Punca-punca Penuaan Mengakibatkan Anda Jauh Dari Awet Muda

Wanita atau lelaki, perlukan pemakanan yang tingkatkan keupayaan untuk kekal atau bantu awet muda. Vitamin awet muda perlulah yang selamat, berkesan dan bebas dari bahan kimia bahaya. Makanya, anda dapat awet muda, serta dapat kesihatan yang paling optimum. Hidup sejahtera, kulit gojes serta badan cergas.

Kenalpasti dulu punca-punca buatkan anda cepat tua, atau menua sebelum tiba masanya.  Elakkan faktor-faktor cepatkan penuaan, dan juga yang bawa sekali penyakit-penyakit serius yang amat jejaskan kualiti hidup anda.

Di sini bukan saya nak ajak anda elak jadi tua. Tua ialah satu ketentuan Allah. Usia semakin meningkat. Tetapi, penuaan ini maksudnya membiarkan sel-sel badan cepat rosak atau mati, sebelum tiba masa atau kitaran semula jadinya. Juga, jika anda biarkan diri diserang pelbagai penyakit tanpa usaha.

Faktor-faktor Cepatkan Penuaan:

  • Penuaan Pra Matang dan Sikap 
      Jikalau anda sentiasa sedih, asyik marah, kurang gelak, muka sentiasa serius anda akan cepat menua.
                 
Elakkan marah untu kekal awet muda
Marah akan lambatkan usaha untuk awet muda

( kredit foto: http://www.honorgracecelebrate.com )
      Anda perlu sentiasa optimis, bersikap positif, sentiasa senyum dalam hidup,  banyakkan berkongsi idea dengan rakan-rakan atau teman rapat.

      Bersikap negatif yang banyak bermakna anda mengundang masalah kesihatan seperti kemurungan, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, malah sehingga anda mendapat sakit-sakit sendi dan tulang.
  
      Banyak penyakit dan masalah bukan sesutu yang baik jika anda ingin kekal awet muda.

  • Merokok dan Minum Arak
       Samada merokok sahaja, atau sekali dengan tabiat minum arak, anda sebenarnya menghalang diri anda dari awet muda. 

       Merokok atau minum arak adalah tabiat membunuh sel-sel badan, dan menghalang serapan segala nutrisi diperlukan badan.

       Badan anda perlukan vitamin-vitamin untuk awet muda, kolagen, protin, mineral dan lain-lain nutrisi. Segalanya sukar diperolehi sel-sel kerana tindakan anda sendiri.
       
Organ cepat tua dan rosak akibat meroko
Bagaimana nak awet muda jika organ utama dalam rosak?
 
( Kredit foto : http://carebaba.com/smoking-side-effects/ )
       Tak hairanlah, orang yang merokok cepat rosak gigi, gugur rambut, kulit        cepat berkedut dan organ dalaman cepat rosak.

  • Apa Yang Anda Makan
       Makanan yang diambil boleh mempengaruhi usaha anda untuk kekal awet muda atau menua lebih cepat.  Ada pemakanan atau vitamin bantu anda kekal muda, tampil sihat dalaman dan luaran dan organ-organ badan berfungsi normal.

        Makanan ini cepat buatkan anda jadi tua : Makanan tinggi lemak, tinggi gula, makanan diproses, makanan berasaskan gandum, dan diet yang kurang ambilan sayuran dan buahan.

       Anda sebenarnya buatkan dalaman anda alami keradangan. Kesiankan!!!
Badan  juga kurang upaya nak proses makanan yang bukan dalam bentuk yang natural.

  • Berat Badan
       Terlalu kurus atau gemuk amat juga buatkan anda nampak lebih tua.

       Terlalu kurus atau berat badan di bawah BMI normal ada kaitan dengan     kekurangan lemak. Lemak sebagi penyokong atau memberi bentuk kepada     badan dan muka. Terlalu kurus buatkan muka cengkung, cepat berkedut.

       Maka, anda nampak cepat tua.                          
Elakkan terlalu kurus jika nak tampil awet muda.

( Kredit foto: http://www.istockphoto.com/ )
       Terlalu gemuk juga akan buatkan anda nampak tua, menggelebeh akibat anda kurang bersenam. Penyakit-penyakit lain mudah anda dapat.                           
Teka usia lelaki ini? Adakah dia kelihatan muda, atau lebih tua dari usia sebenarnya?
( Kredit Foto:  http://www.nydailynews.com/ )
  • Stres
       Kronik stress atau tekanan melampau akan percepatkan penuaan. Bukan sahaja kedutan, stres amat mempengaruhi banyak perkara dalam hidup kita.            
Stres buatkan sel-sel cepat rosal, dan anda akan cepat tua

( Kredit foto : http://barisgurkas.com/ )
       Orang stres kurang yakin pada diri sendiri, lemah dan tak mampu nak hadapi cabaran walaupun kecil.

       Lagi parah, orang stress mudah dapat penyakit yang membawa kepada penuaan begitu cepat.

       Stres yang sedikit sebenarnya bagus, seperti juga inflasi. Sebabnya pencetus untuk kita bergerak maju.
   
Langkah paling berkesan untuk awet muda ialah dengan mengamalkan suplimen semula jadi Shaklee yang berkesan dan selamat, amalkan gaya hidup sihat, sentiasa bersikap positif.

Sihat dalaman, terserlah luaran yang sentiasa muda!

Hubungi Kak Nas 0194706780 untuk dapatkan gabungan vitamin untuk awet muda.



Share this:

Tentang Nas Ibrahim

A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.

0 comments:

Post a Comment