Cara Turunkan Kolesterol Malaysia

"1/4 kematian di Malaysia ada kaitan dengan penyakit jantung dan strok," The Star Malaysia, 16 April, 2017.

Disebabkan masalah kolesterol tinggi ada kaitan dengan penyakit jantung dan strok, maka sangat perlu setiap rakyat Malaysia berusaha turunkan kolesterol tinggi.

Sila ikuti cara turunkan kolesterol di bawah:

1. Amalkan gaya hidup sihat:

a. Makan makanan mengikut kumpulan makanan yang disarankan.

credit foto: https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/healthy-eating-plate-vs-usda-myplate/

Cara Turunkan Kolesterol - makanan seimbang, mengikut sukatan disarankan.
b. Kawal ambilan makanan yang tinggi gula, minyak dan masin yang lebih burukkan faktor-faktor risiko penyakit kardiovaskular.

c. Makanlah makanan tinggi fiber. 

Fiber dapat turunkan tahap kolesterol darah, stabilkan tahap glukos dan juga turunkan risiko penyakit kardiovaskular.

Untuk fiber, banyakkan makan kekacang, bijirin penuh, buah-buahan serta sayur-sayuran dalam diet harian.

[ Ketahuilah, pembekal fiber paling mudah, selamat dan berkualiti tinggi adalah alfalfa

Set pemakanan yang mengandungi kesemua ini amat baik untuk turunkan kolesterol dalam darah, agar anda dapat kadar kolestrol yang normal.

Resveratrol dan polifenols, Lecithin, Asid Lemak Omega-3, Garlic, dan fitosterol tumbuhan.

( Sila klik Testimoni Kak Nas ambik Vitamin-vitamin semula jadi untuk ketahui kumpulan makanan tersebut ).

atau boleh terus tengok Video Cara Kak Nas turunkan Kolesterol ini.

Disclaimer: 
Kak Nas gunakan vitamin-vitamin. Ingat ye. Vitamin bukan ubat. Tujuannya adalah untuk tingkatkan kesihatan sel-sel dan badan.  Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

2. Selalulah bersenam. 

Biarkan fizikal anda aktif. Tak kiralah cara bersenam tu, nak buat jogging ke, berenang ke, lari setempat, malah nak beraerobik lagilah bagus.

credit foto: heartfoundation.org.au
Skipping, serta lain-lain senaman, dapat naikkan kolestrol baik.
Senaman akan kuatkan otot-otot jantung, turunkan tahap stres, tingkatkan metabolisme dan naikkan kolesterol HDL ( kolesterol baik ).

3. Kekalkan berat badan ideal, atau berat badan sihat. 

Berat badan sihat dapat kurangkan risiko penyakit berkaitan kardiovaskular.

Pastikan BMI anda dalam linkungan 18.5 - 24.9, serta ukur lilit pinggang di bawah 90 cm ( 35 inci ) bagi lelaki, dan di bawah 80 cm ( 32 inci ) bagi wanita.

Jika lebih, risiko adalah tinggi untuk anda dapat diabetes jenis 2, kolesterol tinggi, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

4. Jangan abaikan pemeriksaan kolesterol secara berkala.

Bukan setakat anda perlu cek kadar kolesterol, cek juga keadaan kesihatan secara keseluruhan. Sekurang-kurangnya setahun sekali jumpalah doktor.

Doktor boleh konsult anda yang paling sesuai anda ambil dan amalkan.

5. Kurangkan stres dan pastikan anda dapat rehat yang cukup.

Stres dan kurang rehat akan naikkan tekanan darah tinggi.

Stres akan burukkan tahap kolesterol berbanding dengan orang yang tak ada stres ( hasil kajian University College London ).

Jadi, dapatkan tidur berkualiti, belajarlah untuk sentiasa rileks minda dan emosi dari semasa ke semasa.

6. Berhentilah merokok.

Awas! Merokok akan tinggikan lagi risiko penyakit arteri koronari bagi anda yang tinggi kolesterol.  Kolesterol baik, HDL, anda akan semakin merosot.

Credit foto: https://healthynewstv.com
Berhenti merokok sebagai cara turunkan risiko akibat kolesterol anda
Dahlah merokok bahaya, ditambah jika anda tinggi kolesterol, lagi-lagi lah bahayanya berganda-ganda.

Ingat ye, usahalah sebaik mungkin dengan patuhi cara-cara turunkan kolesterol agar kita semua bebas penyakit-penyakit berkaitan.


Untuk konsultasi, hubungi Kak Nas 0194706780
Shaklee ID : 1213206

Share this:

Tentang Nas Ibrahim

A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.