Healthy Life, Happy Life
  • Laman Utama
  • Profil
  • Shaklee
    • Set Kanak-Kanak
    • Set Kehamilan
    • Set Kecantikan
    • Daftar Keahlian
  • Belian Online
  • Penafian
Home Archive for June 2016
Kitaran jadual ramai wanita bekerja di bulan puasa:

Bangun, solat Tahajjud, sediakan sahur.

Solat Subuh, kemas dapur serba ringkas, uruskan anak2 ke sekolah. Uruskan diri untuk ke tempat kerja serta uruskan keperluan baby/anak kecik.

Angkut beg, angkut anak kecik masuk keta, zoom.. hantar anak ke rumah pengasuh. ( sampai bila begini?).

Hantar anak besar ke sekolah.

Kemudian fokus tugasan wajib.

Solat Zohor.

Ambik anak di sekolah.

Ambik anak di rumah pengasuh.

Pengurusan diri.

Urus keje lain sambil layan anak2.

Solat Asar.

Urus rumah.

Masuk dapur, tung tang tung tang...
Siapkan untuk berbuka.
Sambil layan anak2.

Pengurusan diri.

Berbuka, Solat Maghrib, baca Quran, kemaskan dapur serba ringkas.

Solat Isya' dan Terawih. Baca Quran.

Bersama keluarga dan anak2 sambil buat keje tambahan.

Dah 11 malam.
Masih cergas, bertenaga.

Kena tidur juga..tidur pun perlu untuk stay healthy jugak.

Hampir sebulan begini tapi kenapa boleh bertahan?

Lagi2 jika ibu2 mengandung atau ibu2 menyusu.. atau wanita berkerjaya lain, yang keluar 7 pagi sampai rumah 7 malam, atau wanita keje shift atau para doktor yang on call lebih berbelas2 jam.

Satu rahsia: Pengambilan Set Wajib Ramadhan ( Performance Drink, Meal Shakes dan ESP ) banyak membantu wanita2 yang sentiasa sibuk yg penuh dengan tanggungjawab.




Akak pun sama, pengguna setia Mighty 3 Gems bulan pose ni. Lain bebeno tenaga berbanding dulu2 dan tahun ni...punya penangan PD, Meal Shakes dan ESP.

Pose masih ada 11 hari, cepat2 order Set Mighty Gems ini. Dah habis pose pun tak rugi beli untuk tenaga dan zat lengkap sepanjang hari, sepanjang minggu dan sepanjang tahun.

Nas. 0194706780
Pm laju2.


Mmm...manis sedap...sedikit masam. Rumusan saintifik campuran muscadine grape, polygonum cuspidatum, purple carrot dan european elderberry.

Sesudu kecil sebelum tidur dan segelas air kosong. Cukup. Rasa sesudu, tentu hendak lagi. Sehingga menjilat sudu...hehe.

Konsisten minum Vivix tiap2 malam sebelum tidur. Kak Nas pilih sebelum tidur sebab malam kurang ke tandas. Vivix berada lama dalam badan. Malamlah pembaharuan sel2 berlaku. Waktu malamlah badan melalui proses pembaikpulihan dan detoks. Ditambah dengan Vivix yang berfungsi dalam pembaikan, perlindungan sel, serta meningkatkan tenaga dan prestasi sel.

Dalam entry sebelum ini Kak Nas dah kongsikan kesan2 dialami. Pemulihan dari segi masalah kulit, rambut, tekanan darah, kolestrol dan gatal2 amat ketara.

Kak Nas nak ambik kesempatan, menyeru sahabat2 yang masih ada masalah kesihatan yang kritikal ataupun tidak, ambillah Vivix. Bantulah diri, dapatkan kesihatan yang diimpikan untuk badan kita.

Pm Kak Nas, 0194706780. Ramadhan dah masuk pertengahan bulan. Raya semakin menghampiri. Nak tambah tenaga, sihat untuk tambah ibadah, dan sambut raya...mulakan dengan Vivix. Insha Allah.
Uollss tidak akan kecewa dgn konsultasi akak.
Silakan...
Selamat ke guna produk Shaklee? Dok makan vitamin Shaklee, tak ada masalah pada buah pinggang?

Kekeliruan dan persoalan tersebut sering didengari. Kak Nas sendiri dulu pun kurang yakin juga. Ya lah...masa tu tak ada ilmu, dan tak mau cari ilmu. 

Tapi sekarang kenapa pulak rasa selamat dan selesa guna produk Shaklee? Ilmu dah ada, kesedaran pun timbul. Keyakinan tinggi menggunung. Maklumlah, inilah kali pertama, setelah banyak produk digunakan, yang sangat menampakkan impak positif kepada Kak Nas.

Dah berbulan makan dan guna, badan semakin sihat, masalah2 kesihatan pun semakin kurang, Kak Nas semakin rasa yakin dan selamat dengan Shaklee.

Contoh. Gambar yg Kak Nas bagi ni ialah produk2 yang Kak Nas guna untuk merawat salah satu masalah utama, derita berpuluh tahun, masalah rambut semakin menipis dan kulit kepala yang gatal2.
Vivix, Collagen Powder, BComplex, ESP, Zinc dan Syampu Prosante.



Kena guna yang lengkap sebab masalah amat kritikal.

Impak Kak Nas dapat: gatal2 kulit kepala hilang, rambut semakin galak tumbuh semula, garisan kulit kepala yang ketara jelas kerana keguguran rambut pun semakin tak nampak dah....Rambut semakin lebat dan tak rasa rimas... Syukur ya Allah.

Kak Nas ambik satu contoh produk rambut: Syampu Prosante.
Tiada sebarang bahan kimia bahaya sebab itu Shaklee AMAT istimewa berbanding yg lain:
TIDAK Mengandungi Paraben
TIDAK Mengandungi Triklosan
TIDAK Mengandungi Phthalates
TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
TIDAK Mengandungi Glikol
TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
TIDAK Mengandungi Ammonia
TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
TIDAK Mengandungi Formaldehyde
TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
TIDAK Mengandungi Toulene
TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
TIDAK Mengandungi Pewarna
TIDAK Mengandungi Lemak Trans
TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

Cuba sahabat2 tengok bahan dlm syampu biasa di pasaran. Kebanyakannya ada bahan kimia bahaya iaitu Sodium Lauryl Sulfate (SLS), Sodium Laureth Sulfate (SLES), Paraben, Pewangi dari bahan kimia dan Polyethylene Glycol.

Jom beralih kepada yang selamat, semula jadi dan berkesan.

Salam sayang,
Kak Nas 0194706780
First aid kit akak kat umah lain sikit. Hehe.
Dah syok guna produk semula jadi, sebab yakin selamat dan berkesan pulak:




1. Sustained Release Vitamin C Plus. Akak baru je baik dari demam. Sakit kepala yg teruk hilang selepas makan 3 biji Vit C ni. Cepat betul Allah sembuhkan. Selepas itu ambik lagi 3 biji, batuk selesema dan kahak 70% pulih.

Langsung tak ambik ubat paracetamol atau panadol.

2. Dulu, masa balik kampung, anak no 6, Zaim demam teruk juga, ada bengkak lagi kat leher. Masa tu hanya ada Nutriferon. Jadi akak bancuh Nf dalam air minumnya.

Nutriferon ni elok utk kukuhkan sistem imun dlm masa 3 hari, lindung dari influenza dsb.

3. Zinc Complex ni akak ambik harian utk aktifkan 200 jenis enzim dan membentuk kolagen.

Perlu ada stok ini untuk percepatkan sistem imun dan percepatkan pemulihan luka. Jika anak2 luka, hancurkan zink dan tabur ke atas luka.

4. Peppermint ginger plus akak bagi pada asben yg selalu dapat pedih ulu hati. Baru je bagi kat anak pompuan no 5 yg sakit perut akibat period.
Banyak lagi guna Peppermint ni. Loya dan muntah ibu hamil, batuk, kahak, cirit birit dll.



Hubungi Nas 0194706780 untuk dapatkan vitamin sebagai first aid kit kat rumah atau pejabat.


Apa dlm handbag tu? Haa..ada compartment rahsia. 

Tapi ruang yang ni tiada rahsia. Lagi akak nak bagi tengok sebab akak rasa semua org kena bawa ni ke tempat keje atau ke mana saja. Dalamnya ada:

# pill box - boleh isi banyak jenis vitamin. Yang normal akak isi dengan vitamin yang setiap hari kena ambik : Sustained Release Vitamin C Plus, Alfalfa Complex, Lecithin, Omega Guard dan GLA. Pagi2 hanya sempat minum ESP n Mealshakes. Yang lain mesti ambik kat tempat kerja atau semasa on the go.

# bekas kecil berisi ESP. Ni spare...time lapar waktu tengahari atau petang. Jika malas nak makan...ESP pun memadai. Kenyang dan bertenaga.

# NW Ultimate Protection - selepas solat, reapply lotion ni. Maklumlah muka sensitif dan cuaca sentiasa panas. Kena ada protection dr UV.
Natural dari pati2 botani seperti mulberi, mountain arnica dan lain-lain.

# Shaklee flyers - ada peluang, kongsi kebaikan. Dakwah berterusan kat mana saja. Pendidikan kesihatan dan perniagaan. Lalu kat kawasan parking, selit dua tiga kat kereta jika sempat. 

Wassalam.

Nak beli vitamin, nak dapatkan nasihat berkaitan pemakanan semula jadi untuk kesihatan atau atasi masalah kesihatan? Hubungi Nas 0194706780
Assalamualaikum. Salam Nuzul Quran. Cuti harini.
Kebetulan demam teruk semalam. Pagi ni rasa ok sikit. Kepala dah tak rasa berat. Semalam tak boleh angkat. Jalan huyung tapi tetap hadapi macam biasa. Maklumlah, tanggungjawab banyak. Semalam sebelum tidur, ambik 3 biji SR Vitamin C dan segelas Performance Drink. Pagi sahur dengan sedikit nasi, susu segar, organic oat, Mealshakes, Vivix, Vita C, Vita Lea. Semoga Allah sembuhkan.
.
Hadiah istimewa buat yang tersayang?
.
Ermmm...nak pilih satu yang tersayang. Suami, anak-anak, ibu bapa mentua, adik beradik, anak2 saudara? Mak ayah sendiri dah meninggal. Alfatihah buatmu mak ayah. Semoga mak ayah dimasukkan ke dalam golongan yang Engkau redhai, ya Allah. Amiin.
.
Dalam ramai-ramai tu, Kak Nas buat keputusan untuk pilih yang terdekat, yang mengalir darah kita dalam badannya.
.
Anak2. Pilih semua anak. Sukar nak pilih yang mana satu sebab semuanya anak ummi.
.
Jadi 7 anak akan diberi hadiah ini. InshaAllah. Nak decide hadiah apa agak sukar sebab ramai kan. Dalam kepala terlintas pakej umrah tetapi perlu planning yang rapi dan terancang sebab melibatkan ramai.
.
Jadi, Kak Nas pilih yang mudah untuk dipenuhi untuk semua anak.
.
Hadiah ini mestilah tidak habis begitu sahaja. Ada nilai pelaburan supaya dapat membantu keperluan mereka apabila dewasa atau tua nanti walaupun tak banyak. Mudah disimpan dan nilainya sentiasa meningkat.
.
BAR EMAS!!! Seorang 100g bar emas. Ukuran kasar nilaian sekarang ialah RM16,900 satu bar. Untuk 7 orang? Boleh beli runcit2 dari bonus Shaklee. Kalau dapat beli sekaligus, lagi elok. InshaAllah.
.
Dalam tempoh jangka panjang nilai emas akan sentiasa meningkat. Jadi, apabila tiba masa yang sesuai, ummi akan hadiahkan anak2 satu bar emas untuk kegunaan mereka apabila sampai umur tertentu.
Terpulang kepada mereka untuk buat apa pulak dengan bar emas tersebut. Walupun nilainya tidaklah begitu besar, bolehlah mereka gunakan jika nak sambung belajar, buat modal biz ( sertai Shaklee jugak!), belanja buat haji atau umrah, belanja perkahwinan, beli aset tetap lain dan sebagainya asalkan bermanfaat.
Doakan ummi ya anak2.
Lagi satu, Kak Nas ingin melatih anak2 bahawa simpan emas boleh memupuk sikap yang ada pada orang kaya-kaya iaitu suka kumpul harta. Juga ciri yang perlu ada dalam keturunan oghe Kelate.
Mesra Muslimah tentu setuju, apatah lagi Kak Nas boleh deal terus denganmu mek Kelate.:)
Selain dari ilmu yang diberikan, mungkin sedikit ini dapat membantu anak2. Kebahagiaan anak2 kebahagiaan ibu bapa juga. Aamiin Ya Wahab, Ya Wahab, Ya Wahab, Ya Wahab....

1. Emas bar sri ayu
2. tren harga emas menaik dlm jangka panjang



Ingin tambah pendapatan dengan biz Shaklee? Hubungi Nas 0194706780

Anak-anak kecil sedang melalui proses pembesaran. Ibu bapa perlu pandai mengatur dan menyusun keperluan dan kehendak anak-anak.

Bercerita tentang dugaan digital alaf baru, mendidik anak-anak menjadi semakin mencabar dan menduga kesabaran. Anak-anak, jika tak diberi langsung menonton TV, kita akan rasa macam menzalimi mereka. tetapi hidangan yang dipersembahkan dalam TV sering membuatkan ibu bapa menjadi resah. Belum lagi diambil kira segala serangan dari internet.

Balik kepada tujuan asal post ini iaitu kartun Boboi Boy. Sebagai ibu yang tak berapa nak ikut jalan cerita Boboi Boy, akak beri juga peluang anak-anak melayan kartun BoboiBoy. Tengok watak dan gambar macam hampir sama dengan kartun Upin Ipin. Kira alrite lah.

Suatu hari, akak terkejut apabila anak berusia tiga tahun mengeluarkan ayat " Tak Guna!" apa perasaan seorang ibu apabila anak kecil, yang tiada dosa dan cela, boleh keluarkan perkataan yang akak anggap agak biadap. Tak kira penggunaan dalam apa situasi sekalipun oleh anak kecil 3 tahun.

Selepas itu, pengasuh anak melaporkan. " harini Harraz sebut "Tak Guna" ". Apa rasa? Malukan. Bagaimana seorang ibu yang kononnya ada pendidikan boleh mengajar anak kecil perkataan tersebut.

Mulai dari saat itu, akak nasihatkan anak kecil, " Harraz sayang, tak elok sebut tak guna. Dosa tau".

"Mulai hari ini, ummi tak benarkan tengok kartun Boboi Boy. Juga mana2 kartun yang suka menggunakan perkataan kesat, maki hamun."

Maaf kepada penerbit Boboi Boy. Tak kira untuk anak yang usia mana pun, sebagai filem kartun, sudah pasti anak-anak yang suka. Perkataan begitu perlu dibuang. Pasangkan niat untuk berkarya sambil mendidik. Fikirkan impak kepada generasi kita. Generasi Melayu dan Islam.

Akak juga perasan beberapa filem kartun yang dialih bahasa juga banyak menggunaan perkataan " tak guna".  Pihak yang berkenaan perlu peka dan buat perubahan.

Rakyat Malaysia terkenal dengan budi bahasa tetapi budi bahasa semakin hilang. Media komunikasi sangat memainkan peranan kerana dari situlah salah satu cara anak-anak mempelajari perkataan dan bahasa.

Sayangi anak-anak kita, sayangi generasi Malaysia. Budi bahasa budaya kita...
Jom buat ujian sikit. Nak tahu anda ada banyak otot paha atau banyak lemak paha.

credit: mybigfatlegs.yolasite.com
Ready? Mula-mula luruskan paha anda. Tegangkan otot paha. Cubit lapisan atas lemak dan kulit paha anda. Jika bahagian cubitan tu besar, konpom lemak yang membesarkan paha anda.  Anda mungkin juga sedang menderita ada banyak selulit.

Jka yang anda cubit tu sikit je, maknanya anda ada otot besar dan sikit lemak, sikitlah selulit. Itupun jika ada.

Apa punca paha BESAR?

1. Jantina

Lelaki dan wanita mempunyai simpanan lemak yang berbeza. Hormon seks mempengaruhi simpanan lemak.  Hormon estrogen "mengarahkan simpanan lemak di kawasan pelvis, punggung, luar dan dalam paha wanita. Lemak ini adalah membantu dalam fungsi wanita dalam pembiakan dan penyusuan.

Hormon testosteron pula membuatkan lelaki simpan lemak di bahagian perut.

2. Bentuk badan

Wanita berbentuk buah pear dikatakan lebih menderita dengan paha dan punggung besar, sementara wanita berbentu kon akan memiliki paha dan kaki yang slim.Oleh itu, wanita pear kena kerja lebih kuat untuk kecilkan paha.

3. Lemak

Paha anda besar sebab ianya tempat storan lemak! Paha anda boleh menjadi slim jika anda dapat ukuran lemak badan sekitar 18%. Maknanya, jangan putus asa, lemak paha boleh dibuang, cuma perlukan masa. Gunalah kalkulator lemak badan untuk ukur peratus lemak badan anda. 

Nak slimkan paha, anda mesti "bakar lemak". Senaman paha yang sesuai amat disarankan tetapi ada juga senaman hanya membina otot paha agar lebih cantik dan kemas tetapi TIDAK membakar lemak.

4. Otot

Otot paha yang besar juga mungkin penyumbang kepada paha besar anda. Otot paha sukar dibuang. Lagipun kenapa nak buang? Otot bermakna sihat, tidak lemak! Tetapi anda masih ada cara nak kecilkan paha yang berotot.

Bagaimana anda boleh slimkan atau kecilkan paha anda melalui pengambilan pemakanan semula jadi?


Mengecilkan paha perlu dengan cara membakar lemak seluruh badan. Lemak bahagian paha adalah lemak bahagian terakhir akan hilang selepas senaman dan diet yang betul.
Sebab itu, anda sangat-sangat perlu ada keazaman yang tinggi untuk mengecilkan paha.
Tetapi, ingat, hasilnya... anda akan senyum sepanjang masa!

Senaman kardio dan diet pengawalan kalori akan membantu anda hilangkan lemak. Diet yang dicadangkan terbukti berkesan, adalah dengan kaedah DETOKS CARA SHAKLEE. Penulis sendiri telah menjalani detoks ini dan keberkesanannya amat memeranjatkan. 

Berat badan dari 52 kg turun kepada 47 kg dalam tempoh sebulan sahaja! Dan tanpa disedari, paha tidak berlaga lagi sewaktu berjalan. Walaupun penulis termasuk dalam kategori kurus, tetapi jenis Skinny Fat. Banyak lemak terkumpul pada organ-organ, termasuklah pada PAHA. 'Body age' pun turun dan di bawah usia sebenar sebanyak 24 tahun.

Kesan sampingan detoks ini pun amat banyak.

Jom baca ----------- Pengalaman Detoks

Bagaimana Detoks Shaklee membantu mengecilkan paha anda?

Inilah paha idaman yang bukan sahaja cantik tetapi
 selesa waktu berjalan atau berlari!
credit: www.aliexpress.com

Jika dapat kecilkan paha beginipun, tentu gembirakan?
credit: www.crhphotos.com dan honeybadgermom.com



Hubungi Nas 0194706780 untuk 
Konsultasi Detoks Cara Shaklee 
dan dapatkan Set Detoks Shaklee.












Rujukan:

http://www.superskinnyme.com/slim-thighs.html




Pedih ulu hati:

Seseorang itu merasakan sensasi seperti terbakar atau rasa panas dan pedih di bahagian dada ataupun di bahagian tengah perut betul2.

Pedih ulu hati selalunya dpt dirasakan naik dari dada ke leher, tekak dan juga rahang.



Punca-punca pedih ulu hati?

1. Penyakit refluks gastroesofagus (GERD).

Penyakit ini terjadi apabila sfinkter di bahagian bawah esofagus yg menghalang asid daripada perut naik ke esofagus anda gagal berfungsi dengan baik.

Gejala2 lain:

Susah dan sakit apabila menelan, sakit dada dan banyak menghasilkan air liur.

2. Sakit Jantung

Masalah jantung juga mungkin menjadi penyebab masalah pedih ulu hati.  0.6% daripada pesakit yang ada masalah pedih ulu hati telah dikenal pasti menghidapi sakit jantung yang boleh membawa kepada serangan jantung.

3. Faktor-faktor lain 
Kehamilan, makanan dan ubat-ubatan tertentu, stress, merokok,  pengambilan alkohol dan juga obesiti.

Pedih ulu hati yang berpunca dari refluks asid biasanya:

   * tidak merebak ke bahagian bahu dan juga tangan.
   * berlaku selepas makan dan semasa baring.

     Apabila  makan, perut akan mengeluarkan asid untuk melancarkan pross pencernaan,     
     pada masa ini lah asid tersebut akan naik dan masuk ke dalam esofagus.

   * gejala pedih ulu hati dapat dilegakan dengan cepat apabila ubat yang meneutralkan asid      seperti antasid diambil. Namun begitu,10% daripada pesakit serangan jantung juga      
     merasa lega apabila diberikan antasid.

   * semasa anda mengalami pedih ulu hati, anda tidak atau jarang berpeluh seperti yang    
     berlaku kepada pesakit serangan jantung.

NASIHAT PERUBATAN:

Perlu berjumpa doktor sekiranya sakit pedih ulu hati disebabkan oleh penyakit GERD. Rawatan perlu untuk mencegah lapisan esofagus daripada terus rosak dan hancur 
disebabkan asid yang masuk ke dalam esofagus itu.

Rawatan yang sesuai ialah perubahan cara hidup, pengambilan ubat atau pembedahan.


PERUBAHAN PESAKIT PEDIH ULU HATI PERLU LAKUKAN BERKAITAN DENGAN PEMAKANAN:

1. Elakkan makan 2 jam sebelum tidur.
2. Berhenti merokok kerana merokok boleh menjejaskan fungsi sfinkter esofagus anda yang     mengawal refluks asid ke dalam esofagus.
3. Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Contohnya, makan 4-6 kali sehari dalam         kuantiti  yang sedikit. Adalah lebih baik daripada makan sebanyak 3 kali dalam kuantiti    
    yang besar.
4. Elakkan makan makanan berlemak dan pedas kerana memberi kesan kepada lapisan    
    perut dan esofagus. 
    Makanan yang berasaskan tomato, bawang putih, lada hitam, jus sitrus adalah antara     
    makanan yang memburukkan sakit pedih ulu hati.
    Oleh itu, cuba elakkan makanan2 ini atau ambil dalam kuantiti yang sedikit. 
    Kurangkan atau berhenti meminum kopi dan teh.

Pemakanan yang sesuai untuk pesakit pedih ulu hati ialah Energyzing Soy Protein:
Testimoni penggunaan ESP untuk pedih ulu hati:

Dah boleh puasa dengan lengkap, masalah gatal-gatal kesan ubat dah hilang, makan pun kurang pantang dah.
Sakit gastrik hilang dengan ESP, puasa pun tiada masalah.

Hubungi Nas, 0194706780 untuk mendapatkan ESP atau konsultasi.
Sedia membantu....




Kadang-kadang individu tertanya-tanya apa yang menyebabkan dia mendapat gastrik. Gaya hidup lebih kurang sama je kan dengan rakan lain tapi anda ada gastrik, rakan tak ada.

PUNCA-PUNCA GASTRIK

Kerengsaan

Akibat daripada  * pengambilan alkohol berlebihan.
                           * mengalami muntah kronik
                           * mengalami tekanan
                           * selalu menggunakan ubat-ubatan tertentu seperti aspirin atau ubat-                                        ubatan anti-radang yang lain.

Wujud Bakteria Helicobacter pylori (H. pylori)

Bakteria ni hidup dalam lapisan mukus perut. Jika gastrik tak dirawat, jangkitan ini mungkin menyebabkan ulser, dan paling menakutkan jika terjadinya kanser perut.

Gastrik Ulser

 Anemia pernisius

Anemia ini terjadi apabila perut tidak mempunyai bahan semula jadi yang diperlukan untuk menyerap dengan baik dan mencerna vitamin B12.

Refluks hempedu

Pengaliran balik hempedu ke dalam perut dari saluran hempedu (yang menghubungkan kepada hati dan pundi hempedu).

Simptom Penyakit Gastrik

Ada orang yang ada simptom atau gejala gastrik, tetapi bagi yang ada simptom, ianya berbeza-beza antara individu.

Jika anda ada mengalami antara simptom-simptom gastrik di bawah, kemungkinan anda ada penyakit gastrik, dan silalah berjumpa dengan doktor untuk membuat pengesahan dan rawatan gastrik selanjutnya.


/ Loya atau sakit perut yang berulang-ulang.
/ Kembung perut.
/ Sakit perut.
/ Muntah.
/ Senak
/ Rasa membakar atau sakit seperti gigitan di dalam perut di antara waktu makan atau pada     waktu malam.
/ Tersedu.
/ Hilang selera makan.
/ Muntah darah atau keluar bahan seperti warna kopi / tanah
/ Najis hitam

Pelbagai Kisah Pesakit-pesakit  Gastrik:

1) Saya dah 3 minggu sakit perut, muntah, pedih ulu hati. Makan ubat klinik pun tak jadi apa. Minum susu dah bergelas gelas. Tapi takda perubahan. Selera makan pun dah takde. Nak buat macam mana ni yee? 

2) Saya lelaki, berusia berusia 69 tahun. Saya tidak pernah mempunyai masalah yang serius mengenai asid refluks. Baru-baru ini apabila meludah, keluar darah berwarna merah terang. Saya meludah darah selama sembilan hari berturut-turut dan dua kali terdapat cukup banyak pendarahan. Tidak ada darah dalam air kencing atau najis saya. Saya juga tidak muntah atau alami ketidakselesaan lain. Selepas sembilan hari saya tidak mempunyai masalah lagi. selepas berjumpa doktor, saya menjalani endoskopi dan didiagnosis sebagai mempunyai Gastritis dan Hiatial Hernia. Saya telah berikan Prevacid. - Lelaki F.

3) Saya sakit pada bahagian atas perut kiri dan di antara tulang belikat. Saya juga terasa berat di dada saya selepas makan dan baru-baru ini terasa seolah-olah makanan telah terperangkap dalam tekak saya. Doktor lakukan endoskopi dan dimaklumkan bahawa saya mempunyai gastritis ringan. - wanita L.

4) Gastritis saya bermula dengan rasa senak tetapi ia tidak hilang. Pada masa yang sama, saya mula mengalami sakit belakang pada bahagian tengah yang benar-benar menganggu aktiviti seharian. Selepas seminggu ia mula membuatkan saya bangun pada waktu malam; rasa terbakar, sakit yang berapi-api yang hilang sekejap dengan pelega kesakitan yang kuat. Makan sudah tidak sama sekali menarik bagi saya. - Wanita, G.

5) Saya telah disahkan menghidap gastrik dan H. pylori. Saya mempunyai sakit yang teruk dan sakit di bawah tulang rusuk kanan saya terasa bergerak ke belakang saya.- Wanita J.

JANGAN BIARKAN MASALAH GASTRIK MENGANGGU KESIHATAN DAN KEHIDUPAN SEHARIAN ANDA. BERTINDAK SEGERA SEBELUM LEBIH PARAH.

Bagaimana Doktor Akan Mendiagnos Masalah Gastrik Anda?

Biasanya doktor akan menyemak sejarah perubatan peribadi anda dan juga keluarga anda.
Ujian fizikal secara menyeluruh akan dilakukan kepada anda.
Selepas itu, doktor mungkin akan mencadangkan mana-mana ujian berikut yang sesuai:

1. Endoskopi atas ( Upper endoscopy )
Satu endoskop, tiub nipis yang mengandungi kamera kecil, dimasukkan melalui mulut dan turun ke dalam perut anda untuk melihat lapisan perut. Doktor akan memeriksa keradangan dan akan lakukan biopsi, satu prosedur di mana sampel kecil tisu diambil keluar dan kemudian dihantar ke makmal untuk dianalisis.

2. Ujian darah

Doktor boleh melakukan pelbagai ujian darah, seperti memeriksa bilangan sel darah merah anda untuk menentukan sama ada anda mempunyai anemia, yang bermakna bahawa anda tidak mempunyai sel darah merah yang mencukupi. Dia juga dapat melindungi jangkitan H. pylori dan anemia pernisius dengan ujian darah.

3. Ujian Najis

Ujian ini untuk mengenalpasti kehadiran darah dalam najis. Jika ada, kemungkinan anda ada penyakit gastrik.

Untuk mengelakkan penggunaan ubat-ubatan bahaya yang ada bahan kimia dan boleh meroskakkan buah pinggang pada masa akan datang, ada alternatif terbaik yang berasaskan alam semula ajdi, tiada bahan kimia bahaya, selamat dan berkesan. InshaAllah.

Atasi Gastrik Dengan Set Puasa *


ESP
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan 
     soya isoflavones.  Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
     kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity    
     Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
     proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

PERFORMANCE DRINK

Minuman Hidrasi Tulen – Sebelum, Semasa dan Selepas Aktiviti / Latihan Seharian

Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.
Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium 
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam     
     meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik


Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal  dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

TERBUKTI SECARA KLINIKAL:
1) Membantu tubuh berhidrasi dengan lebih baik berbanding air!
2) Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam     
    meningkatkan stamina.
3) Mengandungi imbangan elektrolit untuk MENCEGAH ‘DEHYDRATE’.
4) Tiada perasa tiruan, pemanis atau pengawet yang ditambah
5) Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari. Ia terdiri daripada campuran unik    
    karbohidrat dan kandungan garam. Fungsi karbohidrat dalam PD ini membantu     
    menggantikan semula tenaga yang hilang.

MEAL SHAKES


Kebaikan Meal Shakes:
i. Bekalkan 19 vitamin dan mineral perlu untuk tumbesaran normal.
ii. Menambah selera makan anak-anak.
iii. Anak tidak mudah kerap jatuh sakit.
iv. Bekalkan tenaga tambahan bagi anak-anak berpuasa.
v. Mengatasi masalah sembelit anak-anak.
vi. Sebagai cara menambah berat badan anak-anak.
vii. Untuk perkembangan tulang yang sihat.
viii. Sesuai untuk anak-anak obes kerana Meal Shakes memberi rasa kenyang lama.
ix. Sebagai makanan otak kerana ada kolina, kalsium dan protein.

Hubungi Nas 0194706780 untuk mendapatkan Set Gastrik atau konsultasi. Terima kasih.









Rujukan:

http://www.webmd.com/digestive-disorders/digestive-diseases-gastritis?page=2

http://www.emedicinehealth.com/gastritis/viewer-comments_em-43.htm

Subscribe to: Posts ( Atom )

Salam Perkenalan, Semoga Anda dapat Manfaat dari Blog Ini


I'm Nas Ibrahim - A mother of 7 energetic and lovely children. Working part time as Shaklee Distributor. Support healthy consumptions and lifestyles.

Contact me 0194706780 for Shaklee products and consultation.

Paling Diminati

  • Set Kulit Untuk Muka Yang Rosak. Wajib Ambil Kalau Nak Cantikkan Kulit.
    Anda pakai produk-produk penjagaan muka , dengan harapan agar muka anda menjadi bersih, licin, berseri dan dapat merawat kulit agar kekal si...
  • Cara Pulih Cepat Sakit Bersalin Cesarean
    Pengalaman bersalin berbeza-beza antara satu sama lain.  Bersalin Cara Cesarean ( pembedahan ) credit:  www.medscape.co Kesan2 fi...
  • Pengedar Shaklee Kuala Kangsar: Konsultasi Terbaik dan Penghantaran Pantas Untuk Anda
    Salam sayang :)  Selamat datang ke blog saya. Saya Pengedar Shaklee Bertauliah. No. ID: 1213206 . No Telefon: 0194706780 ...
  • Set Vitamin Untuk Wanita Menopause atau Akan Menopause
    Wanita yang akan menghampiri menopause atau sedang menopause amat memerlukan supplemen tambahan berupa vitamin yang selamat dan berkesan sup...
  • Apa dan Punca Menopause
    Apa itu menopause? Menopause dalam bahasa mudah ialah putus haid. Ianya adalah normal, yang akan dialami semua wanita yang sempat memasuki...

Produk Shaklee

Advanced Joint Health Complex Alfalfa Complex B Complex CarotoMax Chewable Vita-C Plus Cinch shake Cinch tea Collagen Powder ESP ESP Soy Protin Enfuselle GLA Complex Herbalax Lecithin Meal Shakes NutriWhite Shaklee Omega Guard Ostematrix Sustained Release Vitamin-C Plus Vita-Lea Vita-Lea for Children Vitamin E Vivix Water Pitcher performance drink

Arkib Blog

  • ►  2019 (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (1)
  • ►  2018 (38)
    • ►  September (5)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (7)
    • ►  February (6)
    • ►  January (10)
  • ►  2017 (116)
    • ►  December (9)
    • ►  November (5)
    • ►  October (10)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (13)
    • ►  February (17)
    • ►  January (25)
  • ▼  2016 (163)
    • ►  December (18)
    • ►  November (14)
    • ►  October (19)
    • ►  September (16)
    • ►  August (22)
    • ►  July (2)
    • ▼  June (14)
      • Betul ke Wanita Zaman Sekarang Sibuk Sehingga Dipa...
      • Produk Shaklee Pilihanku
      • Sejauh mana selamatnya Produk Shaklee?
      • First Aid Kit Ni Lainlah
      • Benda Wajib Dalam Handbag
      • Hadiah Untuk Yang Tersayang
      • Kenapa Saya Tak Bagi Anak Tengok Kartun Boboi Boy
      • TAK SELESA BERJALAN: ATASI PAHA ASYIK BERGESEL
      • Atasi Pedih Ulu Hati Dengan ESP
      • Punca dan Simptom Penyakit Gastrik
      • Rawatan Alternatif Untuk Masalah Gastrik
      • Vitamin Pencerah Kulit Anda
      • Mengatasi Penyakit Gastrik Dengan Selamat dan Semu...
      • Percuma 1 Unit Meal Shakes Shaklee Bernilai RM113....
    • ►  May (9)
    • ►  April (12)
    • ►  March (23)
    • ►  February (5)
    • ►  January (9)
  • ►  2015 (26)
    • ►  December (26)

Follow Nas

Nutrisi Alamiah Tulen

Create Your Badge

Skincare Paling Selamat, Berkesan Untuk Kulit Normal dan Bermasalah

Skincare Paling Selamat, Berkesan Untuk Kulit Normal dan Bermasalah
100% Vegan, Bebas 1500 Bahan Kimia Bahaya

Hubungi Nas






Peringatan Penting

Gunalah produk-produk kesihatan dan kecantikan yang bermutu, selamat, alamiah, tulen, semula jadi dan halal.


Nas Ibrahim, Pengedar Sah Shaklee, ID: 1213206

Tel: 0194706780

Copyright 2014 Healthy Life, Happy Life.
Designed by OddThemes