7 Sebab Kenapa Saya Pilih Youth Skincare?

Skincare ni adalah teman wanita. Lelaki pun tak terkecuali sekarang.

Kalau nak cari teman, tentulah nak yang paling baik. Begitulah juga dengan skincare. Nak yang dapat jaga kulit kita, yang dapat beri servis untuk kulit dengan memberi penjagaan yang diinginkan :
Mencuci, melembut, merawat, mencerahkan, memudakan sel-sel kulit, sentiasa ada keberkesanan sepanjang tempoh penggunaan.

Lagi lama guna, tentulah nak efek lagi kaw!

Apakah skincare yang ada ciri-ciri semua itu?

Kak Nas nak kongsilah kenapa la syok sangat dengan Youth skincare? Siapa tak suka jika kulitnya disapu, dibelai dan dibekalkan nutrisi, bukan disapu bahan kimia bahaya.

Apabila sapu skincare kat muka, tak wujud dah rasa bersalah atau was-was. Ehh, apa ye isi kandungannya? Paraben ada tak? Merkuri dan hidrokuinon ada tapi tak disenaraikan ke? Siapa yang hasilkan skincare ni? Guna bahan apa ye? Macam-macam persoalan timbul.

Apa yang paling Kak Nas suka dengan skincare ini?
Baanyak kalau nak senaraikan. Kak Nas bagi 7 sebab je kenapa Kak Nas syok sangat guna skincare ni:

1.  Bahan-bahan semula jadi yang digunakan terpilih. Bukan ambik sebarangan kat mana-mana dapat jumpa sumber. Walaupun tumbuhan, tapi yang bebas bahan kkmia dan racun bahaya. Terpilih pulak. Maknanya sumber bahan terbaik.

2. Skincare hasil kajian pakar sains. Kajian ni pulak 8 tahun. Apa la yang dikaji selama 8 tahun? Terfikirkan?

Bayangkan Uolss nak hasilkan sesuatu, baby Uolss dah masuk sekolah Darjah 2 baru siap formulasi terbaik ini.

Tentulah teruja guna skincare yang betul-betul dikaji dalam makmal oleh pakar, diuji secara klinikal, dikaji lagi, diuji lagi... hmm... prosesnya lama dan teliti.

3. Sebelum dipasarkan, founder sendiri yang pakai dulu. Uji atas kulit muka sendiri. Apabila founder tak puashati skincarenya dapat berikan yang terbaik, diolah lagi. Diuji dan dikaji lagi. Sehinggalah founder yakin dan puas hati, pengguna akan dapat yang terbaik.

Best tak founder pakai skincare sama dengan yang Uolls pakai?

Maknanya tak tipu... ramai founder jual je. Untuk diri sendiri, pakai jenama yang lain.

4. Kesan, pergh! Tak terduga betul.  Kak Nas tak nak petik testimoni-testimoni sebenar orang lain. Banyak sangat. Uolss boleh baca. Teruja baca tau. Sebab mereka dah temui yang dicari-cari selama ini.

Terutama yang ada masalah JERAGAT. Sehingga bagi Kak Nas, inilah skincare TERBAIK untuk yang nak atasi masalah jeragat.

Efeknya kepada kulit, banyak Kak Nas dah rasa dan alami. Oh ye..Kak Nas ni jenis kulit berminyak.

Rasa-rasanya orang yang kulit jenis berminyak lah yang paling banyak masalah dalam penjagaan kulit: kulit sentiasa berminyak, mudah sangat naik jerawat, parut-parut jerawat tu sentiasa ada,  liang-liang pori besar, mudah tersumbat dengan sebum dan kotoran, kusam, mekap susah nak tahan lama, struktur kulit kasar... hmm banyak kerenah betul.

Dan jeragat juga wujud. Ini sebab kesan parut-parut jerawat lama, dan kesan salah pakai skincare yang ada bahan kimia bahaya. Kulit jadi rosak! Sedih sangat.

Jadi, kehadiran Youth skincare adalah anugerah yang ditunggu-tunggu.

Masalah-masalah di atas hilang banyak.
Ketara sangat rasanya. Inilah satu-satunya skincare yang Kak Nas iktiraf sebagai skincare yang terbaik untuk segala masalah kulit, baik untuk lelaki atau perempuan,dan pelbagai usia.

Ya lah, selama hidup ini, bukan satu dua Kak Nas pakai skincare, berpuluh-puluh jenama pernah guna.

5. Sangat berbaloi keluarkan duit untuk yang dapat beri kesan yang Kak Nas nak. Tak rasa rugi. Pelaburan ke atas kulit. Kulit ni hari-hari dok pegang dan rasa. Yang kita tatap setiap hari.

Apa warna kulit pun Allah bagi, jagalah dengan yang terbaik.

6. Kulit semakin sihat. Memang lah akan jadi sihat sebab skincare ada vitamin-vitamin semula jadi. Sambil pakai, sambil rawat kulit. Kulit semkain sihat dan berseri.

Bukan seperti skincare yang ada bahan kimia bahaya. Mula-mula pakai cam bagus sebab mengelupaskan kulit, putihkan kulit...tapi kesan akhir dan untuk jangka panjang, derita sebab kulit bukan semakin sihat. Kulit jadi semakin rosak, penuh jeragat dan tompok-tompok gelap.

Aishh..taubat dah. Dulu lama sangat jadi mangsa penipuan founder yang hanya kejar keuntungan dengan membuat kerosakan kepada orang lain.

Alhamdulillah, dipertemukan dengan Youth ni.

7. Sebab ke tujuh ni macam pelik. Tapi...percayalah ada efek pada emosi.

Inilah skincare dipakai ahli-ahli saintis, dermatologist, jutawan-jutawan, dan billionaire.

Apa kena mengena dengan Kak Nas?

Tak ada pun. Just syok sendiri je. Sebab Kak Nas at least dapat merasa pakai skincare sama dengan yang pasangan billionaire Roger Barnett dan isteri pakai.

Agak-agak billionaire memilih tak dalam set penjagaan kulit muka?

Cukuplah 7 sebab kenapa Kak Nas dan ramai memilih Youth skincare. Bukan sebab tergoda dengan iklan model-model palsu.

Youth skincare untuk semua.
Hubungi Kak Nas 0194706780 untuk konsultasi.

Share this:

Tentang Nas Ibrahim

A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.

0 comments:

Post a Comment