Ibu-ibu Dah Tak Perlu Risau Anak-anak Tak Suka Makan

Menjadi ibu yang bekerja memang sangat mencabar. Tambah- tambah yang ada anak ramai.

Sebagai ibu, kita nak anak-anak kita dapatkan pemakanan yang terbaik, seimbang dan penuh khasiat. Kalau boleh, piramid makanan pun kita nak ikut betul-betul agar anak kita membesar sebagaimana sepatutnya.

Berdasarkan pengalaman akak, dari anak nombor satu hinggalah nombor tujuh, akak menghadapi masalah nak pastikan mereka makan apa yang sepatutnya mereka makan.

Amatlah kecewa apabila bubur nasi yang lengkap dengan sayur dan ayam tidak mereka pandang pun. Alih-alih, empat lima sudu je mereka makan. Sayur tolak tepi. Yang lain, emaknya yang habiskan.


Anak tak lalu makan. Ibu pasti susah hati.
credit: nytimes.com
Kesemua anak akak suka makan nestum dan roti semasa mereka kecil. Nak bagi mereka berselera, kaya dan jem disapu kepada roti. Nak bagi mereka cukup kalsium, susu memang tidak ditinggalkan.

Kalau itu je yang dimakan setiap hari, setiap minggu, apa sangat khasiatnya mereka dapat? Apa ni? maknya bagi anak makan, tapi anak tak dapat zat seimbang.

Memang nak cipta macam-macam untuk anak-anak. Tapi terasa tak upaya. Sibuk. Letih. Puan-puan yang bekerjaya tentu alami yang sama kan?

Nak rajin lebih-lebihpun terasa tak mampu. Kadang bahan-bahan pun tak sempat nak cari. Hahah..pecah tembelang. Letih you!

Jadi, sepatutnya kita sebagai ibu terasa malu dan bersalah kerana tak tunaikan hak anak-anak untuk dapat makanan berkhasiat dan seimbang. Alhamdulillah. ada kesedaran. ( sujud syukur!)

Anak-anak ni pulak kadang-kadang pelik dan mencabar prinsip hidup kita. Kalau orang lain bagi gula-gula ke, ais krim ke, apatah lagi mi segera yang kita memang nak " haramkan " kepada mereka, itulah yang mereka teruja sangat. Laju je mereka sambar dan telan.

Elakkan 'Junk Food"
credit: loveanqila.blogspot.com
Jadi, walau apa pun alasan, kita sebagai ibu perlu akui bahawa kita yang sibuk bekerja ni, yang sentiasa kononnya tak sempat mencuba dan mencipta makanan untuk anak-anak, yang mudah penat dan letih, yang stress, yang kadang-kadang naik angin, adalah 'bersalah' jika keperluan nutrisi, pemakanan anak-anak yang lengkap terabai.

Mana peranan bapa? Of course bapa ketua rumah tangga. Bapa pemimpin. Bantulah isteri anda. Beri sokongan.

Jika ada anak-anak yang dah remaja, biasanya sudah lain selera makan mereka. Mereka dah suka nasi, ikan, ayam, sayur, buah. Tak perlu risau tapi mereka masih tetap perlu diberi VitaLea, Vitamin C, Omega, Lecithin dan B Complex untuk minda, memori, emosi, tenaga dan kecergasan. Mereka pun banyak yang makan ikut selera je, bukan fikir elok ke tidak.

Vitamin-vitamin Pelajar tersebut perlu dibekalkan kepada anak-anak sepanjang masa kerana impaknya sangat memberangsangkan kepada kesihatan fizikal dan minda mereka.

Ini anak-anak yang masih kecil. Umur antara 2 - 15 tahun.
Mereka dah suka nasi, sayur dan buah-buahan ke? Kebanyakannya tidak. Masih memilih.

Sebagai melengkapkan, wajib pastikan mereka dapat vitamin-vitamin dan mineral yang sepatutnya sebagai anak-anak kecil.

Vita Lea for kids dan Mealshakes|:

 Set Lengkap Anak-anak Sihat, Cergas dan Bertenaga



Tiada rasa bersalah lagi tak bagi anak-anak pemakanan seimbang!

Dapatkan Set Pemakanan Kesukaan Anak-anak dengan menghubungi saya,
Nas 0194706780 atau email NutrisiAlamiahTulen@gmail.com untuk mendapatkan produk atau maklumat lanjut.

Jika anda tinggal di kawasan Kuala Kangsar, pekan Sungai Siput, Salak, Kati, Manong, Padang Rengas, perkhidmatan COD ( Bayar Waktu Terima ) disediakan.

Perkhidmatan POSLAJU disediakan bagi penghantaran seluruh negara. Terima kasih.

Nutrisi Alamiah Tulen, 
"Eat Good, Feel Good, Look Good"







Disclaimer: 

Maklumat yang diberikan di dalam ini tidak boleh digunakan semasa apa-apa kecemasan perubatan atau untuk diagnosis atau rawatan apa-apa keadaan perubatan. Seorang profesional perubatan yang berlesen perlu dirujuk untuk diagnosis dan rawatan apa-apa dan semua syarat perubatan.






Share this:

Tentang Nas Ibrahim

A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.

0 comments:

Post a Comment