Healthy Life, Happy Life
  • Laman Utama
  • Profil
  • Shaklee
    • Set Kanak-Kanak
    • Set Kehamilan
    • Set Kecantikan
    • Daftar Keahlian
  • Belian Online
  • Penafian
Home Archive for September 2016
Sudahlah sengsara jiwa dan raga dek kerana muka ada jeragat, terperangkap pula dengan produk bahaya rawat jeragat.  Memang lagi sengsara.

Sebelum akak bagitau panduan memilih produk rawat jeragat atau produk nak hilangkan jeragat, mari kita insafkan diri sebentar, tengok beberapa gambar muka yang rosak kerana menjadi mangsa menggunakan produk penjagaan muka yang bahaya, yang palsu, yang banyak bahan kimia beracun.

Sedihkan! Muka dah la begini, bertambah rosak kerana tersilap beli produk kosmetik.

Sedihnya... mata dan kulit muka menjadi mangsa. Nak cantik tapi... sebab salah pilih produk. Adik ini "terbeli" mekap yang tiruan.

Ingat dan awas sahabat-sahabat dan adik abang dan  kakak yang disayangi. Banyak sangat produk dalam pasaran adalah tiruan.
credit : www.lipstainsandlace.co
Ribuan produk kecantikan dan kesihatan ada bahan kimia bahaya dan ada yang tiruan.  Bukan senang nak kenal yang tiruan jika tidak berhati-hati dan tiada ilmu. 

Contoh gambar di bawah. Lebih 500 produk memutihkan kulit dirampas. Produk-produk ini menggunakan bahan kimia bahaya pada tahap yang melampau seperti karbon, merkuri, sianida, arsenik, tembaga. kadmium, hatta ada juga yang mengandungi air kencing dan najis tikus.

credit: http://www.getwestlondon.co.uk/
Maklumlah, buat dalam bangsal atau bilik bawah tanah secara haram! Lihat gambar di bawah. Satu contoh saja. Perbuatan khianat seperti ini banyak lagi berlaku di seluruh dunia. Inikah makmal menghasilkan produk yang anda sanggup tempek pada muka? Atau yang anda sanggup telan? Siapa saintisnya? Berapa juta dihabiskan untuk kajian  dan penyelidikan?
credit: www.lipstainsandlace.co
Penipuan dan niat nak kaut keuntungan atas kerosakan dan penderitaan orang lain, maka berlambaklah produk-produk kecantikan dijual dalam pasaran. 

Jadi, tugas pengguna perlu bijak.  Jangan berbelanja ikut emosi! Nak putih, nak hilangkan jeragat dan jerawat dengan cepat dan murah, padahnya anda akan lagi sengsara! Sifat sabar dan berhemah amat penting.

Sabar untuk memulihkan jeragat yang dah lama menebal, sabar mengikut arahan dan panduan pakar serta janagan terlalu berkira untuk beli yang berkualiti, selamat dan berkesan.

Contoh-contoh produk bahaya...


Bahaya untuk jangka masa hadapan terhadap kesihatan anda juga!


Ini adalah beberapa contoh bahan kimia beracun yang sangat popular dan digunakan dengan meluas dalam kosmetik dan produk penjagaan kulit dan penjagaan kesihatan.  Tak terkecuali produk yang mewar-warkan dapat atasi jeragat anda. Bukan menjaga kecantikan dan kesihatan, tetapi memabawa padah dengan merosakkan... mendatangkan lagi bahaya kepada kesihatan!

credit: drtrevorcates.com
Contoh bahan beracun  merkuri  boleh merosakkan buah pinggang, hati, jantung dan otak anda. Hidrokuinon pula telah diharamkan di negara-negara yang ada kesedaran kesihatan, contoh England.

Ikutilah panduan ini dalam memilih produk uantuk hilangkan jeragat atau seumpamanya... sebab semua tujuan adalah untuk kecantikan muka atau badan.

Tips Mudah Nak Tentukan Produk Selamat:

1. Tahu Apa Yang Diisytiharkan Pengeluar Mengikut Undang-undang ( atau tidak )

Banyak kita jumpa perkataan seperti "hypoallergenic" atau kurang kesan alergi kepada pengguna; "dermatologically tested" iaitu telah diuji terhadap kulit;
 " no-tears formula" atau rumusan yang tek pedihkan mata; ndan "natural", kononnya semula jadi.

Inilah antara isytihar pengeluar yang tak dikuatkuasakan, tak disiasat dan tak diambilberat oleh pihak-pihak sepatutnya.

Cara terbaik, baca senarai kandungan. Jiia kandungan tak ada, buatlah pilihan bijak. Jangan beli walaupun pembungkusannya menarik dan nampak ada kelas.

2. Belajar Untuk Mengenal Bahan-bahan Yang Biasa Digunakan Yang Berasaskan Petroleum.

Banyak jenama komersil guna derivatif petroleum. Dari minyak mentah. Apa?
Tengok je nama-nama ini sebagai contoh:

paraffinum liquidum - sama makna minyak mineral,
petroleum jelly iaitu petrolatum.
polyethylene glycol, dan DEA/MEA/TEA iaitu polysorbates.

Bahan petroleum kita sapu dan letak kat muka. Langsung tak ada khasiat kesihatan atau memulihkan.

Dek kerana murah, banyak dan amat tahan lama, petroluem banyak digunakan.
Jadi, sebab itu kononnya anda dapat beli produk pada harga murah. Tapi, tetap dianggap mahal sebab produk murahan digunakan! Dan tiada kesan. Anda cuma pakai sahaja pada muka... tiada kesan!

Setakat tiada kesan boleh tahan jugak kan. Tapi... bahan ini boleh tercemar dengan karsinogen semasa pemprosesan. Anda boleh dapat alergi. Lagi teruk, bahan ini sendiri adalah karsinogen.

3. Anda Perlu Ambil Berat Tentang Bahan Pengawet Yang Digunakan

Bahan pengawet digunakan sebab nak bagi produk lagi tahan lama dalam pasaran. Lihat saja paraben dengan pelbagai nama, phenoxythanol dan benzyl alkohol. Jauhi bahan-bahan ini.

4. Elakkan Pewangi Tak Perlu

 Banyak pewangi dalam produk jeragat atau lain-lain, ada pewangi tiruan... dari mana? lagi dari petroleum dan tar arang. Kompaun dikenali sebagai VOCs ada kaitan denagn kanser, kelahiran tidak sempurna, gangguan sistem saraf pusat dan reaksi alergi.

5. Bacalah Label Dan Pilihlah Isi Kandungan Yang Anda Kenal atau Tahu

Cara senang untuk anda. jika anda rasa bahan tertentu anda tak sanggup bubuh ke dalam mulut, begitu juga untuk kulit anda. Sanggup makan petroleum. Takkan? Tapi kenapa sanggup sapu pada muka?

Hatta, bahan yang berasaskan semula ajdi juga tak bermanfaat epada kulit dan kesihatan.
Contoh:  "sodium lauryl/laureth sulphate"  dan " cocamidopropyl betaine" - dari minyak kelapa, juga bioleh membuatkan kulit jadi radang dan dapat alergi.

SEBAB ITU, PALING PALING UTAMA, PALING PENTING, JIKA ANDA NAK BELI PRODUK JERAGAT, ATAU PRODUK APA PUN JIKA MELIBATKAN KULIT, BADAN DAN KESIHATAN, PASTIKAN PRODUK-PRODUK TELAH MENJALANI LANDMARK STUDY.

TELAH BERJAYA MELEPASI SEGALA SAYART RUMIT DALAM LANDMARK STUDY.

Klik untuk tahu tentang Landmark Study ------ LANDMARK STUDY

Baik, segalanya dah jelas. Soalan sekarang, tentu anda tanya kan? Nak atasi jeragat ni, atau lain-lain masalah kulit, atau kesihatan, ada tak produk yang selamat, 100% guna produk semulajadi, selamat, tiada bahan kimia bahaya, tiada toksin, dan berkesan.  Dan juga... ada Landmark Study.

Tak lain dan tak bukan, pilihan yang memenuhi semua ciri di atas ialah Set Atasi Jeragat Shaklee.  Lain-lain set juga ada, bergantung kepada masaalh kulit atau kesihatan.

Hubungi Nas 0194706780 untuk pilihan tepat dan untuk konsultasi berkesan dan berterusan.


Anda juga boleh baca tentang Landmark Study lagi ( dalam Bahasa Inggeris ), 
klik poster di bawah:

Hanya membuat belian dari saya sebagai pengedar sah yang dilantik, bertauliah menjamin anda bebas dari produk tiruan. Juga, pastikan anda mendapat konsultasi berpanjangan.

Saya akan pastikan anda mendapat konsultasi terbaik!

Jika anda ditawarkan produk terkenal kulit pada harag rendah dari harga pasaran, jangan mudah terpedaya. It seems too good to be true!

Rawat jeragat secara berkesan dan selamat dari dalam dan luaran:

Bacaan Berkaitan:

5 Vitamin Top Untuk Wanita dan lelaki Yang Ada Masalah Kulit

Vitamin Semula Jadi Untuk Hilangkan Jeragat Tebal Dengan Berkesan

Hubungi Nas 0194706780 untuk mendapatkan produk dan konsultasi berkesan.

Perkhidmatan COD disediakan bagi kawasan-kawasan sekitar Kuala Kangsar, Taiping, Sungai Siput dan Ipoh.

Nas Ibrahim,


Pengedar Shaklee Kuala Kangsar,

Pengedar Shaklee Malaysia,
No. ID: 1213206

FB: Nutrisi Alamiah Tulen

IG:  Nutrisi Alamiah Tulen
Email: nutrisialamiahtulen@gmail.com

Garlic untuk orang pantang :

Cairkan darah beku. Biasa lepas bersalin ada darah nifas dalam rahim , darah tu habis dalam masa lama kan. Kadang membeku , bila tak keluar abis. Tu jadi cyst , fubroid. Sama gak period. Jadi ambil darah masa tempoh nifas & period. Lancar keluar darah kotor tu. Baru badan bersih. Kulit cantik. Garlic ni detoks darah. Kalau orang laki tak period. Kena ambik garlic untuk detox darah. Orang perempuan darah kotor keluar melalui period kan.

Jadi garlic ni penting untuk detox darah lebih baik masa tempoh nifas & haid.

Garlic ni boleh pecahkan lemak , boleh la bantu cepat slim tempoh pantang.

Garlic ni antibiotik semulajadi , elak demam selsema mak ngan baby yang bf.

Garlic ni dia boleh atasinsakit sengugut / rengat masa pantang. Rengat ni macam sakit kontraction berlaku masa pantang.

Satu lagi paling popular , buang angin. Dalam pantang org pantang paling takut badan masuk angin , kesan meroyan la , stress la , sakit badan la , bentang la. Jadi garlic ni boleh buang angin.

Hubungi akak, Nas 0194706780

credit: Norfaziela
Sesebuah negara dianggap kuat jika sistem pertahanannya hebat. Musuh sukar nak intai...apatah lagi nak ceroboh masuk.🚀

Badan kita pun ada sistem pertahanannya... kita panggil siatem imun.  Sistem imun ni lah yg jadi pak guard.... jaga kesihatan 24 jam.

Kalau pak guard lemah, asyik ngantuk, letih.. apa citer?😢😢😪😪

Bayangkan sorang budak disekat dari bermain2. Gembira tak hidup dia.? Agak2 dia bahagia ke? Dia disekat kerana menderita eczema, ada alergi dan asthma yg teruk.  Hidupnya hanya berkisar dgn inhaler, antihistamin dan cortisone.

Punca utama anak ini... sistem pertahanan badannya amat lemah.🙇🏻

Jika anda senang dapat selesema, mudah dapat jangkitan, atau selalu menderita masalah kesihatan, anda kena nilai kembali sejauh mana anda ambil berat dan hargai sistem pertahanan badan semula jadi anda.

Nak tingkatkan sistem imun memang tidak mudah sebab melibatkan setiap sel, setiap tisu dan organ badan anda.

Tapi..dek kerana sistem imun ni amat penting, anda kena buat perubahan. Ubah apa yg anda bagi dan buat terhadap badan anda.....ubah kepada makanan bernutrisi😍, tingkatkan aktiviti 😍dan cara hidup sihat😍.

Sistem imun kita perlu maintenance berterusan.

Jadi, 5 perkara ini dapat bantu kita tingkatkan sistem imun:

🐝 Bagi badan  secukupnya air dan vitamin, mineral, asid lemak, enzim, antioksidan, fiber dan fitonutrien.

🐝 Rawat atau kawal stres

🐝 Jaga usus agar sihat

🐝 Buang toksin dalam badan

🐝 Elakkan memakan makanan yg tak diterima dan tak sesuai oleh badan, cth. ada org tak boleh makan makanan berasaskan tepung gandum. 🍞🍔🌮🌯🍕🍰🍪🍩

🌸 Pengalaman sendiri dan anak2 dalam menangani masalah berkaitan sistem imun yg berkesan ialah dengan konsisten mengambil Vivix, Vit. C, Nutriferon, Performance Drink dan HerbLax.

Kalau Amerika tersenarai di kedudukan tangga teratas dalam kehebatan sistem pertahanan dari segi sumber tenaga, sistem pertahanan di darat, udara 🚀🛩🚁 dan laut 🛥, sumber2, logistik, kewangan, penguasaan geografi⛰...

maka, sudah tentu kita pun nakkan sistem imun kita tip top. Nombor 1 juga.

Bukan susah...dengan Vitamin2 di atas, inshaAllah..kita dan keluarga memiliki sistem imun yang kuat dari serangan2 terhadap kesihatan.
Assalamualaikum.


Asid amino dan bagaimana nak tahu badan anda kekurangan atau tak cukup bekalan asid amino?*********************************************

Anda rasa
🌂 penat....
🌂 risau...
🌂 sedih tanpa sebarang alasan.
🌂 susah nak tidur.
🌂 hilang berat badan tanpa sebab.
🌂 rambut, kulit dan kuku anda hilang kualiti atau semakin tak elok.

.... Anda mungkin kekurangan asid amino. 😢

Kita sering terlepas pandang kepentingan asid amino untuk badan kita sebab banyak fokus perkara lain. Tapi.... tanpa sedar kita membahayakan badan kita sendiri.😌

Kalau tak cukup asid amino, vitamin atau mineral mahal dan berkualiti yang anda makan tidak bermakna.

Sebab asid amino berada dalam kedudukan tangga atas dalam hirarki keperluan nutrisi badan anda.


Anda tau tak apa itu asid amino?

Ianya adalah molekul yang bina protin. Ia adalah umpama bahan binaan asas untuk kehidupan.🏢🏢🏢

Maknanya, kita tak boleh ada kehidupan tanpa asid amino.

Asid amino adalah untuk membina kulit, otot, tulang, ligamen, tendon, organ, rambut dan struktur-struktur lain dalam badan.

Itu je? Bukan itu saja. Ada lagi.

Asid amino memainkan peranan utama hampir setiap proses kimia yang mempengaruhi fungsi fizikal dan mental.

Ohh... jadi sekarang baru kita sedar pentingnya asid amino.

Apa pula " asid amino penting "?

Ada 11 asid amino yang dipanggil "penting" atau utama atau sangat perlu, sebab ianya TIDAK BOLEH DIHASILKAN SENDIRI OLEH BADAN.

Dari mana nak dapat asid amino penting ni?

Dari MAKANAN yang anda makan.

Asid amino yang tak cukup dalam badan berpunca dari:

🏵 Anda tak makan cukup protin atau kualiti protin yang anda makan tidak ideal.

🏵Sistem penghadaman anda tak boleh pecahkan diet protin anda sebaik-baiknya.
Atau serap protin dari intestin atau usus anda.

🏵Asid amino tak dapat diserap ke dalam sel-sel pada tempat yang perlu. Biasa berlaku kepada orang yang ada masalah insulin.

🏵Asid amino habis cepat apabila anda stress atau badan anda banyak toksin.


Ini dia simptom-simptom kalau anda tak cukup dan tak stabil bekalan asid amino:

🎯 Tahap tenaga yang lemah, hingga menjadi letih yang kronik

🎯 Kemurungan

🎯 Kerisauan

🎯 Fungsi tiroid yang rendah ( ini menjejaskan semua perkara )

🎯 Masalah memori dan ingatan

🎯 Simptom alergi

🎯 Simptom penghadaman

🎯 Ketidakupayaan untuk detoks secara semula jadi

🎯 Kehilangan ketumpatan otot

🎯 Peningkatan lemak badan


Cara kembalikan asid amino mencukupi dalam badan:

📌 Makan secukupnya protin berkualiti tinggi seperti ESP.

📌 Buang makanan yang menyebabkan radang usus dan yang menganggu penghadaman protin.

📌Pertimbangkan untuk dapatkan supplemen lengkap dengan
asid amino untuk seimbangkan nutrisi-nutrisi penting.

✍🏽✍🏽✍🏽 Ketahui bagaimana ESP pembekal asid amino penting yang terbaik.
Sila Klik 7 Sebab Kukuh Saya Yakin Protin Soya



















Sept. 10

Dua anak dara ni sakit perut, demam dan muntah pulak.

Makan apa kat skolah smlm?

Ummi tak boleh gelabah. Doa dariNya nombor satu. Dia Maha Penyembuh.

Bagi minum Esp tambah Nutriferon segelas... utk tenaga dan tingkatkan sistem imun. Bagi jugak Vit C, Peppermint ginger.

Kalau berterusan muntah, kena bg jugak Performance Drink.
Semua ni kena ada bekal cuti2 raya ni...

Utk yg dewasa pun, kena ada bekal gak...Omega, Lecithin n phytocol... kan terlebih makan daging korban...mata berpinar2 tak pasal pulak.

#tsunamishaklee
#ptstim9

Sept. 12

Dua anak dara demam dan muntah2, bagi NF, ESP, PD dan Vit. C. Semakin ok. Semlm, adik lelakinya muntah2 pulak. Biarkan muntah2 bbrapa kali, baru bagi vitamin2 yg sama.

Mlm..tidur nyenyak dia.

10 mlm... abahnya pulak muntah2. Diikuti umi pulak jam 3 pagi. Bbrapa kali bangun muntah hingga tiada upaya nak capai n bancuh PD, ESP dan NF.

Gagahkn bangun solat Subuh...... muntah2 lagi.
Hajat nak solat sunat hari raya tak kesampaian.

Tiba2 si kecik Harraz pula muntah2.
Aik.. hampir satu kluarga keracunan.

Tak pasti knapa tapi smlm otw balik ada singgah lunch kat satu gerai ni... tapi x baik bsangka buruk...

Slps ambik ESP, PD n NF + VIT. sesuai... bolehlah angkat kepala dan jari tekan2 hp.

Mudah2an pulih spnuhnya sebelum jumpa ummi Ziela Norfaziela Mohd Noor dan dedi Amin Mohd Khairul Amin utk sesi raya n coaching nnti.

#tsunamishaklee
#ptstim9


Sept. 13

Alhamdulillah. Lega. Dah banyak kurang kesan #keracunanmakanan. Semua anak dah sihat.

Abah mereka pun dah boleh keluar dah. Umminya masih sedikit hoyong.

Syukur... tak ambik langsung ubat2an generik.

Yakin dengan pemakanan semula jadi dalam merawat, dengan izinNya.
.

Ambil lagi #NutriFeron yg kukuhkan sistem imun dan lindungi dari influenza, #PerformanceDrink utk bekalkan elektrolit dlm tubuh dan imbangi metabolisma air dlm tubuh yg banyak hilang akibat muntah2 , #ESP utk bekal tenaga dgn segera. Maklumlah... satu makanan apa pun tak lalu nak telan.
.

Tambah juga #SustainedReleaseVitaminCPlus untuk tingkatkan #sistemimun dan #HerbLax untuk cuci usus dan #GarlicComplex sebagai antibiotik terbaik.

Lega badan. Syukur.
.

Selamat Hari Raya Haji yg kedua. Esok baru kami korban lembu..lusa wat makan ramai2. Sahabat2 yg dekat, Mahani Salleh dan Khazanah Taib.  Jemput datang ye Raya ke 4....
.
v

#tsunamishaklee
#ptstim9
#ultimatefamily
#pengedarshaklee
#Pengedar Shaklee Taman Molek #Pengedar Shaklee Johor Bahru
#Pengedar Shaklee Malaysia


Ini kawan Kak Nas. Asalnya beli VitaLea untuk anaknya, kini dah jadi pengguna setia dan #pengedarShaklee.

Sahabat2 di kawasan #TamanMolek #JohorBahru yang nak COD produk2 Shaklee, sila hubungi Sal ye ( Puan Salmah) nombor 019 756 5717.

Tkasih.

Nas 0194706780
Sejak hari Jumaat, jalan2 utama seluruh negara dah jem. Tersumbat mcm sardin. Yang eksiden lagi sedih. Anak sedara kena lnggar belakang keta semalam.

Semua orang nak cepat tapi hati2. Ingat yg tersayang.

Bagi yg jd driver tentu dah bayangkan pelbagai rasa kalu memandu jauh dan ramai2.

Penat, letih, ngantuk, sakit badan, lenguh bahu dan tengkuk, sengal2 sendi. Macam2.

Walau bagaimanapun, pulang ke kg halaman time raya jd kewajiban. Tak buat, macam raya tak sempurna..

Tapi, nak elak segala masalah di atas dari berlaku, yg memandu perlu buat persediaan mental dan fizikal agar perjalanan jauh enjoyable dalam suasana rileks dan ceria.

Biasanya ramai yg mulakan perjalanan selepas Subuh atau selepas berbuka.
Elok sangat ditambah kepada menu makan tu beberapa supplemen ini:


* Cinch Energy Tea - penggalak tenaga semula jadi yg selamat. Ditambah dgn taurina utk juga tingkatkan tenaga dan ketahanan badan.
Alternatif terbaik kpd kopi, soda atau manisan utk kcergasan.

* Vita Lea - multivitamin & mineral.
Sebagai penambah tenaga segera - tubuh jadi cergas, mental kuat, bantu sistem memori utk fokus memandu atau buat kerja lain seharian.

* B Complex - bantu tukar makanan waktu sahur atau berbuka kepada tenaga, melawan tekanan  dgn pastikan sistem saraf berfungsi, sekaligus redakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

Yalah kan, bawa keta, dlm keadaan panas walaupun keta ada air cond, anak2 kecik yg suka bergurau atau kdg2 bergaduh, meragam, menangis - pemandu kena sentiasa cooooll...

Ingat ye. Tiga supplemen tu perlu diambil dulu.

Selamat pulang ke kampung. Selamat menjalani ibadah Ramadhan dan selamat menyambut hari raya utk semua sahabat FB yg disayangi....

Drive safely :)

#ultimatefamily
#emeraldfamily
#tsunamishaklee
#ptstim9

Nas 0194706780
#pengedarshaklee
#tsunamiShaklee
Selamat ke guna produk Shaklee? Dok makan vitamin Shaklee, tak ada masalah pada buah pinggang?

Kekeliruan dan persoalan tersebut sering didengari. Kak Nas sendiri dulu pun kurang yakin juga. Ya lah...masa tu tak ada ilmu, dan tak mau cari ilmu.

Tapi sekarang kenapa pulak rasa selamat dan selesa guna produk Shaklee? Ilmu dah ada, kesedaran pun timbul. Keyakinan tinggi menggunung. Maklumlah, inilah kali pertama, setelah banyak produk digunakan, yang sangat menampakkan impak positif kepada Kak Nas.

Dah berbulan makan dan guna, badan semakin sihat, masalah2 kesihatan pun semakin kurang, Kak Nas semakin rasa yakin dan selamat dengan Shaklee.

Contoh. Gambar yg Kak Nas bagi ni ialah produk2 yang Kak Nas guna untuk merawat salah satu masalah utama, derita berpuluh tahun, masalah rambut semakin menipis dan kulit kepala yang gatal2.
Vivix, Collagen Powder, BComplex, ESP, Zinc dan Syampu Prosante.

Kena guna yang lengkap sebab masalh amat kritikal.

Impak Kak Nas dapat: gatal2 kulit kepala hilang, rambut semakin galak tumbuh semula, garisan kulit kepala yang ketara jelas kerana keguguran rambut pun semakin tak nampak dah....Rambut semakin lebat dan tak rasa rimas... Syukur ya Allah.

Kak Nas ambik satu contoh produk rambut: Syampu Prosante.
Tiada sebarang bahan kimia bahaya sebab itu Shaklee  AMAT istimewa berbanding yg lain:
TIDAK Mengandungi Paraben
TIDAK Mengandungi Triklosan
TIDAK Mengandungi Phthalates
TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
TIDAK Mengandungi Glikol
TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
TIDAK Mengandungi Ammonia
TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
TIDAK Mengandungi Formaldehyde
TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
TIDAK Mengandungi Toulene
TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
TIDAK Mengandungi Pewarna
TIDAK Mengandungi Lemak Trans
TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

Cuba sahabat2 tengok bahan dlm syampu biasa di pasaran. Kebanyakannya ada bahan kimia bahaya iaitu Sodium Lauryl Sulfate (SLS), Sodium Laureth Sulfate (SLES), Paraben, Pewangi dari bahan kimia dan Polyethylene Glycol.

Jom beralih kepada yang selamat, semula jadi dan berkesan.

Salam sayang,
Kak Nas 0194706780

#ultimatefamily
#emeraldfamily
Mmm...manis sedap...sedikit masam. Rumusan saintifik campuran muscadine grape, polygonum cuspidatum, purple carrot dan european elderberry.

Sesudu kecil sebelum tidur dan segelas air kosong. Cukup. Rasa sesudu, tentu hendak lagi. Sehingga menjilat sudu...hehe.
Konsisten minum Vivix tiap2 malam sebelum tidur. Kak Nas pilih sebelum tidur sebab malam kurang ke tandas. Vivix berada lama dalam badan. Malamlah pembaharuan sel2 berlaku. Waktu malamlah badan melalui proses pembaikpulihan dan detoks. Ditambah dengan Vivix yang berfungsi dalam pembaikan, perlindungan sel, serta meningkatkan tenaga dan prestasi sel.

Dalam entry sebelum ini Kak Nas dah kongsikan kesan2 dialami. Pemulihan dari segi masalah kulit, rambut, tekanan darah, kolestrol dan gatal2 amat ketara.

Kak Nas nak ambik kesempatan, menyeru sahabat2 yang masih ada masalah kesihatan yang kritikal ataupun tidak, ambillah Vivix. Bantulah diri, dapatkan kesihatan yang diimpikan untuk badan kita.

Pm Kak Nas, 0194706780. Ramadhan dah masuk pertengahan bulan. Raya semakin menghampiri. Nak tambah tenaga, sihat untuk tambah ibadah, dan sambut raya...mulakan dengan Vivix. Insha Allah.
Uollss tidak akan kecewa dgn konsultasi akak.
Silakan...

#ultimatefamily
#emeraldfamily
#tsunamishaklee
* Nak hamil? Tapi belum dapat lagi? 

* Dah kawin tiga tahun dah, tapi macam belum ada tanda-tanda hamil lagi.

* Dah malu nak balik jumpa mentua. Asyik tanya anaknya, bila la mak nak dapat cucu.

Yang nak dapat anak, bukan main risau dan cuba pelbagai cara. 

Yang ada anak, mudah sangat dapat anak, hargailah anugerah dan amanatNya.

Bagi pasangan yang belum ada anak, bersabar. Baca pengisian yang akak bagi ni berkaitan dengan salah satu punca isteri atau wanita tidak hamil atau sukar hamil....... iaitu HAID TIDAK TERATUR.

Kajian mendapati 30-40% kes-kes sukar mendapat anak berpunca dari haid dan ovulasi yang tidak normal. Jika perkara ini amat membimbangkan, langkah pertama adalah berbincang dengan doktor anda.

Statistik tersebut menunjukkan ramai wanita mengalami haid tidak teratur, yang memang mengecewakan apabila melibatkan sukar untuk hamil.

Apa Hubungan Antara Ovulasi dan Haid Yang Tidak Teratur?


Ovulasi: penting kepada wanita kerana ia adalah penentu untuk wanita hamil atau tidak.

Bagaimana ovulasi terjadi?

Telur wanita yang matang dilepaskan dari ovarium. Akan turun ke tiub fallopia untuk disenyawakan dengan sperma dari suami. 

Jika persenyawaan tidak berlaku, telur akan turun bersama lapisan rahim sebagai darah haid.
credit:qsota.com 

Tidak semua wanita mengalami ovulasi setiap bulan. Ovulasi wanita akan terganggu jika badan tak keluarkan atau tak hasilkan jumlah progesteron yang mencukupi kerana hormon progesteron yang kawal kitaran haid.

Keadaan ovulasi yang tidak normal adalah kerana  tidak ada telur yang menyuburkan,  kurang kerap berovulasi atau  ovulasi tidak teratur.

Masalah ovulasi adalah disebabkan oleh:


1. Berat badan berlebihan - membawa kepada gangguan hormon.

2. Pengambilan ubat-ubat tertentu -juga mempengaruhi hormon-hormon wanita, dan mengganggu kitaran ovulasi wanita.
    
3. Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) - gangguan hormon yang menyebabkan ovari membesar dengan sista yang terbentuk di tepi ovari.

4. Gangguan tiroid - tiroid terlalu aktif atau tiroid kurang aktif juga menimbulkan masalah dengan tahap hormon dalam badan.

5. Kegagalan ovari pra matang ( menopaus pra matang ) - ovari wanita berhenti kerja sebelum mencapai 40.

Jadi, ada hubungan antara ovulasi yang tidak normal dengan haid yang tidak teratur iaitu ianya membawa kepada ketidaksuburan atau kesukaran untuk hamil.


Pernah alami keadaan haid tidak teratur?

1. Jarang atau terlalu kerap haid / period datang.
2. Tidak datang haid / period langsung.
3. Kekejangan.
4. Pembekuan darah.
5. Perubahan dalam tempoh masa haid / period.

Itu adalah antara simptom-simptom haid / period tidak teratur.

Rasa diri dah normal tetapi apa punca-punca haid/ period tidak teratur?

1. Senaman atau diet yang ekstrim.
2. Stress atau tekanan dari pelbagai punca.
3. Mengambil pil perancang keluarga.
4. Mengalami Polycystic Ovary Syndrome ( PCOS ) - Ketulan (cyst) terbentuk pada ovari.
5. Menyusu.
6. Baru mengalami keguguran.
7. Berumur
8. Penyakit-penyakit Lain:

        a. gangguan tiroid
        b. penyakit bawaan seks ( STD)
        c. diabetes
        d. pemakanan tidak teratur
        e. endometriosis - penyakit kronik apabila tisu endometrium didapati di luar rahim.

9. Ketidakseimbangan Hormon

Sebenarnya perubahan-perubahan hormon dalam badan wanita akan mengubah apa sahaja keadaan dialami seseorang wanita sebelum ini. 

Ketidakseimbangan hormon ini boleh dirawat dan rawatan yang  terbaik ialah menanganinya secara alamiah, tulen dan semulajadi. 

Jika anda mengalami haid / period tidak teratur, kesan-kesan berikut mungkin terjadi:

1.  Anda akan menjadi seorang yang tidak tenang. Kerisauan boleh berlaku kerana mungkin   ada sesuatu yang tidak kena. Anda disarankan berjumpa doktor sebagai berjaga-jaga dikhuatiri dihidapi penyakit PCOS atau gangguan tiroid atau penyakit-penyakit lain.

2. Sukar hamil.
Haid / period yang tidak teratur menyebabkan wanita sukar hamil jika  tidak mengalami ovulasi setiap bulan. Ovulasi ialah satu bahagian kitaran haid wanita di mana folikel ovari matang (sebahagian daripada ovari) melepaskan telur (juga dikenali sebagai ovum, oosit, atau gamet betina).

Tetapi, perlu diingati bahawa tidak mustahil juga untuk wanita mengandung walaupun haid tidak teratur. Semua ini adalah kerja Allah. Walau bagaimanapun, idea untuk mendapatkan nasihat atau rawatan doktor masih perlu dilakukan. 

Merawat Haid / Period Tidak Teratur:

1. Amalkan gaya hidup sihat - senaman dan makan makanan yang seimbang.
2. Dapatkan rehat yang mencukupi.
3. Atasi / tangani stress atau tekanan dengan berkesan.
4. Patuhi pengambilan ubat-ubatan mengikut arahan doktor.
5. Sentiasa berjumpa doktor untuk rawatan berkala.
6. Mengamalkan pemakanan yang semulajadi, selamat dan berkesan.

Cadangan yang terbaik yg dapat membetulkan masalah haid tidak teratur, tingkatkan kesuburan, inshaAllah, dengan pengambilan Set Kesuburan Shaklee seperti berikut: 


1. Vivix 
2. B Complex
3. GLA Complex

🍇VIVIX
Sel-sel tubuh yang diserang radikal bebas setiap hari menganggu fungsi-fungsi sel DNA kesuburan. Vivix menentang penuaan selular, masalah haid tak teratur yang diakibatkan oleh kerosakan DNA.

Vivix juga tingkatkan tenaga sel-sel haid dan kesuburan dengan menggalakan pembentukan mitochondria baru.

Sel-sel subur yang terjejas disebabkan penimbunan protin AGE (Advanced Glycation End Products).  Vivix melambatkan pembentukan protin AGE. 

Vivix akan membantu memelihara kesihatan ovari dan keseluruhan sistem peranakan dan sistwm kesuburan wanita.

🍇B COMPLEX

💫melawan tekanan yang menyebabkan haid tak teratur. Ia akan pastikan kesihatan fungsi saraf badan dan ovari, meredakan tekanan dan kemurungan wanita.

B Complex mencegah anemia dengan membantu pembentukan sel darah merah yang sihat bagi sistem peranakan.

B Complex akan merangsang aliran darah dalam tubuh  agar cukup bekalan termasuklah bahagian peranakan. 

B Complex amat baik untuk wanita senggugut dan melegakan keresahan, kegelisahan dan keradangan bagi yang mengambil ubat-ubat hormon dan tak sihat yang sememangnya sintetik.

🍇GLA COMPLEX

💫Mengawal selia estrogen. GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hotmon wanita.

GLA memperbaiki simpton pra haid seperti kesakitan, perubahan emosi, retensi air dan sakit payi dara.

💫GLA melambatkan menopaus. Tempoh untuk dapat anak adalah panjang lagi. Keadaan berkaitan menopaus diperbaiki seperti hot flashes, insomnia dan depresi. Pengambilan jangka panjang melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

💫Menentang kanser, sista atau fibroid - yang mengganggu haid wanita. GLA sebagai anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.


💫Melangsing dan menghalang pertambahan berat badan. GLA merendahkan kolestrol LDL dan menghalang berat badan dengan berkesan. Masalah haid tak teratur diatasi jika ianya disebabkan oleh berat badan berlebihan.

Omega-6 membantu merangsang kulit dan pertumbuhan rambut, mengekalkan kesihatan tulang, mengawal metabolisme, dan menyihatkan sistem pembiakan.

GLA Complex sering menjadi pilihan wanita untuk membantu mengekalkan kesihatan sepanjang kitaran haid bulanan. GLA digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan prostaglandin - bahan yang berperanan untuk mengawal atur pelbagai proses dalaman tubuh.

Selain biji bunga matahari sebagai sumber asid lemak Omega-6, GLA Complex ini juga diperkaya dengan Vitamin E bagi menyokong dan menguatkan sistem imun serta mengekalkan keutuhan sel.


Dapatkan Set Kesuburan sekarang.

  SMS / Whatsapp Nas 0194706780 atau email: NutrisiAlamiahTulen@gmail.com


😄😄😄TESTIMONI 😄😄😄
-----------------------------------------







Akak menderita tekanan darah tinggi cukup lama sangat.  Cuma,  tak tau yang simptom dihadapi adalah tekanan darah tinggi. 

Sakit tengkuk dan tegang leher cukup lama ditanggung.  Bahagian tengah dahi hingga ke mata selalu sakit. 


Tekanan darah tinggi adalah satu tanda saluran darah terlalu dibebankan.
credit: en.wikipedia.org







































Hinggalah semasa nak melahirkan anak ke 6.  Doktor kata akak ada masalah tekanan darah tinggi. Selepas bersalin, akak tak ambik kisah tentang tekanan darah tinggi. Walaupun simptom dulu masih dirasa. Tetap menanggung derita yang serupa. Lima tahun lagi akak biarkan.....

Hamil anak ke 7, checkup pertama tekanan darah cecah 180/140. Melompat nurse. Terkejut. Terus hantar akak ke hospital. Warded! 

Begitulah kisah menderita tekanan darah tinggi. Sepanjang masa mengandung, selalulah keluar masuk wad, sehingga terpaksa ambik ubat hospital untuk atasi masalah darah tinggi.

" You anak ramai, kalau apa2 terjadi pada you, siapa nak jaga anak2 you semua", begitulah prihatinnya doktor menasihati akak.

So, akak ikutlah arahan doktor sehingga selesai bersalin. Ambik ubat kawal tekanan darah tinggi. Pada masa yang sama, dalam fasa akhir hamil, akak sempat juga makan Omega untuk kesihatan minda baby dalam kandungan. Kesan doa dan Omega terhadap anak akak ini memang menakjubkan.

Selepas bersalin, akak langsung tak ambik ubat darah tinggi. Bukan sebab sah sembuh, tetapi sebab doktor kata tunggu tengok selepas pantang.

Tekanan darah tinggi akak memang kurang, tetapi sedikit sahaja.  Selalunya di sekitar 155-164 bacaan sistolik. Maknanya akak sudah masuk zon merah... kawasan yang paling bahaya.


credit:www.azaadpakistan.com


Sekarang akak dah dapat kawal tekanan darah tinggi. Akak dah jumpa  cara yang tak bahaya... selamat, berkesan dan natural.

Bagaimana akak atasi tekanan darah tinggi tanpa ubat hospital? Walaupun doktor kata " once U dah ada high bp, susah mau turun".

Akak hormati doktor tersebut sebab itu yang dipelajarinya.

Akak pun ada pelajari juga. Melalui pemakanan, kita boleh kawal dan atasi tekanan darah tinggi dan lain-lain penyakit. Hanya melalui pemakanan natural...

Apa akak makan sehingga akak dapat keluar dari belengggu tekanan darah tinggi?

Sebelum tu, akak nak sampaikan punca-punca tekanan darah tinggi:


a. Keturunan
b. Perokok
c. Wanita hamil
d. Wanita ambil pil perancang
e. Berumur lebih 35 
f.  Makan terlalu banyak makanan berlemak dan bergaram
g. Ada masalah tidur

Jadi, akak rasa punca akak dapat tekanan darah tinggi adalah a, c, e,f dan g. Banyak betul punca. Patut la tinggi sangat.

Tekanan darah tinggi yang tak terkawal merosakkan arteri, jantung, mata, buah pinggang, terjejas fungsi seksual, dan otak.

Paling sadis ialah berlakunya strok!


credit: seniorcitylocal.com

Anak-anak kecil lagi. Tanggung jawab banyak. Sebab itu akak sentiasa mohon daripadaNya, berikanlah kesihatan dan badan yang bebas dari segala penyakit. Usaha kena ada, bukan berserah begitu saja.


Cara-cara atasi tekanan darah tinggi:

1. Makan cara seimbang - kurangkan makanan tinggi kolestrol.

2. Kurangkan makanan tinggi sodium.

3. Konsisten bersenam minimum 30 minit sehari.

4. Turunkan berat badan.

5. Berhenti merokok

6. Kurangkan pengambilan kafein.

7. Kurangkan stress

8. Sentiasa perhatikan tekanan darah tinggi di rumah.

9. Selalu berjumpa doktor.


Ok. Ini apa yang akak buat untuk bebas dari masalah tekanan darah tinggi.

Pertama: 

Akak buat Detoks Parasit. 

Boleh feel pengalaman akak detoks dengan klik link ini.

 ---Pengalaman Detoks Parasit---

Kedua: 

Konsisten mengamalkan Set Darah Tinggi terbaik di bawah:

Vivix + Omega Guard + Garlic Complex + Lecithin

Vivix
* Menstabilkan tekanan darah
* Merawat kerosakan salur darah dan jantung akibat darah tinggi

OmegaGuard
Mencegah penyakit saluran darah dan strok.
  Dalam Omega ada DHA dan EPA
 * yang menentang thrombosis.
 * memberi tekanan darah yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan           saluran darah.
 * molek sangat untuk beri tekanan darah normal.
 * membebaskan dari rasa tegang dileher atau sakit kepala.
 * yang menghindari kolestrol.
 * elak pembekuan darah dalam badan.

Garlic Complex
 * Menurunkan tekanan darah tinggi.
 * Menurunkan kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah.
 * Mengurangkan bekuan darah.
 * Tingkatkan HDL.
 * Lindungi jantung.
 * Halang strok dan penyakit koronari.

Lecithin
 * Pembersih salur darah yang baik.
 * Bantu mengemulsi dan metabolisme lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh.
 

Testimoni Vivix bagi penghidap tekanan darah tinggi:







Hubungi akak, Nas 0194706780 untuk dapatkan Set Atasi Tekanan Darah Tinggi. Konsultasi lengkap dan mesra akan diberikan.

Akak juga buat penghantaran ke seluruh Malaysia melalui poslaju.
Penghantaran, COD, bagi yang tinggal dalam kawasan Kuala Kangsar, Sungai Siput, Taiping dan Ipoh.

Nas Ibrahim,
SID: 1213206












Subscribe to: Posts ( Atom )

Salam Perkenalan, Semoga Anda dapat Manfaat dari Blog Ini


I'm Nas Ibrahim - A mother of 7 energetic and lovely children. Working part time as Shaklee Distributor. Support healthy consumptions and lifestyles.

Contact me 0194706780 for Shaklee products and consultation.

Paling Diminati

  • Set Kulit Untuk Muka Yang Rosak. Wajib Ambil Kalau Nak Cantikkan Kulit.
    Anda pakai produk-produk penjagaan muka , dengan harapan agar muka anda menjadi bersih, licin, berseri dan dapat merawat kulit agar kekal si...
  • Cara Pulih Cepat Sakit Bersalin Cesarean
    Pengalaman bersalin berbeza-beza antara satu sama lain.  Bersalin Cara Cesarean ( pembedahan ) credit:  www.medscape.co Kesan2 fi...
  • Set Vitamin Untuk Wanita Menopause atau Akan Menopause
    Wanita yang akan menghampiri menopause atau sedang menopause amat memerlukan supplemen tambahan berupa vitamin yang selamat dan berkesan sup...
  • Pengedar Shaklee Kuala Kangsar: Konsultasi Terbaik dan Penghantaran Pantas Untuk Anda
    Salam sayang :)  Selamat datang ke blog saya. Saya Pengedar Shaklee Bertauliah. No. ID: 1213206 . No Telefon: 0194706780 ...
  • Apa dan Punca Menopause
    Apa itu menopause? Menopause dalam bahasa mudah ialah putus haid. Ianya adalah normal, yang akan dialami semua wanita yang sempat memasuki...

Produk Shaklee

Advanced Joint Health Complex Alfalfa Complex B Complex CarotoMax Chewable Vita-C Plus Cinch shake Cinch tea Collagen Powder ESP ESP Soy Protin Enfuselle GLA Complex Herbalax Lecithin Meal Shakes NutriWhite Shaklee Omega Guard Ostematrix Sustained Release Vitamin-C Plus Vita-Lea Vita-Lea for Children Vitamin E Vivix Water Pitcher performance drink

Arkib Blog

  • ►  2019 (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (1)
  • ►  2018 (38)
    • ►  September (5)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (7)
    • ►  February (6)
    • ►  January (10)
  • ►  2017 (116)
    • ►  December (9)
    • ►  November (5)
    • ►  October (10)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (13)
    • ►  February (17)
    • ►  January (25)
  • ▼  2016 (163)
    • ►  December (18)
    • ►  November (14)
    • ►  October (19)
    • ▼  September (16)
      • Awas Dengan Produk Bahaya Rawat Jeragat
      • Kenapa ibu dalam pantang mesti ambil Garlic Complex?
      • Kuat ke sistem pertahanan badan kita?
      • Anda Sedar Tak Yang Anda Tak Cukup Asid Amino
      • Atasi Keracunan Makanan Dengan Vitamin-vitamin Sha...
      • Pengedar Shaklee Taman Molek, Johor Bahru
      • Mampu Pandu Jauh Tanpa Letih dan Mengantuk Dengan ...
      • Produk Shaklee Paling Selamat
      • Penangan Minum Vivix Shaklee
      • Pilihan Set Selamat Tingkatkan Kesuburan Akibat Ha...
      • Bagaimana Saya Berjaya Atasi Tekanan Darah Tinggi
      • Cara Mudah Daftar Ahli Shaklee Untuk Jadi Pengguna...
      • 7 Sebab Kukuh Saya Yakin Serbuk Protin Soy Shaklee...
      • Tip Hilangkan Tompok Hitam Tudung Akibat Terendam ...
      • Cara Putihkan Kulit Lutut dan Siku
      • PENGEDAR SHAKLEE SUNGAI SIPUT, PERAK
    • ►  August (22)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (9)
    • ►  April (12)
    • ►  March (23)
    • ►  February (5)
    • ►  January (9)
  • ►  2015 (26)
    • ►  December (26)

Follow Nas

Nutrisi Alamiah Tulen

Create Your Badge

Skincare Paling Selamat, Berkesan Untuk Kulit Normal dan Bermasalah

Skincare Paling Selamat, Berkesan Untuk Kulit Normal dan Bermasalah
100% Vegan, Bebas 1500 Bahan Kimia Bahaya

Hubungi Nas






Peringatan Penting

Gunalah produk-produk kesihatan dan kecantikan yang bermutu, selamat, alamiah, tulen, semula jadi dan halal.


Nas Ibrahim, Pengedar Sah Shaklee, ID: 1213206

Tel: 0194706780

Copyright 2014 Healthy Life, Happy Life.
Designed by OddThemes