Healthy Life, Happy Life
  • Laman Utama
  • Profil
  • Shaklee
    • Set Kanak-Kanak
    • Set Kehamilan
    • Set Kecantikan
    • Daftar Keahlian
  • Belian Online
  • Penafian
Home Archive for June 2017
Kak Nas 0194706780
Juga pengedar Shaklee Kubang Kerian
Pengedar Shaklee Pengkalan Chepa


Walaupun menyambut raya atau cuti sekolah, atau apa jua keadaan, vitamin-vitamin Shaklee untuk pelbagai tujuan memang perlu ada.

Kecemasan mungkin berlaku, gastrik, sakit perut, angin, keperluan set bersalin, keperluan vitamin untuk kulit, macam-macam.

Kak Nas boleh sediakan penghantaran vitamin-vitamin Shaklee bagi Kawasan Kota Bharu, Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian, Kelantan.

Juga kawasan-kawasan sekitarnya.

Jangan segan, jangan malu, hubungi Kak Nas 0194706780.

Kak Nas sediakan servis penghantaran seberapa segera, dan juga nasihat pengambilan set dan cara yang berkesan.

InshaAllah.

Kak Nas
0194706780



Nas Ibrahim,
Pengedar Shaklee
1213206

FB: Nas Ibrahim
Insta: nas_shakleeconsultant
Penjagaan kulit muka, dan badan, satu aspek utama diberi perhatian jika nak sambut raya. Wanita, dari awal2 lagi dah fikir bagaimana nak cantikkan kulit apabila tiba raya nanti.

Hubungi Nas 0194706780 untuk konsultasi.

Bagaimana pulak jika di saat-saat akhir?

Sehari je lagi nak raya. Apa yang perlu dibuat?

Tak sempat dah nak hilangkan jeragat atau jerawat dan parut dalam tempoh 24 jam. Tidak ada yang amat ajaib hingga kesemua tu boleh hilang.

Sebab itulah, untuk kulit dan kesihatan ni, kena amalan berterusan. At least, sebulan lebih awal kena bersiap sedia menjaga kesihatan kulit.

Kulit yang tak sihat akan digambarkan oleh jeragat, jerawat dan lain-lain permasalahan.  Masalah ini memang perlukan masa juga untuk dipulihkan bagi kesan cantik berpanjangan.

Tapi, nak kejar yang sehari ni. Apa nak buat?
Masih ada masa ke nak lebih ceria dan berseri sikit?

Tips Nak Cantik Untuk Raya

1. Guna Gentle Action Makeup Remover. Untuk buang kotoran degil kat muka dan mekap. Bahan-bahan ni akan dikeluarkan secara lembut. Selepas guna Remover ni sahaja pun, kulit dah rasa lembut sangat.

Cuba usap kulit perlahan-lahan.

2. Cuci pula muka dengan Gentle Deep Foaming Cleanser

Ditambah dengan pencuci muka semula jadi paling viral ni, kegebuan mudah dirasai. Cucian yang jauh ke dalam, merawat dan mencerah yang dilakukannya,

3. Pakai scrub Alfalfa Complex. Alfalfa akan cuci dan buang toksin pada muka. Sambil muka anda ditegangkan secara perlahan-lahan.

4. Pakai pulak masker Vitamin C dan ESP.

Pakailah selama 10-20 minit.

Wow...terasa lain benar pakai ni. Lembutnya kulit.

Kulit anda konfom akan lebih cerah dari biasa. Jadi, masalah kusam boleh diatasi.

5. Selepas dah bilas dengan air, oleskan toner Soothing Radiance Whitening Softener.

6. Selepas 10 minit, sapu Ultimate Protection Whitening Lotion untuk melindungi dari sinar UV yang merosakkan kulit.
Ini adakah sunblock luaran.

Selepas sahur, sepatutnya dah ambik sunblock dalaman, Vitamin E, dan Vitamin C, pencerah kulit

7. Sebab esok dah nak raya, malam... ulang pula proses 1-5 di atas.

Jika ada jeragat atau parut jerawat, sapu Spot Whitening Treatment. Ini adalah utk mencerahkan jeragat dan parut comot kat muka.

8. Akhir sekali, pakailah perawat kulit waktu malam.

Overnight Renewal Whitening Cream yang paling best..selesa, ringan, dan bangkitlah esoknya dengan muka yang gebu, dan mulus.

Sehari pun dah dapat anda rasainya, apatah lagi jika konsisten memakainya.

Jadi...sekurang2nya sempat tingkatkan keceriaan muka dalam tempoh sehari nak raya.

Kulit muka yang bersih, lain hasilnya. Lebih2 lagi jika anda tambah dengan mekap bersahaja, anda tak akan nampak seperti mengecat muka.

Selamat Menyambut Hari Raya dengan lebih yakin dan gembira.

Untuk lebih info set skincare natural yang vogue sangat ni, sila klik Nutriwhite.

Nutriwhite

Nak dapatkan set penjagaan muka yang Kak Nas sebutkan kat atas tu, hubungi Nas 0194706780 untuk konsultasi.

Nak jadi ahli sangat dialu-alukan. Anda akan dapat bimbingan tentang tentang produk dan bisnes.


Tatkala hari raya semakin hampir, perasaan tentu membuak-buak nak balik kampung. Walaubagaimanapun, perjalanan yang akan ditempuhi agak lama, dan mungkin jalan raya juga sesak. Jadi, anda perlu ikuti beberapa tips untuk balik kampung. Supaya, perjalanan pergi balik selamat, dan rumah dan harta yang ditinggalkan juga selamat. InshaAllah.

Pengalaman tinggal jauh dari kampung halaman banyak mengajar Kak Nas tentang banyak perkara.

Bayangkan, selama 22 tahun banyak pengalaman berulang alik balik kampung, Kak Nas nak kongsi tips agar kita sama-sama beroleh manfaat.

Tips Balik Kampung

Tak kira musim raya atau tidak, beberapa perkara perlu diikuti agar perjalanan balik kampung selamat.

1. Rancang masa dan tarikh perjalanan.

Maklumkan kepada semua ahli keluarga agar mereka semua dapat bersedia awal. Bila nak bertolak dan berapa lama nak balik kampung.

Jangan esok nak bertolak, malam baru bagitahu. Sebab emosi ahli keluarga perlu di"tune"kan agar mereka bersiap sedia dari segi minda, emosi dan persediaan lain.

Anak-anak yang dah boleh berdikari akan siapkan pakaian mereka sendiri mengikut tempoh balik kampung yang sesuai.

Mungkin ada yang guna pendekatan beri arahan, ikut je cakap orang tua. Kena ingat, apabila dah besar, pendapat dan keperluan mereka juga perlu diambilkira.

Apabila semua dah maklum, perasaan dan emosi disatukan agar keharmonian wujud. Perjalanan jauh pun akan meriah dan aman.

2. Pastikan kenderaan dalam keadaan yang tip top.

Kereta yang nak diguna untuk balik kampung, tak perlu kereta baru. Yang utama, kereta diservis dulu. Semua aspek, enjin, tayar, minyak hitam, contohnya, terbaik.

Keadaan kereta perlu selesa agar perjalanan jauh tak memenatkan, tak beri kepanasan dan sebagainya.

Air cond kena lah ok... musim panas kan.

3.  Lapor kepada balai polis berdekatan, serta jiran-jiran sebelah.

Sebelum balik kampung, tip berikutnya ialah maklumkan kepada polis. Isi borang balik kampung. Sebab pihak polis akan sentiasa membuat rondaan sekitar rumah secara berkala.

Maklumkan juga kepada jiran-jiran yang tak balik kamping. Pastikan jiran yang dipercayai ye...

Kejadian jenayah tak kira tempat dan masa. Jadi, hal ini amat penting untuk dilakukan.

4.  Tutup, kunci rumah tanpa gagal

Setiap ruang, akan dijadikan peluang.

Tingkap, pintu, segala lubang yang ada potensi untuk penjenayah masuk, tutup. Kuncikan. Pasang grill jika keadaan agak mengundang.

Pada sliding door, letakkan kayu panjang atau batang besi panjang yang menyekat pintu daripada dapat ditolak dari luar.

Usahakan segala-galanya ke tahap maksimum.

5. Sediakan bekal perjalanan.

Jika ada anak-anak kecil atau anak ramai, sebaik-baiknya dibawa sedikit bekal makanan dan air.

Jika ada anak yang suka muntah-muntah, sediakan plastik yang cukup. Pengalaman Kak Nas, ada dua anak yang asyik muntah apabila melalui perjalanan jauh.

Jadi, air dan plastik amat penting.

Makanan yang dibawa juga hendaklah sesuai untuk dimakan dalam kereta. Biasanya buanh-buahan seperti epal, pisang, roti, kekacang dan air mineral memadai.

Jika dapat bawa bekal nasi dan lauk-lauk dimasak sendiri lagi baik untuk makan tengahari (jika bukan bulan puasa). Sebab makanan yang dimasak sendiri lebih selamat dan bersih.

Hasil air tangan sendiri kan!

Pengalaman paling perit yang Kak Nas alami selepas berhenti makan di sebuah kedai, sehari selepas itu, pada hari raya pertama, hampir satu keluarga demam, cirit birit dan muntah.

Bayangkan derita di hari raya. Hingga hari raya ketiga keadaan badan tak berapa nak pulih.

Alhamdulillah, Kak Nas ada bawa bekalan vitamin semula jadi yang sesuai untuk kegunaan masa demam dan cirit birit.

6. Bekalan Suplimen atau Vitamin selamat dan semula jadi. Kak Nas yakin Vitamin Shaklee.

Ini perlu jadi kewajiban.

Musim raya, atau apabila balik kampung, ramai yang gagal jaga pemakanan seimbang. Ada yang tak dapat nak cari bekalan buah dan sayur yang mencukupi.

Kesihatan paling utama. Tak kira tempat dan masa.

Lebih-lebih lagi musim raya. Kuih muih, pelbagai juadah hidangan, dan air yang tak terkira banyak jenis. Dah lah manis-manis belaka. Warna warni pulak tu.

Kolestrol, darah tinggi, kencing manis, cirit birit, loya, muntah, pening dan sebagainya mudah je dihidapi.

Puncanya makanan je.

Ambik Lecithin dulu untuk pecahkan lemak. Makan Omega Guard untuk bantu pembakaran lemak. Supaya masalah kolestrol, darah tinggi dielakkan.

Herblax untuk bantu melawaskan buangan.

Dan banyak lagi vitamin untuk keperluan tertentu.

Hubungi Kak Nas untuk dapatkan panduan dan konsultasi, serta dapatkan vitamin.
Nas 0194706780

7. Solat hajat dan doa

Segala Pelindung adalah Allah Maha Besar. Allah Maha Kuasa. Segala usaha dah buat, dan sebelum berserah, minta dulu dariNya

Malam sebelum bertolak, buatlah solat hajat dua rakaat minimum. Mohon segala perlindungan harta dan keselamatan dari Allah.

Sebelum keluar rumah, bacalah doa keluar rumah dan doa memohon keselamatan.

Doanya mudah dihafal, dan pendek sahaja.

Tapi, impaknya besar. Dengan penuh yakin, Allah akan lindungi kita.

بِسْÙ…ِ اللهِ تَÙˆَÙƒَّÙ„ْتُ عَÙ„َÙ‰ اللهِ، Ù„َا Ø­َÙˆْÙ„َ ÙˆَÙ„َا Ù‚ُÙˆَّØ©َ Ø¥ِÙ„َّا بِاللهِ
BISMILLAHI, TAWAKKALTU ’ALA ALLAH, LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH
Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah.
8. Sentiasa Ingat Allah Sepanjang Perjalanan
Memang hati gembira. Tapi, selalulah berzikir dalam perjalanan. Boleh pasang CD ayat Quran, atau ceramah agama, motivasi, dan sebagainya.
Ada anak-anak yang nak tengak kartun perjalanan jauh. Pastikan anak-anak je tengok. Bapa yang memandu kena fokus. Jangan pulak telinga bapa pun dok layan perbualan kartun tersebut.

Tiba waktu solat wajib, berhentilah di masjid yang kondusif. Laksanakan tuntutan wajib. Laksanakan kemudahan Allah bagi... solat qasar dan jama'.

Bersedekahlah semasa singgah di masjid iti. Masukkan sejumlah wang dalam tabung masjid. Kerberkatan sedekah sangat ajaib. Buatlah, dan lihatlah keajaibannya.
9. Sentiasa pastikan pemanduan dalam keadaan sihat dan cergas
Mata mengantuk, badan letih serta penat meletakkan anda dan keluarga dalam bahaya.
Dapatkan tidur yang cukup, vitamin yang sesuai sebelum mulakan perjalanan. Ambik dulu VitaLea, Performance Drik, ESP dan Cinch Tea. Jika bulan puasa, ambik masa sahur.
Anda akan alami pengalaman pemanduan yang lain dari boasa. Tenaga dan kepekaan anda berganda-ganda. Anda tak penat memandu jauh. Anda tak lenguh bahu dan kaki tangan.
Anda tak alami rasa mengantuk! InshaAllah.
Bagi yang tak ambik suplimen itu, jika ada rasa penat dan mengantuk, berhentilah sekejap. Dapatkan rehat yang cukup.
Semoga tips balik kampung ini banyak bantu anda semua.
Selamat memandu, semoga selamat sampai.

Selamat Menyambut Hari Raya.
dari
Kak Nas 0194706780
Mencari pencuci muka untuk kulit jerawat perlulah ikut panduan yang betul. Pencuci muka sebarangan tidak mampu untuk bantu kulit berjerawat semakin pulih. Pilihan pencuci muka perlu menepati ciri-ciri selamat, berkesan dan semula jadi. Hubungi Kak Nas 0194706780 untuk maklumat lanjut.

✔ Selamat - pencuci muka tidak akan menimbulkan jerawat yang lebih teruk atau kesan-kesan sampingan lain.

✔ Berkesan - setelah memakai pencuci muka, jerawat yang ada sepatutnya akan hilang atau berkurang.

✔ Semula jadi - isi kandungan pencuci muka perlu dari bahan-bahan semula jadi dan tiada bahan kimia bahaya seperti merkuri dan hidrokuinon.
Sila tengok video ini untuk info pantas.


( Hubungi Kak Nas 0194706780 untuk dapatkan pencuci dan untuk maklumat lanjut )

credit pic: cocorubyskin.com.au

Sebagai penderita jerawat, pencuci muka banyak memberikan impak kepada masalah kulit berjerawat.

Pengalaman guna pelbagai jenis pencuci muka semata-mata nak hilangkan jerawat, banyak menyedarkan Kak Nas, bahawa di luar sana 

  ✔ amat banyak pencuci muka yang bahaya
  ✔ yang tidak sesuai untuk kulit jerawat
  ✔ yang tidak merawat apa-apa pun
  ✔ yang lagi dahsyat, yang semakin merosakkan kulit, 
     atas nama boleh putihkan kulit.
  ✔ paling parah, jeragat juga akan timbul.

Mencari produk muka tiada bahan kimia adalah wajib.
Sebab apa? Sebab produk inilah yang anda guna untuk cuci muka, sapu kat muka siang dan malam.  Sudah tentu anda nakkan hasil yang semakin baik.

Bagaimana nak dapat kulit muka cantik, bersih, sihat jika anda letak produk muka yang ada bahan kimia bahaya. Agak-agak anda akan dapat kulit sihat, bersih dan cantik?

Orang yang mempunyai kulit berjerawat perlu usaha lebih berbanding orang yang tak ada sebarang masalah kulit. 


credit pic: https://m.123rf.com/

Pencuci Muka Paling Selamat, Berkesan Merawat Masalah Jerawat.
Dihasilkan Oleh Pakar Dalam Skincare Semula jadi
Credit Pic: http://www.shaklee.com.my


Ciri-ciri Pencuci Muka Terbaik Untuk
 Kulit Berjerawat

( Hubungi Kak Nas 0194706780 untuk dapatkan pencuci dan untuk maklumat lanjut )
✔ mampu buang atau hapuskan bakteria yang dah menginap dalam liang pori muka anda.

✔ mampu mencuci secara mendalam untuk buangkan sel-sel kulit mati. 
Jika tidak, sel-sel ini akan tersumbat, menjadi tempat 'pertapaan' bakteria dalam liang pori anda, iaitu tempat jerawat lagi banyak terjadi.

✔cukup berkesan membuang segala kotoran pada kulit muka, dan berikan kulit bersih sebersih-bersihnya.

Kebanyakan sabun muka yang ada dalam pasaran adalah keras tindakannya, iaitu yang hanya menghilangkan lembapan atau minyak semula jadi muka anda.

Ianya tidak mencuci dan buang segala kotoran.

Pencuci muka yang 'bersifat kasar dan keras' ini, hanyalah buatkan kulit anda menjadi merah, keradangan, dan membuatkan jerawat semakin galak tumbuh.

✔ tidak boleh yang jenis menghakiskan

✔ perlu bebas alkohol

Pencuci muka yang ada bahan kimia bahaya bersifat menipis, dan menghakiskan lapisan kulit, serta merosakkan sel-sel pelindung kulit.

✔ mampu melembabkan kulit, merawat, mencerahkan dan bertindak secara lembut pada kulit jerawat anda. 

Jerawat, jika dikasari lagi dengan pencuci muka ada bahan kimia tak sesuai, anda bukannya mencuci muka. Anda menambahkan lagi kesengsaraan kepada kulit jerawat anda itu.

Pencuci Muka Paling Selamat dan Berkesan Merawat Kulit Jerawat

( Hubungi Kak Nas 0194706780 untuk dapatkan pencuci dan untuk maklumat lanjut )

Ingat ye, apabila mencuci muka, anda perlukan pencuci yang menepati semua ciri di atas. 

Anda bukan sahaja nak bersihkan muka, tetapi anda mahu hapuskan jerawat. Pencuci muka yang berupaya merawat masalah jerawat, dan akhirnya akan menjaga kesihatan kulit muka anda.

Muka yang bebas jerawat, muka yang sihat, barulah anda akan memiliki wajah ceria, cantik, berseri!!!

Inilah Pencuci Muka Yang Menjadi Hot-Selling Item, Selalu Kehabisan Stok Tetapi Cepat Saja Ditambah Lagi.

NutriWhite Gentle Deep Foaming Cleanser - Pencuci Muka Untuk Atasi Kulit Berjerawat

Hot stuff! Hot selling!

Hubungi Kak Nas 0194706780 segera untuk cepat-cepat bebaskan dari jerawat!

Menjadi pilihan ramai wanita dan lelaki yang betul-betul concern pasal kebersihan, kecantikan kulit. Yang tak nak sapu muka jerawat dengan bahan kimia bahaya.

Kenapa Gentle Deep Foaming Cleanser wajib diguna oleh anda yang ada jerawat, dan yang nak atasi masalah jerawat?

✔ Mencuci dan menyegarkan kulit
Konsep mencucinya lembut jauh ke dalam kulit. Dalam liang-liang kulit, sel-sel mati, kotoran, bakteria terperangkap. Jadi cucian mesti jenis DEEP...mampu bersihkan muka berjerawat hingga ke dalam lubang-lubang pori muka jerawat anda.

Bukan itu saja, kulit muka akan rasa lebih segar selepas mencuci.

✔ Ada seaweed atau rumpai laut bebas toksik akan mengeluarkan segala kekotoran, membuang secara lembut, dan menegangkan kulit.  

Kulit berjerawat, ada bekas-bekas jerawat, yang buatkan muka nampak kendur dan berlubang-lubang. Nampak lebih tua dari usia sebenar!

Rumpai laut amat kaya dengan vitamin dan mineral, sangat baik sebagai agen pengukuh / penegang kulit, dan agen pengelupasan semula jadi yang lembut. Ini akan buang sel-sel mati yang menyekat liang-liang roma.


Ianya juga bersifat anti radang kulit. 
- bantu kurangkan bengkak jerawat, dan halang jerawat lagi besar
Kulit anda akan jadi lebih tegang, tetapi bukan mengeras.

Rumpai laut sesungguhnya amat istimewa dalam penjagaan kulit jerawat anda.

credit pic: http://www.healthieratholman.com/
✔ Alga hijau dalam pencuci ini bekerja jauh ke dalam untuk buang toksin dan seterusnya lembabkan kulit muka anda.

( Hubungi Kak Nas 0194706780 untuk dapatkan pencuci dan untuk maklumat lanjut )

Tak dinafikan, kulit muka berjerawat banyak toksin yang terperangkap, samada dalam badan anda, atau pada kulit muka anda.

Secara luaran, pencuci ini membersihkan kulit muka bertoksik sehingga jauh ke dalam lapisan kulit. 
credit pic: https://www.algae.info
Alga hijau amat baik untuk kulit berjerawat dengan cara berikut:

      ✔  bekalkan kulit jerawat anda dengan sumber kaya protin, yang cepatkan pembuangan toksin-toksin bawah lapisan kulit. Toksin itulah yang menyemarakkan lagi jerawat anda tu. Jadi, kena buang sebersih-bersihnya dengan pencuci muka ini. Dalam alga, ada nutrisi yang bantu hapuskan toksin.

   ✔  alga hijau ni bersifat menenangkan kulit berjerawat, anti radang juga dan seimbangkan kesan ke atas tisu-tisu kulit anda.

   ✔ alga hijau ada beta karotina yang terkenal dengan kesan menghapuskan masalah kulit jerawat, dan juga kulit psoriasis.

✔ Pencuci ini ada ekstrak strawberi begonia yang mencerahkan dan menghilangkan tompokan buruk parut jerawat dan jeragat

( Hubungi Kak Nas 0194706780 untuk dapatkan pencuci dan untuk maklumat lanjut )

Muka jerawat akan lebih teruk jika penuh dengan parut-parut jerawat. 

Memang sah anda ada parut-parut sebab jerawat dan parut adalah masalah seiring. Parut menandakan kulit muka rosak. Jadi, gunalah pencuci yang bukan sahaja membersih, tapi bantu rawat kerosakan dalam bentuk parut-parut hodoh tersebut.

credit pic: https://www.pinterest.com
Strawberi ini adalah sumber makanan dan ubat serta Vitamin C. Banyak nilai-nilai perubatan sebenarnya ada dalam tumbuhan ini.

✔ Gentle Deep Foaming Cleanser membuatkan kulit muka anda lembut dan anda rasa lebih berseri.
( Hubungi Kak Nas 0194706780 untuk dapatkan pencuci dan untuk maklumat lanjut )

Untuk kulit jerawat, rawatan dari pencuci mestilah jenis melembutkan agar tidak membentuk lagi banyak keradangan, dalam bentuk jerawat lagi banyak.

Gabungan ekstrak pelbagai herba semula jadi, dan hasil kajian intensif para saintis tersohor, amat patut sekali anda gunakan pencuci Gentle Deep Foaming Cleanser untuk kulit berjerawat anda.

Hasil buih busanya yang sangat halus, sangat lembut merawat serta membersih kulit jerawat anda.
credit pic: http://www.dailymail.co.uk/
Lagi best pencuci ni, anda akan guna satu tiub ni selama 6 bulan - setahun. Jimat sungguh. Ini sekiranya anda sorang je guna. Tak kongsi dan anda tak buat ianya sebagai sabun mandi.

Sebab ada sorang kastemer Kak Nas gunakan pencuci ni untuk mencuci bahagian sulit dia. Sebab dia kata, sabun biasa sangat tak sesuai. Apabila guna ni, bahagian sulit dia yang gatal pulih.

Testimonials Pengguna Pencuci Muka Gentle Deep Foaming Cleanser

( Hubungi Kak Nas 0194706780 untuk dapatkan pencuci dan untuk maklumat lanjut )
Gembira hasil guna pencuci muka yang terbaik.

Kesan yang cepat apabila guna pencuci muka untuk kulit jerawat

Semuanya gembira dengan pencuci NutriWhite ini
Teguran orang-orang sekeliling menunjukkan NutriWhite berkesan


Hubungi Kak Nas 0194706780 untuk dapatkan pencuci muka kulit jerawat ini. Kak Nas akan beri konsultasi berkesan. Juga tips-tips lain untuk bebas dari masalah jerawat serta jeragat.


Nas Ibrahim
Penasihat Shaklee Anda
1213206

Servis terbaik Kak Nas untuk semua rakyat Malaysia.
COD Kawasan Kuala Kangsar, Sungai Siput, Taiping, Ipoh dan kawasan berdekatan.

Untuk Dapatkan Set NutriWhite Lengkap serta maklumat setiap produk, sila klik NUTRIWHITE


 Terima kasih

Hilangkan rasa tidak selesa, rasa tak seronok mata memandang pada kawasan mata akibat bintik-bintik kolestrol. Hubungi Nas 0194706780

Sejak Kak Nas terlibat dengan pemakanan semula jadi, amalan pemakanan yang baik, dan sejak buat sharing dengan orang ramai tentang pengambilan vitamin-vitamin yang selamat ini, banyak juga Kak Nas temui kes-kes orang ada bintik-bintik kolestrol kawasan mata, terutamanya.

Sila klik video ringkas di bawah tentang bintik kolestrol serta cara menanganinya



Dan, yang sedih tu, ramai kalangan remaja atau yang berusia awal 20an dah ada masalah ini. Tatkala mereka sedang membina kemajuan diri daalm pelajaran dan kerjaya, sudah tentu masalah ini amat mengganggu emosi dan kehidupan sosial mereka.

Kak Nas yang pernah menderita jerawat pun terkesan, apatah lagi jika bintik-bintik kolestrol tumbuh di atas kelopak mata, bawah mata, atau sekeliling mata.

Sabar ye Uolss.

Dengan terjumpanya post Kak Nas ini, Uolss dah ada jalan untuk mengatasinya dengan cara selamat dan sihat.

Nama saintifik bagi bintik kolestrol ni ialah Xanthelasma.


credit pic: https://steptohealth.com

Punca Berlakunya Bintik Kolestrol

Bintik-bintik warna kekuningan, coklat atau gelap kawasan kelopak mata adalah kesan sampingan adanya tahap lipid yang tinggi dalam darah.

Lipid dalam darah ialah bahan seperti lemak ditemui dalam darah dan juga tisu-tisu badan. Tapi, badan kita memang perlukan lipid dalam kuantiti tertentu yang kecil sebab nak bagi badan berfungsi secara normal.



Bahan-bahan berlemak ini terkumpul di bawah kulit pada bahagian dalaman kelopak atas atau bawah mata.

Jika ada lipid berlebihan, ini yang akan jadi masalahnya.

Bagi yang ada bintik kolestrol, anda tidak semestinya menghidapi masalah kolestrol tinggi.

                            Punca-punca Berlakunya Bintik Kolestrol

Bintik-bintik kolestrol ni memang anda tak rasa sakitkan. 

Cuba picit? Sakit tak? 

Tapi pandangan mata anda mungkin menyakitkan, dan juga awas tau... Bintik-bintik ni akan membesar dan lama-lama anda akan rasa sakit juga.


credit pic: http://xanthelasma.fr/
Lagi satu, jangan pandang ringan. Bintik-bintik kolestrol ni juga tanda, atau amaran awal, kemungkinan anda ada masalah kesihatan lain.

Faktor risiko adalah tinggi, termasuk serangan jantung atau penyakit berkaitan jantung. 

Jadi, rujuklah doktor untuk pengesahan.


Cara Atasi Bintik- Bintik Kolestrol

1. Pengambilan Supplemen atau Vitamin-vitamin Semula Jadi

Vitamin-vitmin yang dicadangkan dan sangat membantu mengatsi bintik kolsetrol ialah OmegaGuard, Lecithin, Garlic Complex, B Complex dan Vitamin C.

( Sila dapatkan nasihat doktor tentang pengambilan vitamin-vitamin ini )

Cara Atasi Bintik Kolestrol Dengan Vitamin-vitamin Shaklee


2. Ubah gaya hidup. 

Ambil pemakanan yang seimbang, kurangkan makanan berlemak dan berminyak, bergaram dan makanan diproses. 

Minum air putih atau air kosons sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Sentiasa lakukan senaman.

3. Sentiasa mendapat khidmat nasihat dan pemeriksaan doktor.

4. Jika anda ingin mmebuat pembedahan atau rawatan laser, lakukan di bawah pengawasan doktor terlatih.

Cuma, perlu diingtakan, jika gaya hidup tidak berubah, jika badan tak menadapt zat dan nutrisi sepatutnya, cara pembedahan merupakan penyelesaian sementara.

Bintik-bintik kolestrol boleh datang lagi menemani hidup anda.

Juga, pembedahan atau laser boleh meninggalkan kesan parut, terutama jika saiz bintik kolsetrol anda besar.


Untuk mendapatkan vitamin-vitamin bagi membantu usaha-usaha anda membuang bintik kolestrol, sila hubungi Kak Nas 0194706780


Testimoni Fresh Kak Nas 

Pengguna OmegaGuard Untuk Atasi Bintik Kolestrol

Testimoni Berjaya Atasi Bintik Kolestrol


Hubungi Nas 0194706780 untuk konsultasi.








Rujukan:

http://www.healthline.com/health/cholesterol-deposits-in-eye

https://www.kidney.org/atoz/content/bloodlipids
http://www.livestrong.com/

Indahnya! Cantiknya! Bersihnya! Disiplinnya! Sistematiknya!

Banyak sungguh exclamation marks untuk negara ni.

Negara ni kalau banding dengan negeri California, ia lebih kecil.

Tetapi, dari segi tempat-tempat menarik, nak feel pengalaman hebat, penuh kejutan, negara ini setanding himpunan negara-negara Eropah.

Setiap arah yang diambil, setiap langkah yang diatur, pasti teruja melihat bandar atau pemandangan yang indah.

Juga mungkin makanannya yang unik
 ( yang ni tak pasti suka ke tidak )

Sekali datang, pasti nak datang lagi.

Wah..itulah yang Kak Nas baca dan dengar. Luahan orang2 yang pernah berkunjung ke negara ini.

Dua minggu ke melawat, atau dua bulan ke, masih tak akan habis keterujaan. Malah masih tak cukup masa untuk nikmati kesemuanya.

Itulah perasaannya. Teringin nak bersama keluarga, melawat Tokyo, Kyoto dan Hakone serta lain2 bandar.

Teringin untuk nikmati Kenrokuen Garden di Kanazawa, Teshima dan Naoshima yang terkenal dengan himpunan hasil2 seni, nak lihat kota metropolitan Osaka, bandar bersejarah Hiroshima, Warisan Dunia Unesco di Myajima dan banyak lagi.

Itulah dia... negara Jepun dalam impian.
Orang yg hebat, berjaya dalam hidup, sebenarnya ada tabiat atau amalan mereka.

Jom kita contohi mereka seboleh mungkin.

1. Bangun sangat awal.

Lebih kurang pukul 4 pagi, dah cantik.  Ada masa utk solat Tahajjud, solat hajat,
berzikir, baca Quran dan sebagainya.

2. Bersenam

Bakar kalori! Sebab bukan je untuk sihat, tetapi latih berfikir lebih jelas, jadi lebih sihat, dan terbukti secara saintifik lebih sihat.

Juga dapat atasi stres! Tak perlu masa lama. Setiap pagi, 10 minit berjalan keliling rumah dah memadai.

3. Masa bagi kuasa emosi

Motivasi pagi, dari bacaan penuh inspirasi, atau ceramah atau tips tingkatkan semangat.

Sebab perkara ini perlu dibaja setiap hari.

4. Hargai pencapaian diri

Setiap hari, pasti ada pencapaian kita buat. Tulis dalam jurnal, iktirafkan diri.
Hatta pencapaian kecilpun, tuliskan. Sebab kita seolah2 lupa nak hargai diri sendiri.

Contoh. Hari ni dah siap daftar dua ahli Shaklee.

5. Buat task yang paling susah awal. 

Sebab awal pagi, orang berjaya penuh dengan tenaga. Tak ada masa nak fikir lemau, malas.

Bila dah siap kerja paling sukar, nak tempuhi sepanjang hari lagi amat mudah.

6. Berhubung dengan "partner".

Siapa saja yang rapat, terutama pasangan. Share tentang strategi, kewangan, dan minat. Dilakukan di awal pagi sebab awal pagi, idea datang mencurah-curah.

7.  Rancang plan sepanjang hari.

Ambil masa 10 minit, visualkan sasaran. Semak apa nak buat sepanjang hari, dan masa rehat. Tujuan supaya hidup terurus, dan tak stres.

8. Masa bersamaNya

Masa solat awal waktu. Inilah masa amat berharga, berhubung dengan Pencipta.

Yangg bukan Islam, bermeditasi cara diamalkan.

Carilah ketenangan, elakkan gangguan jiwa.

9.  Luangkan masa bermesra dengan anak-anak

Sesibuk mana pun, keperluan rohani, emosi dan jasmani anak2 diutamakan.

Tolong mandikan anak kecik, pakaikan baju, tanya khabar yang dah besar, serta banyak cara lagi untuk!

10. Setiap hari tanyakan diri, jika hari ini hari terakhir hidup, apa nak buat yang terbaik?

Sebagai orang Islam, tentu kita dah tahu jawapan. Selesaikan tugasan wajib, tambahkan dengan yang sunnat, gandakan ibadat.





Dulu, selalu tertanya-tanya, kenapalah doktor selalu tanya soalan ni apbila Kak Nas buat pemeriksaan.

Tak ada pulak tanya doktor kenapa.

Mak ayah ada penyakit ni tak? Darah tinggi? Kencing manis? Masalah jantung? Dan lain-lain...

Dalam banyak-banyak penyakit yang ditanya, dua je yang arwah mak ada.

Darah tinggi dan asma. Kedua-dua ni pun mak dapat semasa mengandung adik bongsu Kak Nas.

Hinggalah akhir hayat mak, mak akan bergantung kepada ubat-ubatan hospital.

Sekarang, fahamlah kenapa doktor tanya soalan begitu.

Doktor akan tanya sejarah perubatan dan kesihatan keluarga sebab kelaurga ada beberapa faktor persamaan dengan diri kita... genetik, persekitaran dan cara hidup.

Faktor-faktor inilah yang bagi 'clue' kepada doktor keadaan kesihatan kita sekarang dan akan datang. ada potensi tak untuk kita dapat penyakit yang sama seperti mak ayah kita, atau tidak.

Risikonya ada dan lebih tinggi lah. Belum tentu akan dapat tetapi sebagai langkah berjaga-jaga.

So, memang dah berlaku. semasa mengandung anak bongu, tekanan adrah tinggi Kak Nas amat tinggi, sehingga Kak Nas masuk wad. Pemantaun yang lebih kerap dilakukan pihak hospital.

Selepas bersalin, tekanan darah berkurang sedikit tetapi masih tinggi. Penjagaan pemakanan juga dilakukan tetapi mungkin sebab dah lama keadaan badan tak dapat nak sesuaikan dengan baik.

Jalan yang Kak Nas pilih, melakukan pemeriksaan berkala, menjaga pemakanan, melakukan senaman berkala, dan mengambil vitamin2 Shaklee ( sebab ofkos semualajadi 100%, selamat, berkesan, InshaAllah ).

Alhamdulillah, syukur. Kesihatan idaman kembali semula.

So, Uolss nak tau perinciannya?

Pemakanan - makan makanan seimbang, Kak Nas lebihkan sayuran dan buahan. Kak Nas kurangkan garam dan makanan berminyak, kurangkan daging, ayam dan seafood. Kak Nas elakkan gula putih, dan banyak minum air kosong.

Senaman - yang ni banyak Kak Nas buat kat rumah. Melompat, regangan, jogging. Sekali sekali pergi gym.

Pemeriksaan berkala - Selalu jumpa pihak LPPKN, atau guna alat cek tekanan darah dan kolestrol. masalah gula Kak Nas tak risau sebab selalu normal. Alhamdulillah.

Vitamin-vitamin yang Kak Nas ambil:

Vivix - sebab ada resveratrol dan polifenol yang sangat tinggi antioksidan. Resveratrol dan polifenol bantu pulihkan kerosakn sel DNA, menagwal genetik, beri tenaga kepada sel2, dan elakkan penimbuna protin AGE.

Pada Kak Nas, Vivix yang ada resveratrol dan polifeno; amat sesuai untuk nak jaga daripada penyakit keturunan ( harap tidak overclaim. Kak Nas dah rasa. Ini testimoni diri sendiri.)

Omega Guard - ada Omega 3 yangmencegah penyakit saluran darah dan strok.

Garlic Complex - Garlic sebagai agen detoks dan moderatkan tekanan darah tinggi, serta bantu turunkan kolsestrol

dan beberapa vitamin lain untuk bantyu tingkatkan sistem imun, bantu pulihkan masalah kulit, eczema dan lain-lain.








Rumah Impian
----------------------
Umur dah senja, kalau nak kisahkan rumah impian, agak berbeza dgn rumah impian orang muda.

Dulu pernah Kak Nas buat entry ttg rumah impian. Cuba nak cari, tapi tak jumpa.

Rumah impian orang nak pencen kerja.

Memanglah anak2 dah besar, mungkin tak bersama kita. Tapi, sekali sekala berkumpul, raya ke, kenduri kendara ke, takkan sampai hati nak tgk mereka dan anak2 tidur kat hotel.

Lagi tersinggung kut hati ini. Macamlah umah kita ni tak kondusif sgt kan. Kena fikir itulah.

Kalau anak 7, sekurang2nya kena ada lah 5 bilik anak2, satu bilik kita.

Ada ruang berkumpul yg luas. Dalam dan laman yg luas. Mana tahu nak buat bakar2 itik serati ke, kambing ke...

Nak buat majlis kesyukuran, doa dan solat hajat ke.

Jgn fikir tak larat tua2 nak urus rumah. Jgn jd hamba rumah. Kita cuba usaha...makan vitamin dan senaman selal....stay healthy pd usia tua. Tak mampu jugak, kita cuba ikhtiar cari org cuci, sebulan sekali ke.

Perabut cantik bagai tak ada dlm impian. Kak Nas needs space. Nak space khas utk my biz juga. Busines ni bisnes warisan. Impian nak tinggalkan legacy juga. Ruang khas, kondusif SOHO.

Wahh..berangan Kak Nas. Ini impian..bulan pose Kak Nas tulis ni. Harap Allah pandang ini sebagai satu doa Kak Nas.

Rumah batu ke, rumah kayu ke.. tak kisah. Yg penting, selamat.

Jika dipanjang usia, harap boleh capai sebelum usia pencen.

Kredit foto: Sumer Internet


#TsunamiUltimate
#TU4

Kulit Berjeragat Lambang Kerosakan Kulit. Sebarang Kerosakan Kulit Hanya Dapat Dibaikpulih Dengan Konsisten Mengambil Vitamin-vitamin Sebagai Suplemen Rutin Untuk Anda Kembali Dapatkan Kulit Cerah Berseri, Gojes dan Menawan. Hubungi Nas 0194706780 Untuk Konsultasi Berkesan.

Kulit kita ada tiga lapisan. Paling luar ialah epidermis. Dikuti lapisan kedua, dermis. Lapisan paling dalam, atau lapisan ketiga ialah lapisan subcutaneous, atau lapisan tisu-tisu lemak.

Lapisan epidermis sangat nipis, umpama sehelai kertas nipis. Lapisan ini banyak sel-sel mati. Kalau tak buang, sel-sel mati berkumpul dan buatkan kulit tak sihat dan kusam.

Sel-sel kulit baru diproses di lapisan dermis, dan dibawa ke lapisan luar, dan kemudian mati.

Proses perbaharui dan ganti sel-sel berulang setiap 28 hari.

Lapisan epidermis atau luar ni ada sel-sel melanocytes, yang membebaskan melanin, untuk lindungi kulit akibat kulit terdedah kepada sinar matahari bahaya, atau radikal-radikal bebas.

Lagi kerap kulit anda kena cahaya matahari, atau terkena bahan kimia bahaya, atau faktor-faktor luaran lain (contoh muka anda disapu merkuri dalam produk nak cantik ), maka lagi banyak melanin dikeluarkan. Melanin-melanin ini yang berkumpul atau 'membeku' bersama, akan membentuk jeragat.

Jadi, ingat ye. Paling kena elak jika tak nak jeragat naik kat muka comel anda tu, ialah elakkan terdedah kepada matahari. Kalau terpaksa, pakailah pelindung dalaman dan luaran. Kalau dalaman, sudah semestinya SR Vitamin C Plus digabung dengan Vitamin E Complex. Selain itu, losyen pelindung yang ada SPF15, iaitu Ultimate Whitening Protection. Semua ini adalah 100% dari bahan semula jadi, tiada sebarang bahan kimia bahaya.

Jangan, sama sekali jangan, pakai sebarang skincare yang ada bahan kimia bahaya seperti merkuri, hidrokuinon atau tretinon. Banyak sangat produk-produk beracun ini, dengan nama indah-indah, packaging yang comel, keluar dalam pasaran. Sebab apa banyak dan sentiasa ada yang baru, sebab tak susah nak buat. Ada pengeluar sediakan bahan asas, jadi nak sesuaikan dengan janama tertentu, ubah sikit-sikit je bahan campuran. Mungkin yang ni tambah kunyit, sorang lagi tambah halia, dan sebagainya. Tak perlu buat kajian impak keselamatan dan sebagainya. Ada sejumlah wang, tempah packaging, taruk nama cun-cun, dah siap untuk dijual.

Yang pelik bin ajaib, ada kelulusan KKM, tup tup, setahun dua, keluar statement produk sekian sekian beracun. Apa jadi ni? Mana integriti?

Tahu tak, berapa banyak wanita-wanita menjadi mangsa?  Berapa ramai yang menderita, jeragat dan jerawat bertakhta di muka? Mana yang kata jadi putih comel, jelita? Sementara saja? Kita nakkan kulit sihat, bersih berpanjangan. Kulit sihat, bersih, barulah cantik tu ada. Hatta anda kulit sawo matang ke, gelap ke, yang penting kulit sihat. 

Alahhh. Kulit saya dah naik jeragat? Malu la. 

Dulu berbeza. Memang betul. Saya pernah pakai produk N**** V****. Sama macam akak cakap, kulit saya selepas pakai produk tu, mengelupas pedih juga. Pastu...cantik. Licin. Ploles kak.

Nyesalll....

Bagimana nak atasi kulit yang dah naik jeragat? Yang belum ada jeragat, sila berwaspada. Sudah banyak kes Kak Nas jumpa ( dalam dok konsult orang ramai ) yang muka naik jeragat kerana salah pakai produk.  Tolonglah percaya. 

Jika keluar produk baru dengan jenama lain, lebih-lebih lagi keluaran tempatan, pek-pek hampir sama, bekas pun lebih kurang je, isi dalam pun seakan sama, jauhkanlah.  Jangan nak bereksperimen dengan kulit muka sendiri.

Letaklah yang istimewa kepada muka anda, berilah zat dan vitamin yang kulit perlu, sapulah bahan-bahan yang semula jadi dan selamat.

Muka kita kan! Kena lah sayang...Kenalah bagi yang terbaik!!!

Vitamin-Vitamin Untuk Kulit Muka Berjeragat

Inilah set vitamin yang wajib diambil semua wanita jika nak sentiasa kulit dijaga dan dirawat. 

Bagi anda yang kulit dah rosak, kulit berjeragat, lagi perlu ambik vitamin-vitamin ini. Kak Nas tekankan vitamin-vitamin yang Kak Nas cadangkan sebab semuanya berasaskan bahan-bahan semula jadi, tiada bahan sintetik seperti kebanyakan vitamin dalam pasaran, dan bebas bahan kimia bahaya.

1. Sustained Release Vitamin C Plus


 - Vitamin C ini akan bantu hasilkan kolagen dalam kulit anda.

 - Vitamin C adalah antioksidan yang bekerja cerahkan kulit anda.

 - Yang lagi special, Vitamin C ini ada " penghalang tyrosinase ". Penghalang ini bantu  halang enzim dalam badan anda daripada hasilkan melanin berlebihan.

2. B Complex 

 -  Jeragat juga boleh disebabkan oleh kekurangan Vitamin B12.
 - Vitamin B12 bantu kawal pigmen yang dihasilkan. Juga kawal lokasi pigmen. Dengan itu, pigmentasi dihalang dari merosakkan kulit anda.

3. Carotomax
  - Carotomax mengandungi Vitamin A yang merawat kulit berjeragat anda.
  - Vitamin A tinggi keupayaannya rawat kulit comot berjeragat.
  - Vitamin A dapat sekatakan warna kulit anda.

4. Vivix

 - super anti oksidan yang akan baikpulih sel-sel kulit anda yang rosak. Kulit muka berjeragat bermakna sel-sel kulit anda rosak.
  
Dapatkan konsultasi penuh, cara makan berkesan dengan hubungi Kak Nas 0194706780.





Rujukan:

http://www.americanskin.org/resource/

http://www.livestrong.com/article/108138-vitamins-good-skin-pigmentation/
Subscribe to: Posts ( Atom )

Salam Perkenalan, Semoga Anda dapat Manfaat dari Blog Ini


I'm Nas Ibrahim - A mother of 7 energetic and lovely children. Working part time as Shaklee Distributor. Support healthy consumptions and lifestyles.

Contact me 0194706780 for Shaklee products and consultation.

Paling Diminati

  • Set Kulit Untuk Muka Yang Rosak. Wajib Ambil Kalau Nak Cantikkan Kulit.
    Anda pakai produk-produk penjagaan muka , dengan harapan agar muka anda menjadi bersih, licin, berseri dan dapat merawat kulit agar kekal si...
  • Cara Pulih Cepat Sakit Bersalin Cesarean
    Pengalaman bersalin berbeza-beza antara satu sama lain.  Bersalin Cara Cesarean ( pembedahan ) credit:  www.medscape.co Kesan2 fi...
  • Pengedar Shaklee Kuala Kangsar: Konsultasi Terbaik dan Penghantaran Pantas Untuk Anda
    Salam sayang :)  Selamat datang ke blog saya. Saya Pengedar Shaklee Bertauliah. No. ID: 1213206 . No Telefon: 0194706780 ...
  • Set Vitamin Untuk Wanita Menopause atau Akan Menopause
    Wanita yang akan menghampiri menopause atau sedang menopause amat memerlukan supplemen tambahan berupa vitamin yang selamat dan berkesan sup...
  • Apa dan Punca Menopause
    Apa itu menopause? Menopause dalam bahasa mudah ialah putus haid. Ianya adalah normal, yang akan dialami semua wanita yang sempat memasuki...

Produk Shaklee

Advanced Joint Health Complex Alfalfa Complex B Complex CarotoMax Chewable Vita-C Plus Cinch shake Cinch tea Collagen Powder ESP ESP Soy Protin Enfuselle GLA Complex Herbalax Lecithin Meal Shakes NutriWhite Shaklee Omega Guard Ostematrix Sustained Release Vitamin-C Plus Vita-Lea Vita-Lea for Children Vitamin E Vivix Water Pitcher performance drink

Arkib Blog

  • ►  2019 (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (1)
  • ►  2018 (38)
    • ►  September (5)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (7)
    • ►  February (6)
    • ►  January (10)
  • ▼  2017 (116)
    • ►  December (9)
    • ►  November (5)
    • ►  October (10)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (9)
    • ▼  June (11)
      • Pengedar Shaklee Kota Bharu, Kelantan - Nas 019470...
      • Persediaan Kulit Sambut Raya
      • Sambut Raya: Tips Balik Kampung
      • Bekas Penderita Jerawat Sudah Temui Pencuci Muka T...
      • Cara Atasi Bintik-bintik Kolestrol Pada Kawasan Mata
      • Teringin Nak Melawat Negara Jepun
      • Mencontohi Tabiat Orang-orang Berjaya
      • Tips Penjagaan Diri Untuk Elak Penyakit Keturunan
      • Rumah IdamanKu Simple Aje
      • Vitamin-vitamin Semulajadi Untuk Kulit Berjeragat ...
      • Krim Jeragat Selamat, Muka Semakin Cerah dan Berse...
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (13)
    • ►  February (17)
    • ►  January (25)
  • ►  2016 (163)
    • ►  December (18)
    • ►  November (14)
    • ►  October (19)
    • ►  September (16)
    • ►  August (22)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (9)
    • ►  April (12)
    • ►  March (23)
    • ►  February (5)
    • ►  January (9)
  • ►  2015 (26)
    • ►  December (26)

Follow Nas

Nutrisi Alamiah Tulen

Create Your Badge

Skincare Paling Selamat, Berkesan Untuk Kulit Normal dan Bermasalah

Skincare Paling Selamat, Berkesan Untuk Kulit Normal dan Bermasalah
100% Vegan, Bebas 1500 Bahan Kimia Bahaya

Hubungi Nas






Peringatan Penting

Gunalah produk-produk kesihatan dan kecantikan yang bermutu, selamat, alamiah, tulen, semula jadi dan halal.


Nas Ibrahim, Pengedar Sah Shaklee, ID: 1213206

Tel: 0194706780

Copyright 2014 Healthy Life, Happy Life.
Designed by OddThemes