6 Jenis Makanan Terbaik dan Selamat Untuk Awet Muda - Kulit Semakin Gojes dan Badan Semakin Muda

Secara universal, tak ada orang yang nak tua. Lebih-lebih lagi wanita. Pada mereka umur hanyalah satu angka, tetapi penampilan dan rasa dalaman masih nakkan muda. Bolehkah awet muda dicapai? Boleh dengan cara yang betul.


Walaubagaimanapun, keinginan untuk tampil muda atau sentiasa awet muda hendaklah sentiasa dengan niat untuk boleh beribadah dan melakukan kerja dengan lancar, tanpa halangan sebagaimana sebahagian kecil orang-orang berusia yang lemah, tak larat dan banyak penyakit.



Jika mampu usahakan jadi awet muda, perkara-perkara inilah yang nak dielakkan. Usaha, bukan hanya berserah kepada takdir.

Salah satu cara wajib untuk awet muda ialah melalui pemakanan atau suplimen yang betul untuk awet muda. Sebab kulit dan lain-lain anggota badan perlukan nutrisi - vitamin, mineral, air dan lain-lain.

Pilihlah makanan atau suplimen yang bantu segala sel-sel badan mendapatkan kesemua keperluan nutrisi dengan lengkap dan konsisten.

Kalau kita perhatikan sebahagian besar daripada kita banyak fokus kepada makanan tinggi karbohidrat. Dan manis-manis pulak tu. Sebenarnya pemakanan beginilah yang cepatkan penuaan, atau menjadikan anda lebih tua dari usia sebenar.

Jauh sekali untuk anda  kelihatan lebih muda dari usia sebenar!

Sekadar nampak lebih tua, rasanya mungkin Ok lagi. Tapi, yang kita tak mahu ialah penyakit yang datang seiring dengan badan yang cepat tua.

Enam jenis makanan terbaik yang bantu anda kekal awet muda:

1. Buah yang tinggi kandungan Vitamin C

Pilihlah buah yang kaya dengan Vitamin C sebagai makanan awet muda.
Buah seperti ini tinggi lembapan yang bantu melembabkan kulit.

Vitamin C terkenal kerana 
  • keupayaannya membantu badan anda hasilkan kolagen. Kolagen tinggi dalam badan bantu tegangkan kulit, membuatkan anda kelihatan awet muda.
       Contoh buah yang tinggi Vitamin C ialah buah oren.

2. Makanan yang tinggi lemak sihat, iaitu lemak monotaktepu 

  • Lemak ini juga berikan kelembapan kepada kulit.
  • Lemak ini juga bantu anda serap vitamins dan nutrisi yang diperlukan badan. Cukup vitamin, anda akan nampak awet muda.
       Contoh sumber lemak monotaktepu ialah minyak zaitun, avocado, walnut dan
       minyak kacang macadamia.

3. Sentiasa masukkan oat dalam menu anda

  • Oat bantu anda dapatkan wajah awet muda kerana oat terkenal dengan karbohidrat kompleks. Oat adalah rendah kadar glikemiksnya.
  • Oat ni tak bagi tahap gula dalam darah anda naik dengan cepat selepas makan, berbanding roti, nasi dan pasta yang ramai suka makan!
  • Makanan tinggi kadar indeks glikemiks juga mudahkan anda dapat jerawat dan kulit berkedut. Macamana nak awet muda jika kulit cepat berkedut?
       Jadi, sila kurangkan makanan-makanan seperti itu.
  • Oat juga adalah tumbuhan semula jadi yang bantu halang kerosakan sel-sel kulit dan iritasi kulit.

4. Konsisten mengambil protein berkualiti
  • Protein juga bantu pembentukan kolagen. Kerana kolagen pun sejenis protein. Kulit muka dan badan cukup protein memberikan penampilan muka yang tegang, badan berotot, dan tak berkedut. Nampaklah anda awet muda!
       Pastikan anda dapat protein yang berkualiti. 

       Sumber protein adalah daging lembu, telur, ayam, tofu, kekacang dan ikan.

Pesanan:
Jangan terlebih masak protein sebab terlebih masak akan merosakkan kualiti protein, yang berfungsi sebagai anti penuaan.
5. Diet yang ada asid lemak Omega-3
  • Satu keistimewaan Omega 3 ialah fungsinya sebagi anti keradangan.  Kompaun -kompaun keradangan memainkan peranan besar dalam proses penuaan.
       Keradangan dalaman yang berpunca dari pelbagai sebab menjadikan anda cepat 
       tua.

  • Untuk awet muda, bekalan Omega 3 yang cukup kuatkan pertahanan kulit semula jadi.
  • Omega 3 akan kurangkan kesan sinaran UV yang bahaya kepada kulit dan kesihatan.
6. Makanan yang kaya dengan resveratrol
  •  Resveratrol dari kulit anggur akan halang keradangan.
  •  Resveratrol akan lambatkan proses penuaan
  •  Halang kesan kerosakan akibat sinar UV dari matahari

Suplimen Awet Muda Yang Paling Lengkap dan Selamat Untuk Anda

Untuk dapatkan nutrisi dan manfaat kesemua makanan di atas, anda perlu sangat rajin berusaha dapatkan buah-buah yang paling bagus kualiti, tidak tercemar dan dalam bekalan yang konsisten untuk jadikan pemakanan awet muda anda betul-betul; berikan impak kepada usaha nak muka awet muda, sihat dan berseri.

Cadangan paling baik, lengkap, dan anda tak akan tersilap dalam pembelian, ialah suplimen awet muda terbaik yang Kak Nas cadangkan ini.

Inilah set suplimen 7 bintang untuk wanita atau lelaki yang ingin kelihatan muda.

SUPLIMEN TERBAIK DAN PALING BERKESAN
UNTUK AWET MUDA
(untuk Wanita Yang Gojes

Sila klik link Suplimen Awet Muda Wanita untuk perincian tentang setiap produk.

SUPLIMEN TERBAIK DAN PALING BERKESAN
UNTUK AWET MUDA
(untuk Lelaki Yang Bergaya)
  Sila klik link Suplimen Awet Muda Lelaki untuk perincian tentang setiap produk.


Hubungi Kak Nas 0194706780 untuk dapatkan produk dan konsultasi ambilan berkesan.






















Share this:

Tentang Nas Ibrahim

A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.

0 comments:

Post a Comment