbanding dulu. Tetap slim.
Aku,
walaupun beranak dua, badan dah jadi dua kali ganda. Paling aku malu, sekarang
Inah nampak bahagian perut dan lengan aku. Aku cuma pakai T-shirt je. Lebihan isi
terjojol keluar. Nampak jelas.
Muka
aku pulak dah banyak tompok jeragat. Silap pakai krim rasanya. Nak muka cantik
cepat…ini akibatnya. Lepas kawin dulu, aku pakai krim yang kononnya buat muka
lagi putih dan berseri. Setahun aku rasa sangat cantik. Lepas itu… macam
inilah. Dah tukar itu, ini. Tak menjadi…
Sebelum
balik, aku ajukan soalan kepada Inah.
“Inah,
apa rahsia kau?”
“
Rahsia apa?”
“
Rahsia kulit kau semakin cerah, tiada jerawat dan jeragat. Badan kau tetap
langsing. Kau nampak bertenaga. Awet muda gitu.”
“
Eshh, mana ada rahsia. Aku biasa-biasa je.”
Selepas
bersalam, Inah beredar. Pergi ke keretanya di tepi jalan. Masuk ke dalam
kereta.
Inah
keluar kembali, pegang sesuatu di tangannya. Datang semula ke rumah ku.
“
Nah! Untuk kau. Inilah rahsia aku. Dah empat tahun aku jadikan amalan.”
“
Kau minum ni waktu pagi sebelum kau ambik apa-apa lagi. Campur satu sudu besar
serbuk ni dengan air. Minum begitu saja. Boleh juga kau campur dengan minuman
milo ke, susu ke, jus ke. Ikut selera kau.”
“
Aku gerenti kau takkan rasa lapar. Kau akan rasa kenyang. Tapi, jangan takut,
kau akan lagi bertenaga berbanding kau makan nasi lemak waktu pagi.”
" Nak lagi kesan cepat, kau minum sebelum tidur. Eloknya malam tu jangan makan berat."
“
InshaAllah, perlahan-lahan kau akan dapati kulit kau semakin cerah. Tompok
jeragat tu pun akan pudar. Rambut kau yang semakin menipis dan selalu gugur
akan mulai lebat dan kukuh. Haa..tu.. lemak kat perut tu akan hilang.”
“TAPI,
INGAT. KAU JANGAN HARAPKAN GURUH DAN KILAT DATANG. Ambil enam
tujuh hari, kau nak tengok segala-galanya berubah. Hentikan berangan begitu. Yang elok dan selamat tu lambat sikit.”
”Kesan
yang paling ketara kau akan lihat paling cepat pun selepas dua bulan amalkan.
Lepas tu, kau maintain je… Tapi, kalau rasa kenyang dan bertenaga, memang cepat
rasa.”
“
Jika kau ambil ni. Kau pulak akan rasa tak mau makan nasi banyak sebab rasa dah
penuh”.
“Baguslah
untuk kau yang nak kembalikan badan zaman anak dara dulu.”
“
Kena rajin. Kita nak sihat dan cantik ni kena sentiasa bersemangat. Dah capai
yang kau hajati, kau maintain je. Bukan mahal pun. RM5 sehari je. Skiplah
belanja yang tak berfaedah tu.
-------
“Assalamualaikum.”
Aku
terkejut dari lamunan. Syok dok belek muka kat depan cermin. Mencari-cari
jeragatku dulu.
Badan
pun dah tak bam bam dah.
“Waalaikumsalam.”
Siapa
pulak suara lelaki waktu tenghari buta ni?
“Oh
abang! Ingatkan siapa?”
“
Hai, dah tak kenal suara abang? Yang tunggu siapa ni? Semakin hari semakin lawa
ni”.
“
Mana ada sesiapa?” Cepat-cepat aku jawab.
Aku
masih malu nak tanya suamiku kenapa sejak dua menjak ni dia suka balik makan
tengahari kat rumah. Kadang-kadang aku termalu apabila aku terasa dia sedang
merenungku lama-lama sewaktu makan.
Dulu,
ada je alasan untuk lama-lama di pejabat. Balik makan tengahari usah nak mimpi.
Diam,
diam, aku senyum. Hatiku kembang
berbunga. Teringatkan Inah. Terima kasih Inah.
Ini
memang sah penangan serbuk minuman ESP yang Inah bagi dulu. Dah 5 tong aku minum.
Bulan
ni ada offer. Beli 6 dapat 7. Jimat lebih RM150. Aku tak akan lepaskan peluang
sangat menguntungkan ini. Suamiku pun dah tak lokek nak bagi wang. Yalah, untuk dia juga.
-----------
Nak
ubah penampilan?
Ingin
kembali langsing?
Kulit
muka kembali licin dan cerah?
Tanpa
jeragat dan jerawat?
Ingin
badan sihat bertenaga?
Minuman
sedap, penuh khasiat dan selamat.
Kebaikan
8 dalam 1.
·
Rendah lemak
·
Bebas kolestrol
·
Lengkap dengan 9 amino asid
·
Menyihatkan hati dan jantung
·
Bekal tenaga jam demi jam
·
Menjalankan fungsi detoks
·
Mencerah
·
Merawat masalah luar dan dalam.
Bulan ni ada
promo:
Beli 2 dapat diskaun 5%
atau
Beli 6 dapat 7. Jimat RM150
Wasap
laju-laju kepada Nas 0194706780
Semuanya dengan izin ALLAH. InshaALLAH.
Hubungi saya, Nas 0194706780 atau email
NutrisiAlamiahTulen@gmail.com untuk mendapatkan produk atau nasihat penggunaan tentang ESP.
Jika anda tinggal di kawasan Kuala Kangsar, pekan Sungai Siput, Salak, Kati dan Manong, perkhidmatan COD ( Bayar Waktu Terima ) disediakan.
Perkhidmatan POSLAJU disediakan bagi penghantaran seluruh negara. Terima kasih.
Nutrisi Alamiah Tulen, "Eat Good, Feel Good, Look Good"
Disclaimer:
Maklumat yang diberikan di dalam ini tidak boleh digunakan semasa apa-apa kecemasan perubatan atau untuk diagnosis atau rawatan apa-apa keadaan perubatan. Seorang profesional perubatan yang berlesen perlu dirujuk untuk diagnosis dan rawatan apa-apa dan semua syarat perubatan.
Tentang Nas Ibrahim
A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.
0 comments:
Post a Comment